Assalamualaikum w.b.t, ketika saya menulis coretan ini ,masih lagi terbayang-bayang wajah arwah ustaz Nawawi Harun yang tenang mengadap Ilahi di kediamannya di Bandar Tenggara.Ketika saya sampai di kediamannya sekitar jam 9.45 pg , kelihatan kereta dan jemaah yang hadir agak ramai ( diangarkan lebih 1000 orang ). Hati yang tersentuh , mungkin semasa hidupnya penuh dengan jasa dan wataknya yang menarik .
Saya juga difahamkan oleh Ustaz Zawawi bahawa Allahyarham Ustaz Nawawi Harun seorang aktivis ABIM yang begitu komited dengan perjuangannya. Di samping itu , kariernya dalam bidang pendidikan dan ketinggian ilmunya menambahkan lagi keserlahannya sebagai pemimpin masyarakat.
Alhamdulillah , saya diizinkan oleh Allah SWT di-izinkan-Nya menatap wajah arwah buat kali terakhir. Kelihatan Cikgu Samsuri , Cikgu Zawawi , Dr Azmi , Dr Shahrum, Saudara Sidiq serta beberapa ahli ABIM yang lain turut sugul dan redha pemergiannya. Ketika Solat Jenazah di rumah beliau , saya dapat rasakan suasana agak tenang dan damai . Kemudian , jenazah Ustaz Nawawi Harun di bawa Ke Masjid Bandar Tenggara untuk disembahyangkan sekali lagi .
Saya agak terkejut , suasana bagaikan solat Jumaat . Ramai yang hadir untuk memberi penghormatan terakhir. Setelah solat jenazah , saya terus ke tanah perkuburan . Kelihatan sudah ramai sahabat-sahabat beliau sudah berada di sana. YDP ABIM Kota Tinggi Ustaz Zaidi turut kelihatan . Tn Hj Baharum adalah sahabat yang paling rapat dengan arwah . Keadaan kesihatan beliau agak terganggu ketika pulang dari Mesir. Mungkin agak kepenatan . Walaupun keadaan kesihatan yang kurang baik , namun beliau masih gagahkan diri untuk menghadirkan pertemuan terakhir di Tanah Perkuburan Bandar Tenggara. Mungkin banyak nostalgia indah yang terngial-ngial dihati sanubari mereka .Semoga Arwah Gembira di alam sana . AL-Fatihah.
0 ulasan:
Catat Ulasan