Rabu, 11 Ogos 2010

Kembara JELAJAH RAMADHAN ABIM KOTA TINGGI SUDAH BERMULA




Alhamdulillah , Padahari ini 11/08/2010 bersamaan 1 Ramadhan , ABIM KOTA TINGGI Bersama-sama dengan barisan WADAH ,SERTA TWISTER DAN SILAT MELAYU LOK 9 telah melancarkan Program Jelajah Ramadhan yang bermula di Kampung Seluyut pada hari ini. Seramai 41 fakir miskin beserta 4 orang mualaf telah menerima bantuan sekampit beras. Abim Kota Tinggi berasa bertuah dengan kunjungan Saudara Sidek wakil ABIM Negeri turut sertai Program ini.
Majlis dimulakan dengan bacaan doa , ucapan Ketua Kampung Seluyut dan tazkirah Ramadhan yang disampaikan oleh Ustaz Basri. Setelah tazkirah Ramadan , Majlis diteruskan dengan bantuan Sekampit beras .Seralmai 41 penerima yang layak telah mendapat bantuan ini.
Seterusnya , Abim Kota Tinggi meneruskan agenda di Kampung Felda Pasak. Seorang nenek yang menjaga 6 orang cucu telah menerima bantuan ini. Kisah hidup mereka amat menyedihkan.Skuad Kembara Ramadhan telah mendapat keizinan daripada Pengarah Hospital Kota Tinggi untuk memberikan Risalah Ramadhan dengan sedikit buah tangan . Program Jelajah Ramadhan ini tamat pada jam 2.00 petang setelah selesai solat zohor secara berjemaah. Tahniah kepada Ustaz Hawari kerana turut sertai Program ini walaupun keadaan kesihatan yang tidak mengizinkan. Ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua yang terlibat. Insya-Allah , pada hari ahad ini kita teruskan di Kawasan Pengerang . sekian.

Template by:
Free Blog Templates