Rabu, 30 Mac 2011

fenomena ikan aneh

SUNDAY, MARCH 13, 2011 SEKUMPULAN ikan sardin dilihat berenang berhampiran persisiran pantai Acapulco, Mexico, hari ini. Menurut nelayan tempatan, mereka tidak pernah melihat kejadian seperti itu sebelum ini. Dari jauh, sekumpulan ikan itu kelihatan seolah-olah seperti tumpahan minyak. Seorang lelaki sedang mengambil foto sebuah kumpulan kawanan ikan sardin dari pantai Acapulco Nelayan berlumba-lumba ke pantai untuk tidak melepaskan rezeki terpijak Beberapa pakar berkata fenomena ini ada berkaitan dengan tsunami di Jepun "Ada sekitar 20 atau 30 nelayan dan ada ramai yang datang bersama dengan anak-anak mereka untuk tidak melepaskan keuntungan ini," kata Carlos Morales. Nelayan di Acapulco berkata mereka tidak pernah melihat kumpulan besar ikan seperti ini yang berhampiran pantai sebelum ini. Kumpulan ikan yang sangat padat sehingga kelihatan seperti tumpahan minyak dari atas Beberapa orang yang sedang mandi menjauhkan diri fenomena misteri itu dan keluar dari air Saya menerima gambar ini dari e-mail, setelah kita melihat gambar-gambar tersebut, marilah sama-sama kita berfikir bahawa setiap kejadian yang berlaku mempunyai pengajaran yang perlu diambil iktibar darinya. Apa yang berlaku adalah merupakan ayat-ayat yang 'manzurah' (yang dilihat iaitu sekalian alam dan cakerawala) agar manusia yang leka kembali tersedar terhadap segala penciptaanNYA. Setelah itu, kembali menyerah diri sepenuhnya ke hadrat Allah dengan mengikuti segala peringatan Allah di dalam ayat-ayatNYA yang 'makruah' (yang dibaca, iaitu wahyu Allah). Menyedari bahawa segala ni'mat dan bala bencana adalah datanya dari Allah semata-mata. Sentiasa bersyukur dalam keadaan susah atau senang, dan mengembalikan segalanya pada Allah. Maksud Surah Al-Baqarah (156); (Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali. Allah boleh memberi dan Allah boleh mengambilnya kembali mengikut kehendakNYA. Dalam kita merasai ni'mat ini kadang-kadang kita tersasar jauh dari sifat bersyukur, Allah memberi ni'mat dan Allah jua akan menariknya kembali jika ni'mat itu tidak dipergunakan mengikut apa yang dikehendakiNYA. Bolehkah kita lari dari terkena bala dan bencana Allah setelah kita melihat apa yang telah berlaku di sekeliling kita? Apakah persediaan kita? Lakukanlah apa yang terbaik dari segi teknologi dan kepandaian manusia..Namun persediaan yang utama ialah kembali pada hukum dan perintah Allah agar kita terpelihara dari segala bentuk bala dan bencana. Kepandaian dan kemajuan tidak akan termampu untuk menyaingi kuasa Allah. Sebaliknya kepandaian dan kemajuan teknologi itu semestinya diikat dengan keyakinan dan ketaatan kepada Allah. Melaksanakan perintah Allah dengan bersungguh-sungguh. Sudah pasti untuk melaksanakan perintah Allah itu, akan ada ujian-ujian yang datang yang perlu di hadapi dengan penuh kesabaran dan bertawakkal kepada Allah. Jika dalam masa melaksanakan perintah Allah, datang ujian dan rintangan, maka dengan besabar dan tetap istiqamah pada jalanNYA akan menjanjikan kita bakal dikurniakan kemenangan dan ni'mat dari Allah. Surah Al-Imran (200) yang bermaksud ; Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan) dan kuatkanlah kesabaran kamu (lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan) dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertakwalah kamu kepada Allah supaya kamu berjaya (mencapai kemenangan). Allah memerintahkan kita bersabar, bukan sekadar bersabar dengan menerima bala bencana tersebut., tetapi bersabar dalam menjalankan perintah Allah. Bersabar dalam usaha menegakkan agama Allah. Kerana memang akan ada ujian yang bakal kita tempuhi dalam masa kita melaksanakan perintah tersebut. Cemuhan, tentangan, dihina, di pandang kolot, dianggap tidak maju , merasa susah serta pelbagai provokasi yang bakal kita terima dan tempuhi dalam menjalani perintah Allah tersebut. Maka dengan bersabar itulah yang akan menjanjikan kejayaan iaitu berupa kemenangan dan nikmat yang Allah akan kurniakan melalui apa cara sekalipun, sebagai balasan terhadap kesabaran tersebut. Namun bersabar ke atas bencana yang menimpa itu, mahu tidak mahu, semua yang menerimanya pasti kena bersabar. Setelah umat Islam hari ini tidak lagi dapat bersabar untuk menuruti perintah Allah, maka berlakulah penentangan dan pelanggaran hukum-hukum Allah. Maksiat berleluasa, kejahatan menjadi-jadi, kemungkaran menjadi perkara yang tidak lagi di takuti. Sebaliknya manusia merasa bangga dengan kemaksiatan yang berlaku dan langsung tidak merasa takut akan amaran Allah. Surah Al-Rum (41) yang bermaksud ; Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat). Gambar-gambar di atas hanya sekadar untuk renungan bahawa satu ketika Allah boleh menurunkan balaNYA dan diwaktu yang sama DIA juga memberikan ni'matnya. Dia menurunkan balanya dimana sahaja yang dikehendakiNYA, dan memberi ni'mat dimana jua yang dikehendakiNYA. Adakah mereka beriman? Satu persoalan yang sukar untuk dijawab. Yang pastinya bagaimanakah sikap kita orang yang beriman melihat perkara ini. Ya, dia bukan belaku pada kita dibumi Malaysia ini, tetapi bukankah ia juga boleh berlaku dimana-mana? dan juga berlaku pada kita di Malaysia! Oleh itu beringatlah, kembalilah kepada hidup yang di redhai Allah. Agar kita semua akan di jauhkan dari ujian berupa bala bencana yang pastinya tidak akan mampu kita hadapinya tanpa pertolongan dari Allah. Taatilah dan kembalilah pada melaksanakan perintah dan suruhanNYA. Ingatlah syukuri ni'matNYA dengan mematuhi perintahNYA dan minta berlindung dari segala mala petakaNYA dengan meninggal apa juga di larangNYA melalui apa yang telah termaktub didalam Al-Qur'an. Surah Al-Araf (96) yang bermaksud ; Dan (Tuhan berfirman lagi): Sekiranya penduduk negeri itu, beriman serta bertakwa, tentulah Kami akan membuka kepada mereka (pintu pengurniaan) yang melimpah-limpah berkatnya, dari langit dan bumi. Tetapi mereka mendustakan (Rasul Kami), lalu Kami timpakan mereka dengan azab seksa disebabkan apa yang mereka telah usahakan. Segala yang benar dari Allah, salah dan silap dari kelemahan diri saya sendiri. Wallahu a'lam

Template by:
Free Blog Templates