Rabu, 25 November 2009

SOLAT RAWAT PENYAKIT KRITIKAL


Hasil kajian Jabatan Kejuruteraan Biomedikal Universiti Malaya mendapati setiap gerakan solat mempunyai manfaat tersendiri yang mampu meningkatkan tahap kesihatan secara menyeluruh. Prof Dr Wan Abu Bakar bersama Dr Fatimah dan Ng Siew Chok dengan buku mengenai rahsia solat dari segi sains.
Profesor Dr Wan Abu Bakar Wan Abas - Aktiviti Otot
Beliau yang mengkaji aktiviti otot memberitahu manusia perlu sentiasa melakukan regangan dan senaman kerana otot menjadi lebih kuat apabila selalu digunakan. Katanya, hasil kajian mendapati solat yang membabitkan gerakan tubuh seperti berdiri, tunduk dan bongkok menyamai senaman ringan. "Kebanyakan otot serta sendi bergerak ketika solat. Umat Islam beruntung kerana solat yang wajib dilakukan setiap hari menyamai aktiviti senaman dan regangan yang memperkuatkan sistem otot dan fizikal tubuh,"katanya. Malah, katanya solat sama seperti terapi fizikal yang jika dilakukan secara berterusan dan betul menghasilkan kesan positif terhadap tubuh. Beliau berkata, kajian lebih teliti sedang dilakukan untuk mengenal pasti otot yang aktif ketika solat.
Ng Siew Chok - Isyarat Otak
Beliau berkata, perubahan kimia berlaku apabila otak aktif. Proses kimia yang menyebabkan pergerakan ion atau atom membawa cas elektrik boleh diukur menggunakan elektrod yang diletakkan pada kulit kepala. Sejenis alat, iaitu EEG (Electroencephalogr aphy) digunakan untuk mengukur isyarat otak daripada aktiviti elektrik."Gelombang otak mempunyai beberapa frekuensi irama yang dipengaruhi oleh keadaan fizikal dan emosi. Jenis gelombang otak Alfa (8-13 Hz) menunjukkan keadaan tenang," katanya.
Walaupun bukan Islam, Siew Chok kagum terhadap hasil kajian yang dilakukannya apabila mendapati keadaan dan pemikiran orang selepas bersolat tenang dan menyamai keadaan selepas bangun tidur. "Ada fenomena menarik dalam solat, iaitu keadaan berdiri seketika sebelum sujud sebagai peringkat paling tenang ketika bersolat. Saya bukan Islam dan diberitahu bahawa keadaan itu adalah tamakninah,"katanya..Ketika itu, katanya isyarat alfa meningkat secara mendadak yang menunjukkan seseorang itu berada dalam keadaan tenang. Siew Chok berkata, solat juga meningkatkan penumpuan terhadap sesuatu perkara dan memperkuatkan kuasa otak. Sehubungan itu, katanya solat membolehkan seseorang itu menyediakan otak untuk lebih bersedia terhadap sesuatu cabaran yang perlu dihadapinya dalam aktiviti harian.
Dr Fatimah Ibrahim - Komposisi Tubuh Beliau
berkata, komposisi tubuh mengandungi empat komponen utama, iaitu tisu aktif, tisu tulang, komponen air dan lemak.Beliau berkata, ada beberapa kaedah untuk mengukur komposisi tubuh, tetapi kajian itu menggunakan Analisis Penyepadanan Bio yang menghasilkan keputusan tepat, pantas dan selamat, berbanding pengambilan darah."Teknik ini tidak digunakan secara meluas di hospital negara ini, tetapi di Amerika Syarikat, teknik ini digunakan untuk menilai status penyakit seperti AIDS, diabetes, demam denggi dan pelbagai penyakit kritikal lain, katanya.Dalam kajian ini, katanya model untuk mendapatkan komposisi tubuh terbaik adalah dengan melakukan lima perkara, iaitu solat lima kali sehari, memahami maksud bacaan dalam solat, solat berjemaah, rukuk dengan betul (90 darjah) dan melentikkan jari kaki ketika duduk antara sujud dan tahyat akhir.
Dr Fatimah berkata, orang yang tidak melakukan lima perkara ini mempunyai komposisi tubuh yang kurang baik. Katanya, kajian mendapati secara keseluruhan orang yang solat berjemaah mempunyai kesihatan lebih baik berbanding yang bersolat secara bersendirian.Diriwayatkan daripada Abdullah bin Umar bahawa Rasullullah bersabda:"Sesungguhnya solat berjemaah adalah 27 kali ganda lebih afdal daripada solat bersendirian. "(Riwayat Imam Malik, Bukhari dan Muslim). "Kita mendapati apabila berjemaah, orang yang melakukan solat bersentuh bahu ke bahu. Tubuh manusia seperti bateri. Ketika bersolat, cas tubuh manusia mengalir seperti dalam litar dan akhirnya meneutralkan cas tubuh. "Sebelum solat, ada orang yang penat dan ada yang tidak penat. Ketika solat, orang yang tidak penat dan mempunyai cas positif akan mengalirkan cas positif kepada orang yang letih dan mempunyai cas negatif,"katanya. Katanya, ini yang menyebabkan orang yang bersolat jemaah mempunyai badan bertenaga dan lebih tenang.
Dr Fatimah berkata, solat tarawih dan berpuasa juga memberi kebaikan dan ini terbukti berdasarkan kajian yang dilakukan. Sebelum Ramadan bermula, katanya komposisi badan diukur dan selepas 21 hari berpuasa, komposisi tubuh yang diukur semula mendapati keadaan tubuh sihat seperti kolesterol rendah akibat kadar pembakaran lemak yang meningkat serta paras glukos rendah.Selain itu, katanya posisi tubuh (posture) dalam solat dapat mengubat sakit pinggang. Malah jika berjumpa doktor, pesakit disuruh melakukan senaman seperti berdiri dan membongkokkan tubuh yang menyamai gerakan solat. Beliau berkata, keputusan positif itu adalah berdasarkan ukuran saintifik dengan meletakkan beberapa sensor (pengesan) di tulang belakang pesakit untuk melihat isyarat otot.
Katanya, hasil kajian mendapati pesakit yang mengikuti terapi solat selama sebulan, iaitu dengan membuat rukuk 90 darjah, sakit pinggangnya berkurangan."Ini membuktikan terapi solat boleh digunakan untuk merawat sakit pinggang. Kita akan menerbitkan buku kedua terapi solat yang bukan saja sesuai untuk wanita normal, tetapi untuk wanita mengandung. Bukan Islam juga boleh mengikuti terapi ini dengan melakukan senaman sama seperti gerakan solat,"katanya. Jangan terkejut kerana solat boleh merawat Erektil Disfungsi (ED) atau lebih dikenali sebagai mati pucuk, masalah kesihatan yang lelaki amat takut. Untuk lelaki normal, keupayaan seksual adalah tiga kali penegangan ketika tidur dan volum ketika ketegangan mesti lebih 200 peratus. "Kajian dilakukan dengan mengukur zakar (pesakit diajar melakukan ukuran). Pada bulan pertama, tiada ketegangan langsung, tetapi selepas melakukan terapi selama dua bulan iaitu dengan melakukan solat tambahan, sudah ada ketegangan dan volum mencapai tahap normal,"katanya.
Beliau berkata, terapi adalah dengan cara melakukan solat sunat sebanyak tiga kali seminggu dengan setiap terapi sebanyak 12 rakaat atau kira-kira 30 minit Selain itu, katanya antara hasil kajian yang menarik perhatian pakar sakit jantung ialah mengenai kadar denyutan jantung kerana selama ini, kajian saintifik lain menyatakan bahawa kadar denyutan jantung paling rendah adalah ketika berbaring. "Kajian mendapati ketika solat, keadaan sujud mencatatkan kadar denyutan paling rendah dan lebih baik berbanding ketika baring. Ini menunjukkan posisi tubuh ketika solat adalah bagus," katanya. Sehubungan itu, katanya kajian akan dilakukan dengan lebih meluas untuk melihat sama ada posisi tubuh ketika solat boleh merawat sakit jantung. Katanya, pakar jantung gembira dengan hasil kajian itu kerana boleh memperkenalkan terapi solat kepada pesakit jantung untuk melakukan senaman.Ketika ini, setiap pesakit jantung perlu melakukan senaman selama 30 minit setiap hari.*Sumber: Harakahdaily 25 Februari 2009*
(Artikel ini dipetik daripada tulisan Ziauddin Sharuddin dalam laman web berita harian, untuk panduan dan rujukan umat Islam berhubung manfaat solat

DOA-DOA YG BAIK UNTUK DIAMALKAN











POKOK - POKOK KEBAIKAN DUNIA



ALLAH beri bermacam-macam kebaikan di dunia buat hamba-hamba yang dikehendaki-Nya. Dan segala kebaikan itu pula bermanfaat untuk akhirat mereka. Bagaimana kita hendak tahu kita telah mendapat kebaikan di dunia atau tidak?

Apa kata para ulama mengenai kebaikan di dunia itu?Ulama-ulama dahulu termasuk Ibnu Katsir, telah menyenaraikan apa itu kebaikan di dunia di dalam kitab-kitab mereka. Apa yang mereka senaraikan itu semuanya dilihat dari neraca agama dan penilaian Allah serta bertepatan dengan fitrah manusia yang inginkan kebaikan dalam hidup.Kebaikan yang disenaraikan itu meliputi perkara-perkara berikut: kesihatan, isteri yang solehah, rezeki yang luas lagi halal, anak-anak penyejuk hati, kerehatan, ilmu yang bermanfaat, amal soleh, rumah yang aman, kenderaan yang baik, dan pandangan baik dari orang.Kebaikan di dunia juga menurut ulama merangkumi limpahan segala nikmat, kesejahteraan hidup dan taufik dari Allah Yang Esa.Ada juga ulama mengatakan kebaikan di dunia itu meliputi tiga perkara iaitu hati yang bersyukur, lidah yang berzikir dan tubuh badan yang sabar (dalam menanggung ujian Allah).

Tiga perkara ini terkandung dalam doa yang diamalkan oleh Rasulullah SAW.Senarai kebaikan di dunia oleh ulama-ulama ini bukan hanya dilihat pada perkara-perkara lahir yang dapat dipandang mata tetapi juga perkara-perkara batin yang dapat dirasai oleh hati. Perkara-perkara itu adalah pokok-pokok kebaikan di dunia.Pokok-pokok Kebaikan Di DuniaApa rasionalnya mereka mengatakan demikian? Kenapa dikatakan semua itu kebaikan di dunia? Mari kita lihat dan cuba huraikan:

1. Mendapat taufik dan hidayah Allah SWT.Orang yang mendapat taufik dan hidayah ertinya dia seorang yang dibantu oleh Allah untuk mengamalkan Islam. Islam bererti "selamat". Orang Islam kalau kekal mendapat taufik dan hidayah dari Allah, akan selamat di dunia dan akhirat. Sabda Rasulullah SAW : "Sungguh beruntung orang yang beragama Islam…" (Hadis Riwayat Muslim)Dari Abi Zar r.a., Rasulullah SAW bersabda, (Hadith Qudsi) "Firman Allah Taala: Wahai hamba-hamba-Ku, Aku telah haramkan ke ats diri-Ku kezaliman dan Aku jadikan kezaliman itu juga haram ke ats kamu semua maka janganlah berlaku zalim sesama sendiri.Wahai hamba-hamba-Ku, semua kamu adalah sesat kecuali orang-orang yang mendapat petunjuk-Ku, maka mintalah hidayah daripada-Ku, nescaya akan Aku berikan. Wahai hamba-hamba-Ku semua kamu adalah dalam kelaparan kecuali orang yang mendapat makanan daripada-Ku, maka mintalah daripada-Ku nescaya Aku berikan kepadamu.Wahai hamba-hamba-Ku semua kamu adalah tidak berpakaian kecuali orang yang Aku berikan kepadanya pakaian, maka mintalah daripada-Ku nescaya akan Aku berikan. Wahai hamba-hamba-Ku, kamu semua melakukan salah dan silap setiap masa dan Aku adalah pengampun dosa-dosa, maka pohonlah keampunan daripada-Ku nescaya Aku akan ampunkan..." (Hadis Riwayat Muslim)

2. Diberi kefahaman dalam agamaUntuk amalkan Islam perlukan kefahaman. Siapa yang diberi kefahaman tentang Islam juga dikira telah mendapat kebaikan di dunia. Orang Islam yang tidak diberi kefahaman tentang Islam oleh Allah akan mengamalkan apa yang disangkanya dari ajaran Islam tetapi sebenarnya menyeleweng dari Islam. Hidupnya tak akan benar-benar selamat dan tak mampu menyelamatkan orang lain.Sabda Rasulullah SAW : "Barangsiapa yang Allah menghendaki kebaikan kepadanya, Dia akan menjadikannya faham dalam agama." (Riwayat Bukhari dan Muslim)

3. Dapat berbuat amalan solehDengan kefahaman agama yang Allah beri, seseorang itu dapat berbuat amal soleh. Ini juga merupakan kebaikan di dunia kerana hidup akan terisi perkara baik dan tidak terumbang-ambing. Firman Allah yang bermaksud: "Katakanlah: "Hai hamba-hamba-Ku yang beriman, bertakwalah kepada Tuhanmu". Orang-orang yang berbuat baik di dunia ini memperolehi 'hasanah' (kebaikan). Dan bumi Allah itu adalah luas. Sesungguhnya hanya orang-orang yang bersabarlah yang dicukupkan pahala mereka tanpa batas." (Surah Az-Zumar, ayat 10)

4. Mendapat ilmu yang bermanfaatIlmu yang bermanfaat adalah panduan untuk mengisi hidup dengan perkara-perkara baik dan selamat. Sebab itu Rasulullah SAW berdoa: "Ya Allah ya Tuhanku, berikanlah manfaat kepadaku dari apa-apa Engkau ajarkan kepadaku dan ajarkan daku apa-apa yang bermanfaat buat diriku." (Hadis Riwayat at-Tabrani)Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Sesiapa yang berkehendakkan dunia maka hendaklah ia berilmu, sesiapa yang berkehendakkan akhirat maka hendaklah ia berilmu dan sesiapa yang berkehendakkan kedua-duanya maka hendaklah ia berilmu." (Hadis Riwayat at-Tirmidzi).Ilmu pengetahuan menurut Islam sama ada yang berunsur keduniaan mahupun keakhiratan adalah bersifat sepadu (integrated) dan saling berhubung di antara satu sama lain. Berasaskan pegangan inilah maka kehidupan dunia akan dapat dijadikan persediaan untuk kehidupan di akhirat.Ilmu terbahagi kepada dua iaitu ilmu naqliyah yang berteraskan wahyu seperti aqidah, syariah dan akhlak dan ilmu aqliyah iaitu ilmu yang pada zahirnya dipandu oleh akal bagi memperolehi kejayaan dan kemajuan duniawi. Kedua-dua jenis ilmu ini bersepadu bagi mencapai satu matlamat iaitu keredhaan Allah SWT.Islam menggalakkan umatnya memiliki seberapa banyak ilmu dalam usaha mencari kehidupan yang baik dan sempurna disamping memajukan masyarakat menurut lunas-lunas yang dibenarkan oleh Islam.

5. Mendapat isteri yang solehahKebahagiaan hidup adalah perkara yang semua orang impikan. Kebahagiaan selalunya bermula di rumah. Siapa yang mendapat pasangan hidup yang baik patut bersyukur kerana di situlah tanda kebahagiaannya. Isteri atau suami yang baik ini juga membantu seseorang mendekatkan diri kepada Allah. Itulah antara kebaikan di dunia buatnya.Sabda Rasulullah SAW : "Empat dari tanda-tanda kebahagiaan seseorang: Isterinya solehah, anak-anaknya abrar (soleh), teman-temannya orang soleh dan sumber rezekinya di negerinya sendiri." (Hadis Riwayat ad-Dailami dari Ali r.a.)Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: "Apabila seseorang isteri meninggal dunia dan suaminya redha kepadanya, maka ia akan masuk syurga." (Hadis Riwayat Tirmidzi dan Ibn Majah)Islam telah menggariskan peranan suami dan isteri dengan jelas di mana suami mestilah bersedia untuk mentadbir rumah tangga dan isteri pula mestilah bersedia untuk mentaati perintah suami.Syurga anak adalah di telapak kaki ibunya manakala syurga isteri adalah apabila taatkan suaminya. Taat di sini bererti patuh kepada perintah dan kehendak suami kecuali apabila suami menyuruh melakukan dosa. Ia menduduki tempat kedua selepas taat kepada Allah dan Rasul.Ketaatan isteri berkait rapat dengan keperibadian suami di mana kuasa suami bukan terletak pada kekuatan fizikalnya tetapi terletak pada iman, ilmu dan kesabarannya. Dengan demikian barulah kepimpinannya menjadi lebih mantap dan dihormati isteri.Kunci kerukunan rumah tangga adalah persefahaman antara suami isteri. Oleh itu Islam telah menyarankan bahawa dalam mencari isteri idaman hendaklah dari kalangan wanita yang mempunyai empat ciri seperti berketurunan baik, elok paras rupanya, berharta, dan kuat pegangan agamanya.Namun yang perlu diutamakan adalah yang solehah (beriman) agar mudah untuk dididik dan beberapa masalah rumah tangga dapat dielakkan seperti isteri nusyuz dan sebagainya.Setiap wanita Islam hendaklah menyedari tentang hak-haknya yang telah digariskan oleh syarak agar tidak berlaku kekeliruan dalam mentaati suami sehingga menjadi mangsa penderaan oleh suami yang tidak bertanggungjwab.Oleh itu seorang isteri yang solehah adalah yang mencakupi erti kata wanita yang berilmu dan beriman. Dengan demikian rumah tangga akan sentiasa aman dan bahagia.Namun ada juga orang yang Allah beri kebaikan walaupun tidak mendapat pasangan hidup yang soleh atau solehah. Buat mereka Allah kurniakan pahala sabar dalam mendidik atau sabar dalam menghadapi kerenah pasangannya.

6. Mendapat zuriat penyejuk hatiBetapa sejuknya hati kalau anak-anak taat, hormat dan tahu berbakti. Tanpa tiga perkara ini, tidak ada erti kepandaian, kedudukan dan jawatan tinggi yang dibangga-banggakan pada anak. Anak yang baik akan terus memberi manfaat setelah kematian kita. Pahala amalan baiknya hasil didikan kita terus mengalir kepada kita dan kita juga menerima kebaikan dari doa mereka.Dalam riwayat yang lain, Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud : "Empat perkara yang membawa kebahagiaan iaitu wanita yang solehah, rumah yang luas, jiran yang baik dan kenderaan yang selesa." (Hadis Riwayat Ibnu Hibban)Kehidupan yang selesa adalah suatu bentuk kehidupan yang dialu-alukan oleh Islam di mana kehidupan yang sempurna memerlukan empat elemen asas yang penting iaitu:Wanita yang solehah- iaitu isteri yang baik yang dapat menguruskan keluarga dan rumahtangga dengan sempurna.Rumah yang luas yang boleh memberikan keselesaan untuk bermesra dengan keluarga dan anak-anak di samping dapat melapangkan fikiran dengan baik dan tenang.Jiran yang baik kerana jiran merupakan orang yang paling rapat selepas sanak saudara dan keluarga. Jiran yang baik dapat menjamin keharmonian hidup bermasyarakat sehinggakan ikatan kejiranan itu boleh bertukar seakan-akan sebuah kelurga yang kasih-mengasihi dan saling mengambil berat di antara satu sama lain.Kenderaan yang selesa kerana ia memberikan kemudahan dalam segala urusan.Antara tabiat buruk yang mengancam kebahagiaan hidup ialah berfoya-foya dengan kehidupan mewah, boros harta dan membazir ketika berbelanja.Tabiat ini sering disebut dalam al-Quran sebagai punca kehancuran beberapa umat yang terdahulu.Kemewahan hidup berbeza antara satu zaman dengan zaman yang lain, mungkin mewah pada suatu ketika dahulu, tidak dianggap mewah pada hari ini, kerana perbezaan masa, suasana dan pendapatan menjadikan ukuran kemewahan turut berbeza.

7. Mendapat kawan-kawan yang solihinPerkara ini juga disebut dalam hadis sebagai tanda kebahagiaan. Kawan yang baik akan tegur kesalahan kita dan mengajak kita buat baik. Kawan yang soleh atau solehah ini akan bawa kita ke jalan hidup selamat. Mereka tempat berkongsi masalah dan kegagalan, bukan hanya berkongsi senang dan kejayaan.Rasulullah SAW bersabda, maksudnya, "Manusia yang paling dikasihi Allah ialah orang yang memberi manfaat kepada orang lain dan amalan yang paling disukai oleh Allah ialah menggembirakan hati orang-orang Islam atau menghilangkan kesusahan daripadanya atau menunaikan keperluan hidupnya di dunia atau memberi makan orang yang lapar.Perjalananku bersama saudaraku yang muslim untuk menunaikan hajatnya, adalah lebih aku sukai daripada aku beriktikaf di dalam masjid ini selama sebulan, dan sesiapa yang menahan kemarahannya sekalipun ia mampu untuk membalasnya nescaya Allah akan memenuhi keredhaannya di dalam hatinya pada hari Qiamat, dan sesiapa yang berjalan bersama-sama saudaranya yang Islam untuk menunaikan hajat saudaranya itu hinggalah selesai hajatnya nescaya Allah akan tetapkan kakinya (ketika melalui pada hari Qiamat) dan sesungguhnya akhlak yang buruk akan merosakkan amalan seperti cuka merosakkan madu." (Hadis Riwayat Ibnu Abi Dunya).Berbuat baik dan memberi keselesaan kepada orang lain akan diganjari Allah dengan balasan yang berlipat ganda sama ada berupa pahala, kebaikan dan kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat.Semua ini akan dapat dilakukan sekiranya seseorang itu mempunyai keimanan dan keikhlasan di hatinya sehingga segala tindakan-tindakan yang dilakukannya sentiasa melahirkan kebaikan pada dirinya dan dalam hubungannya dengan orang lain serta masyarakat di sekelilingnya.

8. Kesihatan, kesejahteraan dan kelapanganDengan kesihatan yang baik, banyak perkara dapat dilakukan dalam hidup ini. Orang Mukmin memanfaatkan kesihatan untuk buat sebanyak mungkin kebaikan sebelum datangnya sakit. Kesihatan juga sering dikaitkan dengan kesejahteraan hidup. Rasulullah SAW memohon: "Ya Allah, ‘afiatkanlah tubuh badanku dan ‘afiatkanlah pendengaranku." (Hadis Riwayat Ibnu Syaibah)Daripada Abdullah ibn Abbas r.a. katanya, Rasulullah SAW bersabda, "Dua jenis nikmat yang kebanyakan manusia menerima kerugian yang besar iaitu kesihatan dan kelapangan." (Hadis Riwayat al-Bukhari)Seseorang itu hendaklah menjaga kesihatan yang mana kesihatan itu adalah satu nikmat daripada Allah, hendaklah digunakan masa sihat itu dengan amal kebajikan dan amalan salih sebelum sakit. Seseorang itu janganlah mensia-siakan masa lapangnya terbiar begitu sahaja, ianya hendaklah digunakan untuk melakukan semua perintah Allah yang diredai. Kedua nikmat sihat dan kelapangan itu adalah cubaan Allah ke atas manusia. Oleh itu hendaklah digunakan masa sihat dan lapang itu untuk memerangi hawa nafsu. Sesiapa yang berjaya pasti akan mendapat kemenangan begitu juga sebaliknya.

9. Panjang umur di dalam ketaatanHampir setiap orang mahu hidup lama, kecuali orang yang putus asa dengan hidup. Paling baik kalau dapat panjang umur sambil berbuat ketaatan kepada Allah. Sabda Rasulullah SAW : "Sesungguhnya sehabis-habis kebahagiaan itu ialah panjang umur di dalam mentaati Allah." (Hadis Riwayat Khotib daripada Abdullah dari bapanya)Rasulullah SAW bersabda, maksudnya: "Sesiapa yang mati pada masa ia dalam keadaan taatkan Allah, beramal soleh, maka ia dibangkitkan oleh Allah hidup kembali dengan keadaan yang menyukakannya; dan sesiapa yang mati pada masa ia dalam keadaan derhaka kepada Allah, berbuat jahat, maka ia dihidupkan kembali dengan keadaan yang mendukacitakannya." (Hadis Riwayat Jabir r.a.)

10. Mendapat rezeki yang halalRasulullah SAW menekankan agar umatnya berusaha mendapatkan rezeki halal kerana ia akan memberkatkan hidup. Dalam satu hadis, baginda mengatakan bahawa mencari rezeki yang halal itu satu jihad. Malah sabdanya: "Amalan yang paling utama itu ialah mencari rezeki dari usaha yang halal." (Hadis Riwayat al-Hakim)Dari Abdullah bin Amru bin ‘Ash r.a. katanya, Rasulullah SAW bersabda: "Sungguh amat beruntunglah orang yang Islam (berserah diri) dan merasa cukup dengan apa yang direzekikan Allah serta berpada dengan apa yang diberikan-Nya." (Hadis Riwayat Muslim)Rasulullah SAW telah menasihatkan kita agar melihat kepada orang yang di bawah. Jangan melihat kepada orang yang di atas (lebih bernasib baik) kerana yang demikian itu akan membuatkan kita menjadi tidak bersyukur. Namun itulah masalahnya yang berlaku pada setiap daripada kita. Sentiasa mengejar peluang yang lebih baik. Sentiasa mahukan yang lebih banyak. Tetapi ini bukan pula bererti bahawa kita tidak boleh mengejar yang lebih baik. Rezeki itu hak dan kepunyaan Allah. Maka bermohonlah kepada Yang Memiliki rezeki itu kerana tiada rezeki untuk kita tanpa ada keizinan daripada-Nya.

11. Beroleh keimanan dan ketakwaanDengan iman dan takwa, seseorang itu mulia di sisi Allah dan di sisi manusia. Siapa yang tak sukakan kemuliaan? Sabda Rasulullah SAW : "Semulia-mulia manusia adalah orang yang paling bertakwa di antara kamu." (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Baginda juga bersabda : "Hendaklah kamu bertakwa, kerana ia merangkumi semua kebaikan." (Hadis Riwayat Abu Ya’ala)Sabda Rasulullah SAW lagi yang bermaksud, "Sesungguhnya Allah mengasihi hambanya yang bersifat Taqwa, kaya jiwa serta tidak menonjolkan diri (merendah diri walaupun berpangkat tinggi)." (Hadis Riwayat Muslim)Yang dimaksudkan dengan kaya di sini ialah kaya jiwa bukan kaya harta sebagaimana yang dinyatakan dalam hadis. Tiga perkara yang apabila dilakukan oleh seseorang maka ia dikasihi oleh Allah SWT ialah :Bertaqwa,Kaya Jiwa (Berakhlak mulia),Tidak menonjolkan diriSetiap umat Islam hendaklah sentiasa memperbaiki dirinya dari masa ke semasa dengan menanamkan tiga sifat tersebut diatas secara berperingkat-peringkat. Islam menyuruh umatnya supaya bertaqwa kepada Allah dan mempunyai sifat-sifat yang mulia dan berbudi bahasa, jangan bersifat sombong, ego dan sebagainya yang boleh menjatuh dan merendahkan mertabat kemuliaan manusia itu sendiri.

12. Banyak mengingati Allah SWTNikmat paling besar yang manusia cari-cari dalam hidup ialah nikmat ketenangan. Orang Mukmin adalah orang yang hidupnya penuh ketenangan. Firman-Nya: "...orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingat Allah. Sesungguhnya hanya dengan mengingati Allah itu, hati akan menjadi tenteram (tenang)." (Surah Ar-Ra’ad, ayat 28)Sabda Rasulullah SAW : "Aku berpesan kepada kamu semua supaya mengingati Allah, kerana hal itu dapat menghiburkan hati kamu dari segala kesulitan duniawi." (Hadis Riwayat ad-Dailami)Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud : "Tujuh golongan manusia yang akan diberi perlindungan oleh Allah dalam naungannya di hari yang tiada naungan melainkan perlindungan Allah itu sendiri iaitu: Imam (pemimpin) yang adil, pemuda yang sentiasa beribadat kepada Allah, lelaki yang hatinya sentiasa terpaut dengan masjid, dua orang yang saling cinta mencintai kerana Allah di mana keduanya berkumpul dan berpisah kerana Allah, seorang lelaki yang diajak oleh wanita rupawan serta berkedudukan tinggi untuk melakukan zina, lalu ia menjawab, “Aku takut kepada Allah”, seseorang yang bersedekah dengan sesuatu sedekah lalumenyembunyikan sedekahnya itu sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang dibelanjakan oleh tangan kanannya, seseorang yang mengingati Allah di tempat yang sunyi lalu mengalir air matanya." (Hadis Riwayat at-Tirmidzi)Orang yang mencintai Allah SWT dengan hati yang ikhlas semestinya akan merasa keagungan dan kebesaran Allah.

Oleh itu di saat ia bertafakur kepada Allah akan keluarlah air mata kerinduan dan keinsafan dari dalam dirinya.Dalam riwayat yang lain pula, Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya : "Tanda cintakan Allah SWT ialah mengingati Allah SWT (zikrullah) dan tanda Allah SWT murka kepada hamba ialah dia tidak suka mengingati Allah." (Hadis Riwayat Baihaqi)Ciri khas dalam akidah yang wajib ada dalam diri setiap individu adalah perasaan cintakan Allah kerana ia merupakan kayu ukur terpenting dalam menilai kualiti iman seorang muslim yang sebenar.Antara sifat mereka ialah sentiasa merasa bahagia apabila mengingati Allah iaitu mereka banyak berzikir, mengerjakan sembahyang, membaca al-Quran dan sebagainya sebaliknya bagi orang yang tidak cintakan Allah, dia merasa bosan dan rimas apabila mendengar kalimah-kalimah Allah dan malas untuk berzikir (mengingati Allah) jauh sekali untuk beribadat kepada Allah.Sesungguhnya orang yang selalu mengingati Allah (di kala senang mahupun susah) akan mendapat pemeliharaan daripada Allah SWT, kehidupannya sentiasa terkawal dan terpimpin, jalan hidupnya sentiasa sejahtera dan selamat.

Sebaliknya mereka yang lalai daripada mengingati Allah, kehidupannya akan didapati kosong, kecewa dan hampa.13. Berjaya menyucikan jiwa dari mazmumahHidup tak akan tenang jika hati penuh hasad dengki, tamak, takut, benci, keluh-kesah dan lain-lain sifat mazmumah. Tidak hairanlah dikatakan, orang yang bersih hatinya dari sifat mazmumah ini adalah orang yang mendapat kebaikan di dunia. Bila menghadapi musibah, dia sabar dan bersangka baik dengan Allah.Misalnya jika ada orang terganggu dengan turunnya hujan pada waktu hujan itu ‘tak diperlukan’, dia sentiasa mencari hikmah di sebaliknya. Bila dapat nikmat pula, dia bersyukur. Hatinya tak pernah keluh-kesah. Firman Allah Taala: "Sesungguhnya berjaya dan beruntunglah orang yang menyuci (membersihkan) jiwanya." (Surah Al-A’la, ayat 14)14. Mati di dalam kebaikan (Husnul Khotimah)Ini merupakan penutup segala kebaikan di dunia. Firman Allah SWT : "….demikianlah Allah memberi balasan kepada orang-orang yang bertaqwa, (iaitu) orang-orang yang diwafatkan dalam keadaan baik oleh para malaikat dengan mengatakan (kepada mereka) Salamun ‘Alaikum." (Surah An-Nahl, ayat 32)Sabda Rasulullah SAW : "Sebaik-baik amalan itu ialah bahawa kamu berpisah dengan dunia ini sedangkan lidahmu basah berzikir kepada Allah." (Hadis Riwayat Abu Na’im)Para ulama yang beramal dengan ilmunya melihat sesuatu dengan mata hati. Oleh itu, dalam senarai kebaikan di dunia yang mereka turunkan di atas, tidak ada perkara-perkara berbentuk nikmat zahir semata-mata. Misalnya mereka tidak kata kebaikan di dunia itu ada pada rumah besar, kedudukan tinggi, isteri cantik, duit banyak, nama popular, kenderaan mewah dan lain-lain yang sering kita buru hari ini. Semua ini tidak ada dalam senarai para ulama.

Bermakna, mendapat semua itu belum bererti mendapat kebaikan yang hakiki.Kebaikan di dunia itu sebenarnya milik hamba-hamba Allah yang taat – hamba yang lebih utamakan akhirat dari dunia. Dalam surah an-Nahl ayat 122 dinyatakan bahawa Allah telah mengurniakan kepada Nabi Ibrahim a.s. hasanah (kebaikan) di atas kehidupan dunia.

SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA




ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH,
SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA
SAYA MENGAMBIL KESEMPATAN INI UNTUK MENGUCAPKAN SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA KEPADA SELURUH WARGA ABIM KOTA TINGGI KHASNYA BERSAMA SAF KEPIMPINAN WADAH DAN SELURUH UMAT ISLAM DI MALAYSIA.

AYUH KITA CONTOHI SEJARAH PENGORBANAN NABI IBRAHIM DAN NABI ISMAIL SERTA JUNJUNGAN BESAR NABI MUHAMMAD SAW. KITA BERKORBAN DEMI AGAMA, BANGSA DAN NEGARA. MOGA SEGALA PENGORBANAN KITA MENDAPAT HIDAYAH DAN GANJARAN DARI ALLAH SWT, INSYAALLAH.


SALAM PERJUANGAN,

YDP ABIM KOTA TINGGI

Sabtu, 21 November 2009

bilakah berakhirnya masalah ini...... sedih dan menyayat hati...




KEJAM. Masalah pembuangan bayi semakin menjadi-jadi di negara kita. Hampir setiap hari akhbar tempatan melaporkan kes-kes pembuangan bayi yang tidak berdosa. Bayi ini dibuang di merata-rata tempat seperti di dalam longkang, di tempat pembuangan sampah, di masjid, di tepi surau dan sebagainya.
Akibat keterlanjuran dan terjerumus ke lembah zina yang mengakibatkan mengandung anak luar nikah, demi menutup malu dan takut diketahui umum, maka tanpa belah kesian dan rasa bersalah, bayi-bayi ini dibuang oleh tangan-tangan yang kejam dan zalim seperti membuang sampah di tepi-tepi jalan sahaja dan menjadi makanan dan ratahan anjing-anjing liar, semut dan ulat.
Kalau pada zaman jahiliah dahulu, hanya anak perempuan sahaja dibuang dan di tanam hidup-hidup, tetapi pada zaman yang dikatakan moden dan bertamadun ini, tidak kira sama ada bayi perempuan atau lelaki semuanya akan dibuang. Asalkan dapat menutup aib dan malu diri sendiri. Sedangkan binatang yang tidak mempunyai otak dan fikiran pun tahu menjaga dan menyayangi anaknya. Manusia jenis apakah ini ?
Sekiranya bayi-bayi itu boleh bercakap, pasti mereka akan bertanya kepada ibu dan bapa mereka yang zalim, kenapa aku dibuang begini? Apakah kesalahan aku ? Kamu berdua yang melakukan dosa dan maksiat, kenapa aku pula yang di hukum ? Kalau tidak kerana perbuatan kalian berdua, pasti aku tidak wujud di dunia ini. Di manakah tanggungjawab kamu berdua? Ketika melakukan maksiat, bukan main seronok lagi, apabila engkau mengandung dan melahirkan aku, engkau buang aku di merata-rata tempat seperti sampah busuk yang tiada nilainya. Beginilah nasibku seorang bayi luar nikah. BERILAH AKU PELUANG UNTUK HIDUP SEPERTI BAYI-BAYI YANG LAIN.
Apa yang KAM sering terfikir di fikiran ini adalah begitu mudah bayi ini dilahirkan. Tidak perlu doktor, jururawat dan bidan untuk bersalin. Di dalam tandas pun boleh bersalin. Berbeza sekali dengan apa yang KAM lihat di hospital ketika menemani isteri bersalin beberapa minggu yang lepas. Ada di antara mereka terpaksa membuat pembedahan untuk melahirkan seorang bayi. Manakala ada juga yang bertarung nyawa menahan kesakitan ketika hendak bersalin. Mungkin lain padang, lain belalang.
Mungkin ada benar juga kata seorang jururawat ketika bersembang dengan KAM, beliau berkata, “berdasarkan pengalamannya menjadi bidan, perempuan yang baik-baik memang susah hendak bersalin, terutama mereka yang bersalin anak sulung, tetapi cukup mudah ketika hendak menghembus nafas terakhir (mati), berbanding dengan perempuan zina, mereka amat mudah untuk bersalin tetapi amat payah untuk mati”. KAM terfikir sejenak apabila mendengar kata-kata jururawat tersebut.
Akhir kalam, KAM ingin mengigatkan kepada muda-mudi dan remaja khasnya, berzina dan tindakan membuang bayi adalah merupakan perbuatan jenayah yang amat besar dosanya serta berat hukumannya di sisi Islam. Sebagaimana firman Allah SWT di dalam surah Al-Israa’ ayat 32 yang bermaksud:
“Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat”.
Manakala firman Allah SWT di dalam surah an-Nisa’ ayat 93 yang bermaksud :
“Dan sesiapa yang membunuh seorang mukmin dengan sengaja maka balasannya ialah neraka jahanam, kekal dia di dalamnya dan Allah murka kepadanya dan melaknatkannya serta menyediakan baginya azab seksa yang besar” .
Oleh itu, wahai saudara-saudari, pemuda-pemudi dan para remaja…Fikir-fikirkanlah…

SU Abim Kota Tinggi bersama pelajar SK Muzaffar Syah - lawatan ke Kuala Lumpur
















Jumaat, 20 November 2009

SIS Golongan Keliru: ABIM

Shah Alam – Sekiranya Sister In Islam (SIS) ingin memartabatkan dan mempertahankan wanita Islam, banyak isu yang boleh dijuarai seperti isu wanita Islam berzina, dijadikan alat komersial dan gadis yang terlibat dalam pelacuran bukannya apa menyentuh tentang al-Quran serta isi kandungannya.Pengerusi Jawatankuasa Advokasi Bertindak Syariah Abim (Jawab) Selangor, Hazlina Abd Razak berkata, apabila SIS perjuangkan isu feminis dan menungkai perkara itu, seolah-olah apa yang ditonjolkan Islam itu tidak baik, sedangkan dalam al-Quran itu menunjukkan Islam itu memberikan keadilan untuk semua.Menurut beliau, dalam tradisi keilmuan, Islam mencari kebenaran bukan kesalahan. tetapi apa yang dilihat SIS dan kumpulan yang sealirannya gemar mempersoalkan apa yang telah sedia ada dalam Islam daripada mempertahankannya.
“Kita tidak mengambil cara konfrontasi, tetapi kita memang tidak bersetuju dengan apa yang diutarakan SIS terutamanya dalam dasar asas Islam maknanya mentafsirkan ayat al-Quran. Mereka adalah golongan orang yang keliru dan ‘R&D’ mereka bertolak kepada hendak mencari kesalahan orang lain bukan mencari kebenaran, berbeza dengan orang benar-benar berpegang teguh kepada ajaran Islam.“Kita sudah tahu Islam itu benar, al-Quran itu benar. Jadi kita hendaklah menunjukkan kebenaran itu kepada orang ramai tetapi saya nampak kumpulan ini hendak menunjukkan kesilapan. Jadi kita perlu berhati hati dalam membuat penilaian, mereka berguru dengan siapa sebenarnya?,” katanya.Beliau juga meminta SIS dan kumpulan seperti itu merujuk kepada Al-Quran itu sendiri, bukannya tafsiran-tafsiran sebab tafsiran itu datangnya dari manusia.Demikian kenyataan beliau selepas program seminar Wacana Bicara Ummah Hapuskan Undang-Undang Syariah? (Tentangan Terhadap Ad-Deen Sebagai Cara Hidup) bertempat di Masjid Negeri, di sini semalam.
sumber dipetik : http://www.sinarharian.com.my

Konvo Tadika/Tahfiz ABIM Muar 2009

Ahad , 15 November 2009 bersamaan dengan 27 Zulkaedah 1430 H telah berlangsung Konvokesyen Tadika dan Tahfiz Al-Hidayah zon bandar, Muar. Majlis telah dilangsungkan di PPA ABIM Muar dan telah dihadiri oleh lebih 100 orang ibu dan bapa beserta pelajar-pelajar tadika/tahfiz tersebut. Majlis telah dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh YDP ABIM daerah Muar, Tn. Hj. Shahrol b. Hj. Abu Samah., yang mana beliau mengucapkan terima kasih kepada semua ibu-ibu dan bapa-bapa yang masih menaruh kepercayaan terhadap orientasi pendidikan yang dilaksanakan oleh ABIM terutamasekali di daerah Muar ,walaupun pada masa yang sama banyak tadika-tadika lain yang mengamalkan orientasi pendidikan Islam telah mula beroperasi sejak kebelakangan ini. Perasmian majlis telah disempurnakan oleh YDP ABIM Negeri Johor, Dr. Shahrum Shah b. Abdullah. Dalam ucapannya, beliau antara lain menyentuh tentang tujuan majlis ihtifal diadakan iaitu bagi menandakan tamatnya seorang pelajar melalui sebuah proses pendidikan dan juga sebagai peringatan atas amanah ilmu yang dipikul setelah tamat pengajian. Beliau menegaskan bahawa apa yang ingin dilahirkan oleh sistem pendidikan TASKI-SRI-SMI-KDH adalah insan yang bukan sahaja mempunyai kebolehan akademik tetapi juga sedar akan amanah yang perlu disandang oleh seorang ilmuwan. Dua amanah penting juga ditekankan iaitu pengabdian kepada Allah dan kebaktian kepada masyarakat. Antara sebab berlakunya pelbagai masalah seperti rasuah, pecah amanah dan lain-lain lagi adalah kerana wujudnya ilmuwan yang lupa dengan amanah yang dipikulnya.
Majlis ini juga telah diserikan dengan beberapa persembahan menarik oleh pelajar-pelajar tadika Al-Hidayah yang antara lain menunjukkan hasil pendidikan bersepadu yang menunjukan identiti Islam yang telah mereka lalui di tadika masing-masing.

SANG LEBAH




Semangat setia kawan, saling membantu patut jadi contoh amalan harian KETIKA kecil saya pernah disengat tebuan, sejenis serangga tergolong dalam keluarga lebah. Bisa sengatan terasa hingga keesokan harinya. Hati saya berdetik, apalah sebabnya lebah ini dicipta kalau kerjanya hanya untuk menyengat dan menggigit orang?Apabila saya mula mengenal dan membaca al-Quran, saya bertemu perkataan An-Nahl (lebah) yang menjadi nama kepada surah ke 16 Mushaf ini. Apabila dewasa, saya didedahkan dengan pelbagai keistimewaan dan khasiat madu lebah dan air liur (susu lebah) yang dikenali sebagai royal jelly.Allah menyebut dan memfokuskan kebaikan kejadian penciptaan lebah secara nyata. Mungkin kerana itu Allah menamakan surah lebah sebagai salah satu surah dalam al-Quran. Allah mengajar dan memberi peringatan kepada kita dengan pelbagai cara. Memilih lebah sebagai perumpamaan adalah salah satu cara Allah menyedarkan kita. Allah berfirman yang bermaksud:"Dan Rabbmu mewahyukan (mengilhamkan) kepada lebah: "Buatlah sarang di bukit, di pohon kayu, dan di tempat yang dibina manusia. Kemudian makanlah dari tiap-tiap (macam) buah-buahan dan tempuh jalan Rabbmu yang dimudahkan (bagimu)."Dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya ada ubat yang menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda (kebesaran Rabb) bagi orang yang memikirkan" – (An-Nahl: 68-69).Hadis khusus mengenai lebah juga kita perlu renungkan bersama.


Rasulullah SAW. bersabda, "Perumpamaan orang beriman itu bagaikan lebah. Ia makan yang bersih, mengeluarkan sesuatu yang bersih, hinggap di tempat yang bersih dan tidak merosak atau mematahkan (tempat yang dihinggap)" – (Ahmad, Al-Hakim, dan Al-Bazzar)Allah memberikan ilham kepada lebah untuk bekerja dan mengatur kehidupannya. Cara bekerja lebah yang halus dan teliti sungguh mengagumkan kita. Bagaimana lebah membuat sarang yang sangat kompleks, bagaimana mengurus kerja secara berpasukan yang mantap dan akhirnya mengeluarkan hasil madu berkhasiat. Malah madu dan susu lebah diakui oleh saintis dan pakar perubatan boleh menyembuh pelbagai penyakit dan resipi penjagaan kesihatan yang sentiasa relevan sepanjang zaman.Hadis nabi di atas mengisyaratkan kita meniru sifat positif yang dimiliki oleh lebah. Sifat itu adalah ilham dari Allah. Alangkah cantiknya perumpamaan ini. Inti patinya sama dan saling tidak tumpah antara perlakuan lebah dengan apa seharusnya dilakukan oleh seorang mukmin. Mukmin yang memiliki sifat unggul. Mukmin yang memiliki keistimewaan yang lain dari yang lain. Walau di mana pun dia berada, walau ke mana pun dia pergi, walau apapun yang dia lakukan, peranan dan tugas apa pun yang dipikul dia akan sentiasa memberi manfaat dan membawa maslahah kepada masyarakat di sekelilingnya. Ini jelas digambarkan oleh Rasulullah.Manusia paling baik adalah yang paling banyak memberikan manfaat bagi manusia lain. Kehidupan ini akan menjadi indah, membahagiakan dan lebih sejahtera, jika insan mulia seperti itu memainkan peranan dalam masyarakat seperti lebah.Sifat lebah boleh jadikan cermin untuk mencapai martabat mukmin dalam mencapai hasil yang terbaik:Hinggap di tempat yang bersih dan menghisap hanya yang bersihLebah hanya hinggap di tempat terpilih. Ini sangat jauh berbeza dengan lalat.

Serangga membawa kuman ini mudah ditemui di tempat pembuangan sampah dan tempat kotor dan berbau busuk. Sebaliknya lebah hanya hinggap di pohon bunga, buah-buahan dan tempat bersih mengandung bahan madu.Orang yang mengikut Rasul, Nabi yang ummi yang (namanya) mereka dapati tertulis di dalam Taurat dan Injil yang ada di sisi mereka, yang menyuruh mereka mengerjakan yang makruf dan melarang mereka dari mengerjakan yang mungkar dan menghalalkan bagi mereka segala yang baik dan mengharamkan bagi mereka segala yang buruk dan membuang dari mereka beban dan belenggu yang ada pada mereka. Maka orang beriman kepadanya, memuliakannya, menolongnya dan mengikuti cahaya yang terang yang diturunkan kepadanya (al-Quran), mereka itulah orang beruntung. – (Al-A'raf: 157)Oleh kerana itu, jika ia diberi amanah, dia akan menjaganya dengan sebaik-baiknya. Ia tidak akan melakukan rasuah, mencuri, salah guna kuasa, putar belit, menipu, dan berbohong. dusta. Hasil pendapatan dan kekayaan yang diraih dari perbuatan itu adalah khabaiths (kebusukan).Mengeluarkan yang bersihMadu lebah ada khasiat yang tinggi untuk kesihatan manusia. Tapi dari organ manakah keluarnya madu itu? Itulah salah satu keistimewaan lebah yang mempunyai sistem perkumuhan yang tidak sama dengan makhluk lain. Sistem perkumuhan bukan bahan buangan tetapi produktif dengan kebaikan. Sistem perkumuhan binatang lain hanya mengeluarkan sesuatu yang busuk dan menjijikkan. Disamping itu penemuan terbaru abad ini ialah produk lebah selain daripada madu ialah liurnya yang menghasilkan susu lebah diyakini mempunyai khasiat tertentu untuk kesihatan.Tidak merosakkanDia tidak pernah melakukan kerosakan sama ada material atau sebaliknya. Bahkan dia sentiasa membaik pulih kerosakan yang dilakukan oleh orang lain dengan cara yang tepat. Dia membaikpulih akidah, akhlak, dan ibadah dengan cara berdakwah.


Mengubah kezaliman dengan cara berusaha menghentikan kezaliman itu. Jika kerosakan terjadi akibat rasuah ia membanterasnya dengan menjauhi perbuatan buruk itu dan membawa penjenayah yang rasuah itu ke mahkamah untuk diadili.Bekerja kerasLebah adalah pekerja yang komited dan sentiasa bekerja keras. Sebaik saja ia keluar dari bilik menetas, lebah berpangkat pekerja ini mengosongkan dan membersihkan bilik sarangnya untuk di isi dengan telur baru. Selepas berumur tiga hari ia memberi makan larva dengan membawakan serbuk sari madu. Demikianlah hari-hari seterusnya ia bekerja dengan penuh semangat . Bukankah Allah pun memerintahkan mukmin untuk bekerja keras?Bekerja secara berpasukan dan tunduk pada satu pimpinanLebah selalu hidup dalam koloni besar, tidak pernah menyendiri dan bersendirian. Mereka bekerja secara kolektif, berpasukan dan amat setia kawan. Masing-masing ada tugas sendiri. Ketika mereka mendapatkan sumber sari madu, mereka akan memanggil kawan untuk menghisapnya. Demikian pula ketika ada bahaya, seekor lebah akan mengeluarkan feromon (suatu hormon) yang dikeluarkan oleh binatang tertentu untuk memberi isyarat penggera bahaya). Isyarat ini bertujuan mengundang kawan-kawannya agar membantu dirinya. Itulah seharusnya sikap orang beriman.Tidak mencederakan atau melukakan kecuali apabila digangguLebah tidak pernah memulakan serangan. Ia akan hanya menyerang apabila berasa terancam atau terganggu. Untuk mempertahankan kehormatan umat lebah itu, mereka rela mati dengan melepas sengatnya di tubuh pihak yang diserang. Sikap seorang mukmin: musuh tidak dicari. Tapi jika musuh ada, ia tidak akan lari.Beberapa karakter lebah diatas seharusnya menjadi teladan yang patut kita contohi. Ternyata tidak sia-sia Allah mengabadikan serangga kecil itu dalam Al-Quran sebagai salah satu nama surah An-Nahl.Dipetik dari :


Jendela Hikmahp/s : Ambil pengajaran dari lebah

KISAH BALDI




Pada suatu ketika dahulu, terdapat seorang pesawah yang selalu menjingjing 2 buah baldi di kiri dan kanan tangannya. Pada sebelah kanan tangannya, ada sebuah baldi yang masih elok keadaannya (mcm baldi yang baru beli...ada bau kedai lagi, hehe) dan pada sebelah tangan kirinya pula terdapat sebuah baldi yang kurang elok keadaanya, badannya berlubang mcm kena tembak..~hehe~, macam tuh la nak digambarkan betapa dasyatnya rupa baldi tersebut.
Setiap hari si pesawah ini akan mengisi air di dalam 2 buah baldi tersebut dan dia akan berjalan sejauh 500 meter untuk ke bendangnya. Dan setiap kali aktiviti ini berlaku, setiap kali jugalah si baldi elok akan mengejek-ejek si baldi buruk tuh dengan mengatakan,
"Sudahlah badan kamu, si baldi buruk dipenuhi lubang-lubang, dan apabila si pesawah sampai di bendang untuk menyiram tanamannya sudah pasti air di dalam badan kamu tuh sikit tapi cuba engkau tengok aku...aku nie baldi elok dan dalam badanku ini masih penuh lagi airnya dan aku sudah semestinya tidak menyusahkan Tuan aku, si pesawah", berkata baldi si elok ini dengan bangga seadanya. Kata-kata si baldi buruk telah mengguris perasaan baldi buruk...:(
Si pesawah masih lagi meneruskan aktivitinya sehinggalah pada suatu hari dia 'berperasaan' ingin membuang baldi buruk yang telah amat buruk keadaannya itu.
Namun niat beliau dapat dihidu oleh si baldi buruk.
Dengan perasaan yang hiba, si baldi buruk ini pun berkata,
"Engkau tidak boleh buang aku begitu saja sebab walaupun badan aku berlubang namun aku telah memberimu banyak manfaat".
"Manfaat?, apa manfaat yang kau telah berikan padaku?"
"Cuba kau perhatikan rumput-rumput di sebelah kiri mu, sepanjang perjalananmu dari rumah ke bendang, bukankan ianya lebih subur dari sebelah kananmu? Ini semua adalah kebaikkan dari rupaku yang berlubang. Air yang keluar dari badanku yang berlubanglah yang menyebabkan rumput-rumput tersebut mendapat segala nutrien.
~END~
Moral of the story:
1. Setiap makhluk yang diciptakan ALLAH di muka bumi ini mempunyai peranannya yang tersendiri. Walaupun kekadang kita merasakan kita mempunyai banyak kelemahan namun kita sebenarnya ada peranan yang mesti kita laksanakan
"Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka bribadah kepadaKU" (Az-Zariyat, 56)
"Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat, "Aku hendak menjadikan khalifah di bumi"...(Al-Baqarah, 30).
Walaupun baldi buruk mempunyai keadaan badan yang berlubang, namun keadaanya itu tidak menjadi penghalang bagi nya untuk terus menyirami rumput-rumput di kiri jalan, di sinilah peranannya...tapi bagi kita yang dikurniakan segala nikmat, adakah kita sedang menjalankan peranan kita?
2. Jangan rasa rendah diri dengan kelemahan yang ada pada diri kita sebab kelemahan yang ada pada kita menyebabkan kita istimewa berbanding orang lain.

ERTI IMAN



Hari-hari terus berlalu dengan kejadian kejadian yang tidak disangka-sangka. Dan banyak aku belajar, pertamanya jangan mudah menilai orang secara luaran, yang keduanya, iman bukan hanya terletak pada baju, bukan hanya pada banyaknya solat, bukan hanya pada kerapnya membaca Al-quran, pada labuhnya tudung tetapi iman itu sendiri terletak kepada amar makruf nahi mungkar…

Surah mukminnun

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang
sungguh beruntung orang-orang yang beriman
yaitu orang yang khusyuk dalam solatnya
dan orang yang menjauhkan diri dari perbuatan yang tidak berguna
dan orang yang menunaikan zakat
dan orang yang memelihara kemaluannya.
kecuali terhadap istri-istri mereka atau hamba sahaya yang mereka miliki, maka sesungguhnya mereka tidak tercela.
tetapi barangsiapa yang mencari selain daripada itu(zina dan sebagainya), maka mereka itulah orang yang melampaui batas.
dan sungguh berutung orang –orang yang memelihara amanat dan janjinya
serta orang yang menjaga solatnya
mereka itulah yang akan mewarisi syurga firdaus.mereka kekal di dalamnya.


Disamping melihat akan kelakuan manusia sekeliling yang sesetengahnya sanggup mengorbankan apa saja demi kebahagiaan duniawi, demi harta….mungkin mereka tak faham apa itu bahagia yang sebenarnya…


Firman Allah.

“ingatlah dengan mengingat Allah hati akan menjadi tenang”
Jika mereka percaya kebahagiaan pada harta benda, duit ringgit dan kekuatan yang mereka miliki dengan jalan yang tak Allah redha, aku percaya kebahagiaan itu ialah pada dekatnya Rahmat Allah. ..aku percaya dan akan terus percaya dengan izin Allah.

Al-mukminun

94.“ Ya Tuhanku, maka janganlah Engkau jadikan aku dalam golongan orang-orang zalim”

97. “Dan Katakanlah, “Ya Tuhanku, aku berlindung kepada engkau dari bisikan-bisikan syaitan

98. dan aku berlindung pula kepada Engkau Ya Tuhanku, agar mereka tidak mendekati aku.

à semoga Allah senantiasa melimpahkan rahmat kepada orang-orang yang beriman….disebalik mengejar cita-cita dan apa sahaja yang kita ingini di dunia, janganlah kita lupakan akhirat. Kerana dunia yang kita kejar senantiasa meninggalkan kita, sedangkan akhirat yang jika tinggalkan senantiasa mengejar kita…disebalik setiap kejadian seperti biasa aku ambil sebagai pengajaran dan kesyukuran yang tidak terhingga kepada Allah kerana mengilhamkan aku iman dan keredhaan dalam keseharnaan..tiada apa yang kurang bagiku kecuali jika aku hilang cinta-Nya…aku harap Allah senantiasa memberi kasih sayang dan pentujuk kepada aku untuk senantiasa mengikuti jalan yang lurus…

Seperti firman Allah dalam surah al-baqarah,

“Allah pelindung orang-orang yang beriman; mengeluarkan mereka daripada kegelapan (kekafiran) kepada cahaya iman. Dan orang-orang kafir, pelindung-pelindungnya ialah syaitan, yang mengeluarkan mereka daripada cahaya kepada kegelapan. Mereka itu adalah penghuni neraka;mereka kekal di dalamnya.” 256-257

JAWATAN KOSONG JADI DJ


ABIM KOTA TINGGI SEDANG MENCARI DJ YANG BERPONTENSI UNTUK HARI PERKAHWINAN ATAU APA-APA MAJLIS. UNTUK SEBARANG PERTANYAAN BOLEH HUBUNGI SAUDARA HAIRUL ANUAR BANAN - 0197746415 KALAU DAPAT SEKITAR KOTA TINGGI.

Khamis, 19 November 2009

Makna Bacaan Dalam Solat


Doa Iftitah

Allah maha besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya
Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang
Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi
Dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik
Sesungguhnya solatku,
ibadatku,
hidupku,
matiku
adalah untuk Allah Tuhan sekalian alam
Tidak ada sekutu baginya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam.

Al-fatihah

Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani (1)
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam (2)
Yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani (3)
Yang menguasai hari pembalasan (4)
Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkau kami memohon pertolongan (5)
Tunjukilah kami jalan yang lurus (6)
Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka.
Bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan mereka yang sesat (7)

Bacaan Ketika Ruku'

Maha suci Tuhanku yang maha Mulia dan dengan segala puji-pujiannya.

Bacaan Ketika Bangun Dari Ruku'

Allah mendengar pujian orang yang memujiNya

Bacaan Ketika I'tidal

Wahai Tuhan kami, bagi Engkaulah segala pujian.

Bacaan Ketika Sujud

Maha suci Tuhanku yang maha Tinggi dan dengan segala puji-pujiannya.

Bacaan Ketika Duduk di Antara Dua Sujud

Ya Allah, ampunilah daku,
Rahmatilah daku,
kayakan daku,
angkatlah darjatku,
rezekikan daku,
berilah daku hidayah.
sihatkanlah daku dan
maafkanlah akan daku.

Bacaan Ketika Tahiyyat Awal

Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah
Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya
Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh
Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah.
Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad

Bacaan Ketika Tahiyyat Akhir

Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah
Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya
Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh
Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah.
Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya
Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim
Berkatilah ke atas Muhammad dan atas keluarganya sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim di dalam alam ini. Sesungguhnya Engkau maha Terpuji lagi maha Agung.

Doa Qunut

Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah engkau tunjuki
Sejahterakanlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau sejahterakan
Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau pimpin
Berkatilah hendaknya untukku apa-apa yang telah Engkau beri padaku
Jauhkanlah aku dari segala kejahatan yang telah engkau tetapkan
Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan dan tidak sesiapa pun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau.
Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanMu
Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi
Telah memberi berkat Engkau, ya Tuhan kami dan maha tinggi Engkau
Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang telah Engkau tetapkan
Dan aku minta ampun dan bertaubat kepada Engkau
Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera ke atas keluarganya dan sahabat-sahabatnya.

Takut Pada Allah


Orang-orang mukmin adalah orang yang takut kepada Allah dan seluruh anggota badannya. Sebagaimana Abul Laits telah berkata;

"Tanda-tanda takut pada Allah itu kelihatan tujuh perkara"

Pertama pada lisannya. Dia menghindarkan dirinya daripada ghibah, sebar fitnah, berbual kosong dan banyak berbual. Malah menyibukkan diri dengan berzikir, membaca Al-Quran dan muzakarah ilmu.

Kedua pada hatinya. Dia membuang rasa permusuhan, kebodohan dan kedengkian terhadap sahabatnya. Lantaran kedengkian itu dapat menghapuskan kebaikan. Sebagaimana Rasullulah telah bersabda;

"Hasad itu dapat memakan kebaikan sebagaimana api membakar kayu."

Ketahuilah bahawa hasad itu penyakit hati yang amat berbahaya. Tidak ada ubat untuk penyakit hati selain dari ilmu dan amal.

Ketiga pada pandangannya. Maka dia tidak suka memandang pada makanan, minuman, pakaian atau hal-hal lain yang haram. Tidak pula terpikat pada dunia. Tetapi dia memandang dengan iktibar. Rasullulah telah bersabda;

"Barangsiapa memenuhi matanya dengan perkara haram, maka Allah akan memenuhinya daripada api pada Hari Kiamat."

Keempat pada perutnya. Maka perutnya tidak diisi dengan barang yang haram. Sebagaimana Rasulullah bersabda;

"Manakala sesuap daripada barang haram masuk ke perut seseorang, maka seluruh Malaikat dari langit dan di bumi melaknatinya selama sesuai atau seteguk barang itu berada di dalam perutnya. Jika dia mati dalam keadaan demikian, maka tempatnya di Neraka."

Kelima pada kedua-dua tapak tangannya. Dia tidak menggunakan untuk perkara yang haram. Tetapi hanya menggunakannya untuk taat pada Allah. Dirawikan daripada Ka'ab Akhbar, dia berkata;

"Sesungguhnya Allah tidak menciptakan bangunan dari Zabarjud Hijau. Di dalamnya terdapat tujuh puluh ribu aula. Setiap aula terdapat tujuh puluh ribu pondok. Tidak ada yang boleh masuk ke situ selain orang yang ditawarkan barang haram, namun dia menolaknya kerana takut pada Allah".

Keenam pada langkahnya. Dia tidak berjalan untuk maksiat. Tetapi hanya melangkah untuk taat pada Allah, mencari keredhaan-Nya, serta bergaul dengan para ulama' dan orang-orang soleh.

Ketujuh terlihat pada ketaatannya. Dia menjadikan ketaatannya semata-mata untuk mencari keredhaan Allah. Takut pada riak dan munafik. Barangsiapa yang melakukan tujuh perkara tersebut, maka dia termasuk dalam kategori yang diperkatakan oleh Allah SWT;

Ertinya; "Sesungguhnya orang-orang taqwa dalam kebun-kebun dan air mata(syurga)".


(Surah Al-Hijr : 45)


Seorang mukmin harus berada dia antara rasa takut dan berharap. Dia harus sentiasa mengharapkan rahmat Allah. Tidak berputus asa mengharapkannya. Wassalam...


Sumber: Buku Penenang Jiwa, Terjemahan Kitab Mukashafah Al-Qulub Imam Al-Ghazali

TAHUKAH ANDA?-How many products are made with pig parts

Allah murahkan rezeki hamba murah hati


KEDEKUT menggambarkan sikap seseorang yang berat hati untuk membelanjakan harta milikinya sama ada bersedekah, zakat atau membantu mereka yang memerlukan.

Sikap itu bertentangan dengan tuntutan Islam.

Firman Allah yang bermaksud: “Dan bertolong-tolonglah kamu dalam berbuat kebajikan dan ketakwaan dan janganlah kamu bertolong-tolongan dalam berbuat dosa dan perlanggaran.” (Surah al-Maidah ayat 2)

Rasulullah s.a.w bersabda: “Takutilah kamu akan bakhil, kerana bakhil itu pernah membinasakan orang dahulu daripada kamu sehingga mereka suka mengalirkan darah sesama sendiri dan menghalalkan yang diharamkan ke atas mereka.”

Tabiat kedekut berpunca daripada sikap terlalu sayangkan harta. Ia boleh menyebabkan manusia lalai daripada mengingati Allah dan mengerjakan ibadat, sebaliknya memalingkan muka hati kepada dunia semata-mata.

Firman Allah, maksudnya: “Hai orang-orang yang beriman, janganlah harta kamu dan anak-anak kamu melalaikan kamu daripada mengingati Allah. Dan sesiapa berbuat demikian, maka mereka adalah orang-orang yang rugi.” (Surah al-Munafiqun ayat 9)

Jadi, bagi menyucikan sebahagian harta, setiap orang perlu manfaatkan harta itu dengan membelanjakannya ke jalan yang boleh memberi manfaat.

Kita juga disaran berusaha memperbaiki kelemahan dan ‘meloloskan’ diri daripada kemiskinan kerana kemelaratan itu hanya akan menjauhkan diri kita daripada Tuhan.

Tangan memberi lebih baik dari tangan yang menerima. Jadi kita perlu sematkan dalam diri untuk bersedekah, Insya-Allah harta yang dikeluarkan akan diganti berlipat ganda.

Jangan hanya sebab harta benda kita bermusuh sesama sendiri.

Berdasarkan konsep rezeki yang diterangkan, Allah memberi jalan seluas-luasnya bagi setiap hamba-Nya untuk memperoleh rezeki dalam pelbagai bentuk.

Justeru, selagi berpeluang bernafas, manfaatlah harta untuk kebaikan diri sendiri dan orang lain kerana rezeki yang kita miliki kadangkala ada hak kepada orang lain.

Selain itu, menunaikan hajat orang lain juga boleh meluaskan jajaran rezek

Ibnu Abbas berkata: “Sesungguhnya kebajikan itu memberi cahaya kepada hati, kemurahan rezeki, kekuatan jasad dan disayangi oleh makhluk yang lain. Manakala kejahatan boleh menggelapkan rupa, hati, melemahkan tubuh, sempit rezeki dan makhluk lain mengutuknya.”

Amalan bersedekah mengundang rahmat Allah dan menjadi sebab Allah buka pintu rezeki kita seluas-luasnya.

Nabi s.a.w. bersabda kepada Zubair bin al-Awwam, maksudnya: “Hai Zubair, ketahuilah bahawa kunci rezeki hamba itu tergantung di Arasy, yang dikirim oleh Allah kepada setiap hamba sekadar nafkahnya. Maka siapa yang membanyakkan pemberian kepada orang lain, nescaya Allah membanyakkan baginya. Dan siapa yang menyedikitkan, nescaya Allah menyedikitkan baginya.” Riwayat ad-Daruquthni dari Anas r.a.

Saidina Abu Bakar berkata, maksudnya: Orang-orang yang terlalu bakhil mereka tidak akan terlepas salah satu dari tujuh kemungkinan iaitu:

1. Allah memberikan kuasa kepada seorang pemerintah yang zalim, lalu pemerintah itu akan merampas dan membinasakan hartanya setelah menjatuhkan maruah dirinya.

2. Allah akan menimpakan ke atasnya bencana dunia seperti berlaku kebakaran, kecurian, banjir dan tenggelam dalam tanah.

3. Selepas meninggal, hartanya akan diwarisi mereka yang mempergunakan di jalan maksiat dan kemungkaran.

4. Allah akan menimpakan suatu penyakit yang berpanjangan sehingga ia terpaksa membelanjakan semua hartanya itu bagi mengubati penyakit itu.

5. Dia menanamkan hartanya itu pada suatu tempat, lalu ia sendiri terlupa sehingga tidak boleh menemuinya.

6. Terlintas dalam fikirannya untuk mendirikan suatu bangunan di atas tanah yang rosak, akibatnya hartanya musnah.

7. Allah meninggikan syahwat bakhilnya sehingga ia sendiri yang akan memusnahkan.
sumber :

harian metro/30.10.2009

Yakinilah adanya azab kubur


Mati adalah akhir perjalanan hidup setiap insan di dunia ini. Di penghujung jalan, se-tiap hidup yang berjiwa akan merasakan mati. Firman Allah, Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. (Ali Imran: 185). Mati adalah titik permulaan insan memasuki alam lain (alam lain dalam bahasa Arab di sebut Alam Akhirat). Alam Akhirat ini digelar juga Alam Balasan amalan seseorang semasa hidup di dunia. Amalan baik dibalas baik dan sebaliknya. Tulisan ini me-ngenai amalan jahat, dibalas jahat. Balasan ini bermula daripada memasuki liang kubur lagi.

1. Firman Allah, Alangkah dahsyatnya sekiranya kamu melihat pada waktu orang-orang yang zalim ( berada) dalam tekanan-tekanan sakrat (mabuk) mati, sedang para malaikat memukul dengan tangan mereka (sambil berkata) “keluarkan nyawamu. Pada hari itu kamu dibalas dengan seksaan yang sangat menghinakan kerana kamu selalu mengatakan terhadap Allah (perkataan) yang tidak benar. (Al-An’am:93). Di sini azab bermula dari saat kemati-an lagi, belum pun dikapankan dan dikebumikan. Ini adalah sebahagian daripada seksa yang berlaku sebelum kiamat. Ditambah dengan azab kubur kerana kebanyakan insan akan mengalaminya. (Ibn Hajar, syarah bagi ayat tersebut, Fathul Bari, bab 86 Mengenai Azab Kubur, halaman 600-601).

2. Firman Allah, Nanti akan Kami seksa mereka dua kali kemudian mereka akan dikembalikan kepada azab yang besar. (At-Taubah: 101). Maksud seksa dua kali ialah pertama tembelang orang munafik dan kedua seksa kubur. Atau seksa dunia dan seksa kubur. Semestinya salah satu daripada dua seksa itu ialah seksa kubur. (Ibn Hajar, syarah bagi ayat tersebut, Fathul Bari, bab 86 Mengenai Azab Kubur, halaman 599 dan 601). Nanti akan Kami seksa mereka dua kali iaitu azab seksa di dunia dan azab seksa kubur. (Tafsir Ibn-Kathir bagi ayat ini).

3. Firman Allah, Dan Firaun beserta kaumnya dikepung oleh azab yang amat sangat buruk. Kepada mereka dinampakkan neraka pada pagi dan petang (sebelum hari bangkit dari kubur), dan pada hari terjadinya Kiamat, dikatakan kepada malaikat: “Masukkanlah Firaun dan kaumnya ke dalam azab yang sangat keras. (Al-Mu’min: 45-46).

Roh Firaun dan orang-orangnya dalam (tembolok) burung hitam berulang alik ke neraka, begitulah ardhuha (ditunjukkan). Ditunjukkan ini bermula dari dunia ini lagi sebelum Kiamat. Ditunjukkan ini di alam barzakh. Inilah hujah bagi orang yang mengatakan bahawa azab seksa kubur itu memang benar. (Ibn Hajar, syarah bagi ayat tersebut, Fathul Bari, bab 86 Mengenai Azab Kubur, halaman 599 dan 601). Dan pada hari terjadinya Kiamat, dikata kepada malaikat: “Masukkanlah Firaun dan kaumnya ke dalam azab yang sangat keras.” Ayat ini merupakan dalil yang amat jelas bagi Ahli Sunah mengenai adanya seksa di alam barzakh dan dalam kubur. (Tafsir Ibn-Kathir bagi ayat ini).

4. Sabda Nabi s.a.w.: Apabila seorang mukmin diletakkan dalam kuburnya, datanglah (malaikat-malaikat) kepadanya lalu dia mengucap bahawa tiada Tuhan yang disembah selain Allah dan Muhammad itu pesuruh Allah. Ini menepati firman Allah berbunyi Allah meneguhkan (iman) orang-orang yang beriman dengan ucapan yang teguh itu (kalimah tauhid dua kalimah syahadat tersebut). Nabi s.a.w. menyebut mengenai azab kubur dengan sabdanya, Apabila seseorang Muslim mengucap bahawa tiada Tuhan yang disembah selain Allah dan Muhammad itu pesuruh Allah. Firman Allah, Allah mengukuhkan (iman) orang-orang yang beriman dengan ucapan yang teguh itu (kalimah tauhid dua kalimah syahadat tersebut).

Diturunkan ayat ini mengenai azab kubur. Mengenai seksa kubur ini ada ulama mengatakan seksa badan dan roh kedua-duanya sekali. Allah Maha Kuasa mengembalikan sebahagian daripada jasad yang berkecai itu dicantumkan semula dan mengembalikan nyawanya ke dalam jasadnya itu. Tidak kurang pula, termasuk Ibn Hazm dan Ibn Hubairah yang mengatakan seksa kubur adalah seksa roh sahaja tanpa ia kembali semula kepada badan. Bandingkan dengan orang bermimpi merasa selesa atau seksa, sedangkan orang-orang yang ada bersamanya tidak tahu satu apa pun apa yang berlaku pada diri si tidur yang bermimpi itu. (Ibn Hajar, Fathul Bari, bab 86 Mengenai Azab Kubur, halaman 599, 602 dan 603). Daripada keterangan ini masalah orang mati hancur badannya atau dimakan binatang buas tidak timbul.

5. Hadis Nabi s.a.w.: Rasulullah melihat mayat mereka yang dijatuhkan ke dalam perigi (sebuah perigi yang berisi dengan mayat-mayat orang musyrikin yang terbunuh dalam Perang Badar) seraya bersabda, Adakah kamu benar memperoleh apa yang Tuhan janjikan kepada kamu?” Sahabat bertanya, “Wahai Rasulullah, anda bercakap dengan orang-orang yang sudah mati.” Jawab Rasulullah, “Mereka lebih dengar daripada yang kalian dengar tetapi mereka tidak berdaya menjawabnya. Sesungguhnya si mati itu diseksa dalam kuburnya. (Ibn Hajar, Fathul Bari, bab 86 Mengenai Azab Kubur, halaman 599 dan jilid 8 halaman 31).

6. Sabda Nabi s.a.w.: Sesungguhnya mereka tahulah sekarang bahawa segala apa yang aku katakan adalah benar. Allah berfirman, Sesungguhnya kamu tidak dapat menjadikan orang-orang yang mati itu mendengar. Maksud Sesungguhnya kamu tidak dapat menjadikan orang-orang yang mati itu mendengar, dengan erti kata dengar yang memanfaatkan mereka, atau anda tidak boleh mereka mendengar kecuali dengan izin Allah. Kenyataan ini ada kaitan dengan pertanyaan “Wahai Rasulullah, anda bercakap dengan orang-orang yang sudah mati” yang tersebut di atas. Dengan ini bererti sama ada mereka dengar dengan telinga badan atau telinga roh. (Ibn Hajar, Fathul Bari, bab 86, Mengenai Azab Kubur, halaman 599 dan 602 ).

7. Daripada Aisyah r.a. berkata, ba-hawa seorang wanita Yahudi datang kepadanya lalu menyebut tentang seksa dalam kubur dengan katanya, “Moga-moga Allah lindungi anda daripada seksa kubur.” Lalu Aisyah bertanya kepada Rasulullah s.a.w. mengenai seksa kubur. Rasulullah menjawab, Ya, memang benar ada seksa kubur. Selepas itu, kata Aisyah, setiap kali Rasulullah melakukan solat, baginda tidak meninggalkan bacaan doa memohon perlindungan daripada seksa kubur. Ghundur menambah, seksa kubur memang benar. (Ibn Hajar, Fathul Bari, bab 86, Mengenai Azab Kubur, halaman 599-600).

8. Pada satu hari Rasulullah s.a.w. berdiri menyampaikan ucapannya. Dalam ucapan sabdanya itu Rasulullah menyebut berkenaan ancaman dan seksaan (fitnah) kubur yang bakal dihadapi oleh si mati. Setelah Rasulullah bersabda demikian, para sahabat pun mula bercakap-cakap hingga hiruk pikuk. Ini menyebabkan ucapan Rasulullah tidak dapat didengar dengan baik. Setelah mereka diam, seorang sahabat bertanya mengenai apa yang disabdakan oleh Rasulullah selepas itu? Lalu dijawab, Rasulullah bersabda, Sesungguhnya telah diwahyukan kepadaku bahawa anda sekalian akan menghadapi ujian seksa dalam kubur tidak jauh daripada ujian Dajjal. (Ibn Hajar, Fathul Bari, bab 86, Mengenai Azab Kubur, halaman 600 dan 605).

9. Sabda Nabi s.a.w.: Apabila seorang hamba Allah dikebumikan dan kawan-kawan meninggalkannya, si mati itu mendengar hentak kasut mereka, dua malaikat pun datang kepadanya lalu disuruh duduk dan ditanya, “Apakah pendapat kamu terhadap lelaki bernama Muhammad s.a.w. ini?” Orang mukmin itu menjawab, “Saya mengaku bahawa dia adalah hamba Allah lagi Rasul-Nya.” Selepas itu malaikat itu berkata lagi, “Lihatlah tempat kamu di dalam Neraka, sesungguhnya Allah telah menukarkan tempatmu di dalam Syurga.”

Lalu orang yang dikebumikan itu melihat kedua-dua tempatnya itu. (Qatadah menambah, kami diberitahu bahawa kuburnya itu diperluaskan. Kemudian Qatadah menyebut riwayat Anas yang berkata:) Manakala orang munafik atau kafir akan ditanya, “Apakah pendapat kamu terhadap lelaki bernama Muhammad s.a.w. ini?” Dia akan menjawab, “Saya tidak tahu. Saya kata menurut apa yang orang lain kata.” Lalu ditanya lagi, “Kamu tidak tahu dan kamu tidak mengikut petunjuknya (dengan membaca al-Quran).” Selepas itu dia dipukul dengan tukul besi dengan satu pukulan yang menyebabkan dia menjerit-jerit. Semua mendengar jeritannya itu kecuali jin dan manusia. (Ibn Hajar, Fathul Bari, bab 86, Mengenai Azab Kubur, halaman 600).

Hadis ini menceritakan bagaimana Rasulullah s.a.w. dengan umatnya. Mereka diuji dalam kubur masing-masing. Ternyata bahawa setiap nabi itu bersama umat masing-masing. Hadis ini menunjukkan tidak boleh bertaklid dalam perkara iktikad. Perhatikan bunyi hadis tersebut di atas, “Saya tidak tahu. Saya kata menurut apa yang orang lain kata.” (Ibn Hajar, Fathul Bari, bab 86, Mengenai Azab Kubur, halaman 610).

10. Hadis Nabi s.a.w., Pada satu hari Rasulullah s.a.w. keluar selepas matahari terbenam, lalu baginda mendengar suara yang mengerikan. Rasulullah pun bersabda, Itulah suara-suara Yahudi yang sedang diseksa dalam kubur mereka.

`Mendengar suara’ kemungkinan suara malaikat yang menyeksa, atau suara Yahudi yang diseksa atau suara seksaan itu sendiri. Kalau Yahudi diseksa dengan sebab keYahudiannya, orang musyrikin juga tiada terkecuali kerana kufur syirik lebih dahsyat daripada kufur Yahudi.

Putri Khalid al-’Asi berkata bahawa dia mendengar Rasulullah s.a.w. memohon mendapatkan perlindungan daripada seksaan kubur. Rasulullah s.a.w. pernah berdoa kepada Allah yang bermaksud: Ya Allah, hamba mohon perlindungan-Mu daripada azab kubur, dan daripada azab Neraka, dan daripada kesengsaraan hidup dan mati, dan daripada kesengsaraan Al-Masih ad-Dajjal.

11. Pada satu hari Rasulullah s.a.w. melalui dua tanah perkuburan. “Mereka (yang mati dikebumikan dalam dua tanah perkuburan itu) sedang diseksa.” Mereka diseksa bukanlah kerana perkara besar. “Ya, (mereka diseksa kerana melakukan satu dosa besar) iaitu kerana seorang daripada mereka sengaja mengumpat, menyebarkan fitnah dan yang satu lagi tiada mengelakkan dirinya daripada kekotoran kencingnya.” (Ibn Abbas menambah): Kemudian Rasulullah mengambil sehelai daun hijau lalu dikoyak dua, lalu meletakkan sekeping ke atas kubur seraya bersabda, “Moga-moga seksaan mereka berdua diringankan sehingga daun ini kering.” (Ibn Hajar, Fathul Bari, bab 87 dan 88, Mengenai Azab Kubur, halaman 610, 611-612, 613).

Sebuah hadis mengenai azab atau nikmat kubur bermaksud: Kubur itu sama ada satu taman dari taman syurga atau satu rongga dari rongga neraka. Hadis ini boleh dirujuk kepada at-Tirmizi dan al-Baihaqi, tetapi sanadnya daif. Sungguhpun ia daif, tetapi maksudnya betul dan benar kerana disokong oleh hadis-hadis daripada kitab Sahih Bukhari seperti tersebut di atas. Penulis merasa berpada dengan merujuk kepada Sahih Bukhari sahaja, tidak perlu kepada sumber-sumber lain, kerana Sahih Bukhari adalah kitab yang paling sahih selepas al-Quran.

Rujukan:

* Tafsir al-Quran oleh Ibn-Kathir.
* Ibn-Hajar, Fath al-Bari Bisyarhi Sahih al-Bukhari, Kitab al-Janaiz, bab 86 dan 87, jilid 3, Al-Maktabah at-Tijariyah, 144 H-1993M).

sumber: http://ttuyup.wordpress.com
ana mohon Allah memberi kita hidayah dan kasih sayangnya pada kami.

Istimewanya seorang wanita


. Doa wanita lebih makbul daripada
lelaki kerana sifat penyayang yang lebih
kuat daripada lelaki. Ketika ditanya
kepada Rasulullah S.A.W akan hal
tersebut,jawab baginda: “Ibu lebih
penyayang daripada bapa dan doa orang
yang penyayang tidak akan sia-sia.”

2. Wanita yang solehah (baik) itu lebih
baik daripada 1,000 orang lelaki yang soleh.

3. Barang siapa yang menggembirakan anak
perempuannya, darjatnya seumpama orang
yang sentiasa menangis kerana takutkan
Allah S.W.T dan orang yang takutkan
Allah S.W.T akan diharamkan api neraka
ke atas tubuhnya.

4. Barang siapa yang membawa hadiah
(barang makanan dari pasar ke rumah)lalu
diberikan kepada keluarganya, maka
pahalanya seperti bersedekah. Hendaklah
mendahulukan anak perempuan daripada
anak lelaki.Maka barang siapa yang
menyukakan anak perempuan seolah-olah
dia memerdekakan anak Nabi Ismail A.S



5. Wanita yang tinggal bersama
anak-anaknya akan tinggal bersama aku
(Rasulullah S.A.W) di dalam syurga.

6. Barang siapa mempunyai tiga anak
perempuan atau tiga saudara perempuan
atau dua anak perempuan atau dua saudara
perempuan, lalu dia bersikap ihsan dalam
pergaulan dengan mereka dan mendidik
mereka dengan penuh rasa takwa serta
bertanggungjawab, maka baginya adalah
syurga.

7. Daripada Aisyah r.a. “Barang siapa
yang diuji dengan sesuatu daripada
anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat
baik kepada mereka, maka mereka akan
menjadi penghalang baginya daripada api
neraka.

8. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.

9. Apabila memanggil akan engkau dua
orang ibubapamu, maka jawablah panggilan
ibumu dahulu.

10. Wanita yang taat berkhidmat kepada
suaminya akan tertutup pintu-pintu
neraka dan terbuka pintu-pintu syurga.
Masuklah dari mana-mana pintu yang dia
kehendaki dengan tidak dihisab.

11. Wanita yang taat akan suaminya,
semua ikan-ikan di laut, burung di
udara, malaikat di langit, matahari dan
bulan, semuanya beristighfar baginya
selama mana dia taat kepada suaminya dan
direkannya (serta menjaga sembahyang dan
puasanya).

12. Aisyah r.a berkata “Aku bertanya
kepada Rasulullah S.A.W, siapakah yang
lebih besar haknya terhadap wanita?
Jawab baginda,… “Suaminya.” “Siapa pula
berhak terhadap lelaki?” Jawab
Rasulullah S.A.W….”Ibunya. “

13. Perempuan apabila sembahyang lima
waktu, puasa sebulan Ramadan, memelihara
kehormatannya serta taat akan suaminya,
masuklah dia dari pintu syurga mana
sahaja yang dia kehendaki.

14. Tiap perempuan yang menolong
suaminya dalam urusan agama, maka Allah
S.W.T memasukkan dia ke dalam syurga
lebih dahulu daripada suaminya (10,000
tahun).

15. Apabila seseorang perempuan
mengandung janin dalam rahimnya, maka
beristighfarlah para malaikat untuknya.
Allah S.W.T mencatatkan baginya setiap
hari dengan 1,000 kebaikan dan
menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

16. Apabila seseorang perempuan mulai
sakit hendak bersalin, maka Allah S.W.T
mencatatkan baginya pahala orang yang
berjihad pada jalan Allah S.W.T

17. Apabila seseorang perempuan
melahirkan anak, keluarlah dia daripada
dosa-dosa seperti keadaan ibunya
melahirkannya.

18. Apabila telah lahir (anak) lalu
disusui, maka bagi ibu itu setiap satu
tegukan daripada susunya diberi satu
kebajikan.

19. Apabila semalaman (ibu) tidak tidur
dan memelihara anaknya yang sakit, maka
Allah S.W.T memberinya pahala seperti
memerdekakan 70 orang hamba dengan
ikhlas untuk membela agama Allah S.W.T.

Artikel cinta ini telah disumbangkan
oleh saudari Alang di Forum Tentang Cinta

12 Barisan Di Akhirat

12 barisan di akhirat


Suatu ketika, Muaz b Jabal ra mengadap Rasulullah SAW dan bertanya:
"Wahai Rasulullah, tolong huraikan kepadaku mengenai firman Allah SWT: "Pada sangkakala ditiup,maka kamu sekalian datang berbaris-baris"
Surah an-Naba':18

Mendengar pertanyaan itu, baginda menangis dan basah pakaian dengan air mata. Lalu menjawab:
"Wahai Muaz, engkau telah bertanyakan kepada aku, perkara yang amat besar, bahawa umatku akan diiring, dikumpulkan berbaris-baris menjadi 12 barisan, masing-masing dengan pembawaan mereka sendiri...."

Maka dinyatakan apakah 12 barisan tersebut :-

BARISAN PERTAMA
Di iring dari kubur dengan tidak bertangan dan berkaki. Keadaan mereka ini dijelaskan melalui satu seruan dari sisi Allah Yang Maha Pengasih:
"Mereka itu adalah orang-orang yang sewaktu hidupnya menyakiti hati jirannya, maka demikianlah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KEDUA
Diiring dari kubur berbentuk babi hutan. Datanglah suara dari sisi Allah Yang Maha Pengasih:
"Mereka itu adalah orang yang sewaktu hidupnya meringan-ringankan solat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KETIGA
Mereka berbentuk keldai, sedangkan perut mereka penuh dengan ular dan kala jengking.
"Mereka itu adalah orang yang enggan membayar zakat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KEEMPAT
Diiring dari kubur dengan keadaan darah seperti air pancutan keluar dari mulut mereka.
"Mereka itu adalah orang yang berdusta di dalam jualbeli, maka inilah balasannya dan tempat mereka adalah neraka..."

BARISAN KELIMA
Diiring dari kubur dengan bau busuk daripada bangkai. Ketika itu Allah SWT menurunkan angin sehingga bau busuk itu mengganggu ketenteraman di Padang Mahsyar.
"Mereka itu adalah orang yang menyembunyikan perlakuan derhaka takut diketahui oleh manusia tetapi tidak pula rasa takut kepada Allah SWT, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KEENAM
Diiring dari kubur dengan keadaan kepala mereka terputus dari badan.
"Mereka adalah orang yang menjadi saksi palsu, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KETUJUH
Diiring dari kubur tanpa mempunyai lidah tetapi dari mulut mereka mengalir keluar nanah dan darah.
"Mereka itu adalah orang yang enggan memberi kesaksian di atas kebenaran, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KELAPAN
Diiring dari kubur dalam keadaan terbalik dengan kepala ke bawah dan kaki ke atas.
"Mereka adalah orang yang berbuat zina, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KESEMBILAN
Diiring dari kubur dengan berwajah hitam gelap dan bermata biru sementara dalam diri mereka penuh dengan api gemuruh.
"Mereka itu adalah orang yang makan harta anak yatim dengan cara yang tidak sebenarnya, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KESEPULUH
Diiring dari kubur mereka dalam keadaan tubuh mereka penuh dengan penyakit sopak dan kusta.
"Mereka adalah orang yang derhaka kepada orang tuanya, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KESEBELAS
Diiring dari kubur mereka dengan berkeadaan buta mata-kepala, gigi mereka memanjang seperti tanduk lembu jantan, bibir mereka melebar sampai ke dada dan lidah mereka terjulur memanjang sampai ke perut mereka dan keluar beraneka kotoran.
"Mereka adalah orang yang minum arak, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KEDUA BELAS
Mereka diiring dari kubur dengan wajah yang bersinar-sinar laksana bulan purnama. Mereka melalui titian sirat seperti kilat. Maka,datanglah suara dari sisi Allah Yang Maha Pengasih memaklumkan:
"Mereka adalah orang yang beramal salih dan banyak berbuat baik. Mereka menjauhi perbuatan derhaka, mereka memelihara solat lima waktu, ketika meninggal dunia keadaan mereka sudah bertaubat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah syurga,mendapat keampunan, kasih sayang dan keredhaan Allah Yang Maha Pengasih..."

Jika engkau mahukan kemesraan dengan Allah, maka garanglah terhadap dirimu sendiri. Jika engkau merasakan manisnya berhubung dengan Allah, tahulah engkau betapa peritnya berpisah denganNya..... Wallahua'alam.

Rabu, 18 November 2009

MAJLIS IHTIFAL TASKI NURUL IMAN BESTARI BANDAR TENGGARA MERIAH DAN SEDERHANA






ALHAMDULILLAH ,MAJLIS IHTIFAL TASKI NURUL IMAN BESTARI BANDAR TENGGARA YANG DILANGSUNGKAN DI BANDAR TENGGARA PADA 15HB NOV MERIAH DAN BERMAKNA. MAJLIS DI MULAKAN DENGAN BACAAN AL-FATIHAH UNTUK DISEDEKAHKAN PADA ALLAHYARHAN USTAZ NAWAWI YANG TELAH KEMBALI KERAHNMATULLAH PADA 2 MINGGU LEPAS
SAUDARA ZULHELMI WAKIL ABIM NEGERI DIAMANAHKAN UNTUK MERASMIKAN MAJLIS TERSEBUT. MAJLIS DISERIKAN DENGAN BACAAN SAJAK , BERCERITA , HAFAZAN DAN LAUNGAN AZAN MENGGAMIT SUASANA. SERAMAI 35 ORANG IBU BAPA MENGHADIRI MAJLIS TERSEBUT. TAHNIAH !!!!! DI UCAPKAN KEPADA GURU-GURU YTASKI NURUL IMAN BESTARI YANG SANGGUP MENABUR BAKTI SEBAGAI TENAGA PENGAJAR WALAUPUN BAYARANNYA AGAK SEDIKIT. INSYA-ALLAH ALLAH AKAN MEMBERI KERAHMATAN PADA KITA SEMUA. PADA JAM 11.18 PAGI , MAJLIS IHTIFAL INI BERAKHIR.

Template by:
Free Blog Templates