Solat tahajud ialah ibadah yang kita lakukan pada malam hari,biasanya tengah
malam atau lewat tengah malam. Solat tahajud juga dikenali juga sabagai
shalatulail.Solat ini sangat baik dilakukan terutama kepada para pemimpin
Islam kerana Rasulullah S.A.W dan para sahabat r.a tidak meninggalkan solat
ini sepanjang hayat mereka, sebagai ibadah tambahan.
Dalam Al-Quran terdapat banyak ayat-ayat yang menggalakkan umat Islam
mengerjakan solat tahajud sebagai ibadah tambahan pada waktu malam begitu
juga terdapat beberapa hadis Nabi S.A.W. mengenai perkara ini.
TIDUR DAN SOLAT TAHAJUD
Umumnya manusia mengatakan tidur malam perlu antara enam hingga lapan jam
sehari. Tetapi pendapat ini ditolak oleh para saintis Barat seperti Dr Ray
Meddis,seorang profesor di Department of Human Sciences, England University
of Technology yang mengatakan bahawa manusia sebenarnya perlu tidur malam
selama tiga jam sahaja.
Waktu tidur boleh dibahagi kepada dua bahagian - tidur ayam dan tidur lelap.
Mimpi biasanya berlaku dalam tidur lelap (deep sleep). Manusia perlu
berlatih untuk dapat tidur lelap kerana tidur ayam adalah masa
berangan-angan yang membuang waktu sahaja. Tidur yang sebenarnya ialah
ketika tidur lelap yang mengikut kajian saintis Barat ialah selam tiga jam.
Kita merasakan bahawa tidur malam kita selalu tidak cukup. Ini kerana kita
tidak terlatih atau mengikut peraturan yang perlu diikuti ketika tidur.
Apabila seseorang athlit hendak memasuki suatu pertandingan lumba lari dia
akan berlatih hampir setahun sebelum perlumbaan itu bermula. Dengan demikian
dia ada harapan untuk memungut pingat emas. Demikian jugalah kita mesti
melatih diri kita tidur mengikut peraturan.
Mengikut kajian ahli perubatan Barat, Sebelum kita merasa hendak tidur,
mula-mula sekali kita akan merasa mengantuk ( drowsiness ) di mana suhu
badan kita akan menurun. Dengan mengatur waktu tidur dan menggunakan
jangkasuhu kita boleh latihkan diri kita untuk tidur bila perlu. Tidur Tao,
Confucious dan Sikh. Dalam perhatian penulis, mereka juga mengadakan amalan
pada tengah malam seperti 'berzikir' dan membaca kitab suci agama mereka.
Untuk mengelak dari rasa mengantuk, mereka berlatih tidur hanya lebih kurang
tiga jam atau empat jam sehari malah ada yang kurang dari itu. Antanra agama
yang dimaksudkan itu ialah agama Buddha, Kristian,Tao, Confusies dan Sikh.
PENDAPAT AHLI SASTERA BARAT
Terdapat juga ahli sastera barat yang menceritakan mengenai kelebihan
mengurangkan tidur untuk mencapai kerjaya yang cemerlang.
Bila ditanya apakah rahsia kejayaan mereka, mereka menjawab : " The woods
are lovely, dark and deep but I have promises to keep and miles to go before
I sleep."
Maksudnya " Taman itu indah, gelap dan tebal tetapi saya mempunyai temujanji
yang mesti ditunaikan dahulu sebelum saya tidur."
"The heights by great men reached and kept were not attained by sudden
fight. But while their companions sleep were toiling upwards in the
night." - Longfellow
Maksudnya " Pencapaian kerjaya yang tinggi oleh orang-orang ternama tidak
didapati serta merta tetapi mereka bekerja keras sehingga larut malam pada
waktu sahabat-sahabat mereka sedang nyenyak tidur. "
Ini jelas menunjukkan mereka meminimakan waktu tidur untuk mencapai kejayaan
dalam hidup mereka.
Sekarang kita kembali kepada perbincangan solat tahajud. Apakah kebaikan dan
kelebihan yang kita perolehi dari mengerjakan solat tahajud sedangkan ketika
itulah manusia sedang nyenyak tidur.
Dari segi fikiran logik, kita tidak akan faham bahawa suruhan Allah itu
mendatangkan kebaikan. Solat tahajud meneguhkan iman kita, jiwa kita, mental
kita untuk menghadapi masalah hidup duniawi dan lain-lain lagi yang Allah
Maha Mengetahui.
Dari segi sains perubatan pula, kita akan menyedut oksigen khusus yang wujud
di atmosfera bumi antara lebih kurang jam tiga pagi hingga terbit matahari
dan menggerakkan otot-otot di dalam badan kita ke arah menyegarkan badan dan
melicinkan gerak saliran darah. Kedua-dua oksigen dn gerak otot itu sangat
penting dalam memastikan kesihatan tubuh badan manusia. Oksigen itu hilang
dari atmosfera bumi selepas matahari terbit dan tidak datang lagi sehingga
esok pagi. Hanya manusia yang bangun pada waktu ini dapat menikmati oksigen
tersebut. Mereka yang bangun tidur lewat tidat merasa nikmat oksigen ini.
RAHSIA PERGERAKAN OTOT DALAM SOLAT
Cuba kita kaji pergerakan otot-otot kita ketika solat.Secara kasar, pada
mula kita berdiri tegak ( qiyam ) kemudian angkat kedua tangan bertakbir dan
letakkan tangan di atas pusat - kita telah membesarkan rongga dada kita
manakala paru-paru akan terasa luas serta menggerakkan otot di kedua belah
tangan.
Ketika ruku' dengan badan membongkok ke depan dan kedua tangan di atas
kepala lutut dan punggung mendatar ( parallel to the ground ) sekaligus
ianya menggerakkan ruas-ruas tulang punggung, tulang leher, tulang pinggang
dan tulang tungkin.
Waktu sujud pula, seluruh berat badan terpikul sepenuhnya di atas otot-otot
kedua-dua tangan, kaki. dada, perut, punggung, leher dan otot-otot kaki.
Lihat sahaja pada waktu sujud ini berapa banyak otot dan persendian yang
kita gerakkan.
Setelah itu kita bangkit dari sujud. Kita duduk, kemudian kita sujud lagi
dan selepas itu kita berdiri kembali. Dalam gerak badan kali ini kita telah
secara automatik menggerakkan sejumlah besar otot-otot di dada , bahu,
lengan, perut, punggung, peha, kaki bahagian bawah an lain-lain otot lagi.
Selain dari itu kita juga melakukan dua macam duduk - pertama duduk antara
dua sujud dan kedua duduk tahiyat. Kedua-dua jenis duduk ini menggerakkan
tumit , pangkal peha, kelengkang, jari-jari kaki dan lain-lain. Dalam kita
memberi salam juga kita gerakkan otot-otot leher tengkuk dan lain-lain.
Kalau kita lihat dari dua perkara tersebut di atas iaitu mendapatkan oksigen
yang istimewa dan gerak otot-otot yang semuanya ini sudah tentu akan
memastikan kesihatan tubuh badan kita.
Solat tahajud juga boleh menjauhkan penyakit buah pinggang yang selalu
menyerang orang yang banyak tidur dan bangun lewat dari tidur malam.
0 ulasan:
Catat Ulasan