Jumaat, 13 November 2009

FIKIR-FIKIR


FIKIR-FIKIR
SEORANG ILMUAN INGGERIS, BERNARDUS, MENGATAKAN: “SESETENGAH ORANG DALAM SETAHUN BERFIKIR DUA ATAU TIGA KALI SAHAJA.”
Berfikir adalah proses penggolongan, perbandingan dan penilaian terhadap pengetahuan tersebut berdasarkan kepercayaan, keyakinan dan nilai-nilai yang tersusun, lalu berubah menjadi bentuk strategi yang menghasilkan pengungkapan secara bahasa atau tindakan, di samping itu juga menghasilkan pengaruh-pengaruh kejiwaan dan otot-otot tubuh, pernafasan, warna kulit dan raut muka.


Bentuk-Bentuk Pemikiran


Berfikir secara produktif (at-Tafkir at-Taulidi). Iaitu fikiran yang mencipta dan cenderung supaya hidup menjadi baru, iaitu fikiran yang melahirkan cara-cara kerjaya, pemecahan-pemecahan yang baik, keputusan yang benar yang mampu mengeluarkan emas dari debu dan mutiara dari laut yang dalam. Kita boleh menyebutnya dengan fikiran ijtihadi.


Berfikir kritis (at-Tafkir al-Naqdi). Iaitu fikiran yang mampu melihat kekurangan, kesalahan dan cacat pada setiap kerja yang dilakukan, walaupun ia sendiri tidak mampu berbuat untuk menggantinya sesuai dengan kritikannya.


Berfikir cekap (at-Tafkir al-Isti’abi). Iaitu fikiran yang mampu menyelami hasil ciptaan orang lain, walaupun ia tidak mampu mencipta, membuat yang baru, menambah atau memberi yang lain. Jenis ini boleh juga disebut dengan fikiran mengikut (al-Fikr al-Muqallid).


Berfikir rendah (at-Tafkir al-Ghanidh). Iaitu berfikir kacau yang tidak mampu mengetahui kaitan antara sesuatu dan ukuran setiap perkara dalam suatu objek yang dia fikirkan, ia juga lemah mengungkapkan suatu pemikiran yang ada dalam dirinya dalam bentuk yang jelas.


Berfikir ragu-ragu (at-Tafkir al-Mutasyakkik). Iaitu berfikir terlalu penuh pertimbangan yang selalu ragu-ragu pada setiap kerja dan setiap orang. Ia berkeyakinan bahawa di sebalik segala sesuatu itu ada pertimbangan dan sesungguhnya maksud dari suatu perkara adalah yang berada di sebalik setiap pertimbangan tersebut, menurutnya setiap kerja sebenarnya tidak berguna dan setiap usaha tidaklah bermanfaat.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Template by:
Free Blog Templates