Rabu, 31 Mac 2010

Hasad Dengki


Hasad dengki sebenarnya ialah penyakit hati dan maksiat batin yang terdapat pada manusia tanpa mengira bangsa dan keturunan. Perkataan hasad berasal daripada bahasa Arab iaitu al-hasad. Orang yang mempunyai sifat hasad ini mengharapkan sesuatu nikmat yang ada pada seseorang berpindah kepada dirinya.

Dalam bahasa Melayu, perkataan ‘dengki’ digandingkan dengan perkataan hasad bermaksud: “Kebencian (kemarahan) kerana perasaan cemburu atau iri hati yang amat sangat.” Jadi, hasad dengki merupakan perasaan tidak senang hati dalam diri seseorang apabila melihat orang lain mendapat sesuatu kebaikan.” Dalam Kitab Ihya’ ‘Ulumuddin karangan Imam al-Ghazali ada disimpulkan punca dan sebab timbulnya perasaan hasad dengki. Antaranya ialah:


1. Perasaan Permusuhan dan Kebencian

Perasaan inilah yang paling banyak menimbulkan kedengkian. Mereka yang disakiti oleh seseorang, pasti berasa marah lalu menimbulkan kebencian. Di sini akan tertanamlah bibit dengki dalam dirinya.

2. Berasa Diri Mulia.

Perasaan ini manifestasinya ialah seseorang itu berasa keberatan kalau ada orang yang mengatasi kebolehannya. Dia tidak rela kalau ada orang lain yang melebihinya.

3. Takbur.

Orang yang mempunyai sifat takbur mempunyai watak suka membesarkan diri terhadap orang lain. Dia selalu memperkecilkan dan suka memperhambakan seseorang. Begitulah halnya dengan sikap Iblis yang takbur, lalu dia dilaknat oleh Allah S.W.T.

4. Ujub.

Allah S.W.T. telah menjelaskan kepada kita perihal umat di zaman silam. Mereka berasa takjub dengan diri mereka sendiri. Keadaan ini menghalang mereka daripada mendapatkan kebenaran.

5. Takut Terlepas Sesuatu Tujuan dan Habuan.

Biasanya perasaan ini wujud di kalangan orang yang saling berlumba-lumba merebut sesuatu habuan. Setiap orang akan berasa dengki kepada saingannya apabila saingannya mendapat sesuatu kelebihan.

6. Ghairah Untuk Menjadi Ketua dan Mencari Populariti.

Seseorang yang terlalu ghairah untuk mencari populariti atau terlalu ghairah untuk mendapatkan jawatan tertentu akhirnya terdedah kepada sifat hasad dengki. Apabila orang lain berjaya mendapatkan jawatan yang diidam-idamkan olehnya itu akan timbul hasad dengki.

7. Busuk Hati.

Sekiranya busuk hati ini wujud pada seseorang, akan menyebabkan orang itu tidak suka sesuatu kebaikan diperoleh oleh hamba Allah yang lain. Apabila disebutkan di hadapannya tentang kesenangan mana-mana hamba Allah, hatinya menjadi sempit dan resah mendengarkannya. Tetapi apabila diketahui pihak lawannya gagal dan menerima nasib malang, dia akan berasa gembira dan suka hati.

Walau bagaimanapun dalam Islam terdapat dua perkara yang dibenarkan hasad. Jenis hasad ini dipanggil sebagai ‘ghibtah’ iaitu iri hati dengan kejayaan dan kemampuan seseorang lalu dia cuba bersaing secara sihat. Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: “Tidak boleh dengki dan iri hati kecuali dalam dua perkara; iaitu iri hati terhadap orang yang dikurniai harta lalu menginfakkannya (di jalan Allah) pada malam dan siang hari, (juga iri hati) kepada orang yang diberi kepandaian membaca al-Quran lalu membacanya setiap malam dan siang” (Riwayat Bukhari dan Muslim).

Hari Asyura Gerbang Bulan Amalan

Oleh Wan Marzuki Wan Ramli

Banyak Peristiwa Besar Berlaku Pada 10 Muharam dan Berganda Perkara Sunat

BANYAK peristiwa penting berlaku pada 10 Muharam yang menunjukkan kebesaran Allah. Antara peristiwa itu adalah Allah menerima taubat Nabi Adam, Allah menyelamatkan Nabi Musa daripada tenggelam di laut apabila dikejar Firaun dan tenteranya serta Allah selamatkan Nabi Ibrahim daripada dibakar hidup-hidup oleh Raja Namrud.

Pada tarikh itu juga Allah menyelamatkan Nabi Nuh dan pengikutnya daripada ombak besar yang melanda bumi dan Allah menyelamatkan Nabi Yunus yang tidak henti berzikir selama 40 hari dalam perut ikan nun. Justeru, hari yang dinamakan Hari Asyura itu sewajarnya dijadikan permulaan baik untuk menempuh tahun baru 1428 Hijrah dengan memperbanyakkan amalan sunat yang dianjurkan seperti berpuasa dan bersedekah. Amalan baik dianjurkan pada 10 Muharam tidak terhad kepada puasa sunat dan memasak bubur Asyura.

Apa juga amalan baik boleh dilakukan pada hari itu dan hari seterusnya pada Muharam kerana banyak amalan dianjurkan Islam untuk dilaksanakan umatnya sepanjang bulan ini. Masyarakat perlu faham keperluan atau apakah diharapkan daripada mereka apabila disarankan melaksanakan amalan sunat pada hari tertentu seperti dianjurkan Islam. Amalan sunat boleh diibarat seperti aksesori tambahan pada kereta. Ada badan, tayar, enjin dan stereng, kereta boleh jalan.

Tetapi apabila ditambah sport rim dan sarung kulit, maka kereta nampak lebih cantik dan menambah nilai kenderaan itu. Begitu juga ibadat wajib seperti solat dan puasa, jika tidak ditambah dengan amalan sunat, bukan tidak elok tetapi tidak cantik. Untuk mencantikkan, kita banyakkan amalan sunat. Walaupun peristiwa besar banyak berlaku pada 10 Muharam, umat Islam digalakkan memperbanyakkan amalan sunat sepanjang bulan pertama kalendar Islam itu yang juga termasuk dalam empat bulan diharamkan Allah berperang.

Amalan puasa sunat 10 Muharam mengambil iktibar daripada puasa dilakukan Nabi Musa sebaik terselamat daripada dikejar Firaun dan tenteranya, juga puasa Nabi Nuh yang diselamatkan daripada banjir besar. Biarpun sunat puasa pada 10 Muharam lebih elok jika berpuasa sama ada pada 9 dan 10 atau 10 dan 11 Muharam bagi mengelakkan menyamai puasa orang Yahudi. Ketika berhijrah dari Makkah ke Madinah, Rasulullah melihat orang Yahudi berpuasa pada hari Asyura lalu bertanya kenapa mereka berpuasa pada hari itu? Orang Yahudi menjawab, mereka berpuasa sebagai mengenang hari Allah menyelamatkan Nabi Musa dan menenggelamkan Firaun dengan askarnya, maka Nabi Musa berpuasa sebagai tanda bersyukur kepada Allah pada hari itu. Maka Rasulullah berkata: "Kamilah yang lebih berhak mengikut jejak Nabi Musa daripada kamu." Lalu Baginda berpuasa dan menyuruh sahabatnya agar berpuasa juga pada hari itu.

Kebetulan 10 Muharam tahun ini jatuh pada semalam, jadi sebaiknya kita berpuasa semalam dan hari ini atau hari ini dan esok. Ia bagi mengelakkan kita meniru puasa orang Yahudi.Tetapi jika hendak buat semalam saja pun tidak mengapa kerana niat kita lain dengan mereka.

Berpuasa pada Hari Asyura sangat besar pahala seperti hadis yang diriwayatkan Al-Imam Muslim daripada Abu Qatadah bahawa Rasulullah SAW bersabda bermaksud: "Akan digantikan kejahatan pada tahun sebelumnya dengan kebaikan (dengan sebab puasanya itu)." Selain puasa sunat, amalan baik yang dikerjakan ulama ialah solat sunat 10 Muharam yang dilakukan selepas solat fardu kecuali selepas Subuh dan Asar. Selepas solat sunat, digalakkan membaca doa bermaksud: "Allah yang memelihara, sebaik-baik penolong, sebaik-baik penjaga dan sebaik-baik memberi pertolongan” atau dengan membaca doa dianjurkan Saidina Ali yang memohon Allah menunjukkan jalan lurus, dijauhkan bala bencana dan dikabulkan hajat.

Begitu juga dengan amalan memasak bubur Asyura untuk disedekahkan, seeloknya tradisi itu diteruskan sebagai pengerat silaturahim antara saudara dan jiran tetangga. Secara tidak langsung kegiatan seperti itu memupuk kemesraan dan menggalakkan orang kaya bersedekah kepada fakir miskin. Masyarakat hari ini perlu peka dan meraikan Hari Asyura dengan amalan meningkatkan iman mereka.

INFO

Peristiwa penting pada 10 Muharam

• Nabi Adam bertaubat kepada Allah.

• Nabi Idris diangkat Allah ke langit.

• Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari bahteranya sesudah bumi d ditenggelamkan selama enam bulan.

• Nabi Ibrahim diselamatkan Allah daripada dibakar Raja Namrud.

• Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.

• Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara

• Allah memulihkan penglihatan Nabi Yaakob.

• Nabi Isa diangkat ke langit.

• Nabi Ayub dipulihkan Allah daripada penyakit kulitnya

• Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan nun, selepas berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.

• Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya daripada tentera Firaun.

• Allah mengampunkan kesalahan Nabi Daud.

• Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar.

• Hari pertama Allah mencipta alam.

• Hari pertama Allah menurunkan rahmat.

• Hari pertama Allah menurunkan hujan.

• Allah menjadikan Arasy.

• Allah menjadikan Luh Mahfuz.

• Allah menjadikan Malaikat Jibril.

Wallahu aqlam.

UmumJanuary 24, 2007 11:13 am
DOA TAWASSUL

Berkata sebahagian ahli arifin:


ذَنْبِي عَظِيْمٌ يَـا عَظِيْمُ ** فَإِنَّنِي بِمُحَمَّدٍ أَرْجُوْ السَّمَاحَةَ فِيْهِ

فَبِهِ تَوَسَّلَ أَدَمٌ مِنْ كَرْبِهِ ** فَقَدِ اهْتَدَى مَـنْ يَقْتَدِي بِـأَبِيْه

"Dosaku terlalu besar wahai Yang Maha Besar! Sesungguhnya aku dengan (keberkatan) Nabi Muhammad mengharapkan keampunan, Maka dengannya, Nabi Adam bertawassul daripada kesalahannya, maka telah mendapat petunjuk sesiapa yang mengikut ayahnya ( Nabi Adam )."

Kufur nikmat kerugian manusia



setiap manusia itu bertanggungjawab terhadap nikmat-nikmat yang diamanahkan kepadanya dan akan disoal di akhirat kelak. - Gambar hiasan


BERSUA kembali dalam ruangan Relung Cahaya pada tahun baru 1431 Hijrah. Semoga cahaya kebenaran sentiasa mengiringi perjalanan kita sekalipun berbagai onak dan duri terpaksa kita tempuhi.

Rasanya baru sahaja kita melangkah masuk ke tahun 1430 Hijrah, hari ini ia telah pun berlalu meninggalkan kita dan tidak akan kembali lagi. Bagaimana kita telah memanfaatkan waktu-waktu yang telah berlalu, hanya kita yang dapat menjawabnya. Sheikh Ibnu 'Atoillah telah mengingatkan kita tentang nilai waktu menerusi kalam hikmahnya: "Apa yang telah terluput daripada umurmu tidak ada gantiannya, dan apa yang telah terhasil daripada umurmu, tiada ukuran nilai harganya."

Memanfaatkan masa

Mensia-siakan hak waktu bererti mensia-siakan umur yang begitu berharga kerana umur yang telah berlalu tidak akan kembali lagi. Apabila kita membiarkan ia berlalu tanpa melakukan sebarang amal soleh, maka kita telah terlepas daripada kebaikan yang amat banyak.

Allah berfirman yang bermaksud: Dan sesungguhnya tidak ada (balasan) bagi seseorang melainkan (balasan) apa yang diusahakannya; dan sesungguhnya usahanya itu akan diperlihatkan (kepadanya, pada Hari Kiamat kelak); kemudian usahanya itu akan dibalas dengan balasan yang amat sempurna. (al Najm: 39-41)

Sabda Rasulullah SAW ini wajar dijadikan renungan: "Tidak datang kepada seseorang hamba satu waktu yang tidak disebut nama Allah di dalamnya melainkan akan mendatangkan penyesalan kepadanya pada Hari Kiamat kelak."

Apabila waktu telah pergi, ia tidak akan dikecapi kembali, dan tiada suatu pun yang lebih mulia daripada waktu. Al Hasan al Basri RA berkata: Saya pernah menemui beberapa kaum yang begitu menjaga dan mengasihi diri dan waktu mereka melebihi daripada penjagaan mereka terhadap dinar dan dirham. Sebagaimana seseorang itu tidak mengeluarkan dirham dan dinar melainkan pada perkara yang mendatangkan manfaat dan faedah kepada dirinya, dia juga tidak akan mensia-siakan diri mereka pada perkara-perkara yang tidak menjurus kepada ketaatan kepada Allah.

Para salafussoleh begitu berhati-hati dan tamak menjaga masa mereka sehinggakan Sayyiduna Ali RA pernah berpesan kepada isterinya Sayyidah Fatimah RA supaya melembutkan dan mencairkan masakan bagi mengurangkan masa mengunyah makanan yang mencuri masanya untuk bertasbih.

Menunda amal

Hari ini, kita melihat ramai manusia yang mengambil sikap menangguhkan waktu beramal atas alasan pekerjaan dan urusan dunia yang lain. Sheikh Ibnu 'Atoillah, seorang yang sangat tinggi pengalamannya dalam menghidupkan amalan salafussoleh dan dunia tarbiah menegaskan bahawa sikap gemar menunda amal kebaikan pada waktu ada kelapangan dengan kesibukan dunia, adalah suatu kebodohan.

Ketahuilah! Menangguhkan suatu amalan disebabkan urusan duniawi kerana menantikan masa lapang adalah suatu kebodohan kerana kamu lebih mengutamakan dunia daripada akhirat sedangkan kesibukan dunia tidak akan pernah habis. Kesibukan dengan pekerjaan dan kesibukan dunia akan menghalang seseorang itu daripada melakukan amal kebaikan yang akan menyambungkan hubungannya dengan hadrat Tuhannya.

Menangguhkan amalan kebaikan kerana urusan duniawi dianggap sebagai suatu kebodohan kerana tiga perkara:

1. Mendahulukan dunia dari akhirat. Ini bukanlah sifat orang Mukmin yang berakal dan ia bercanggah dengan tuntutan Allah. Firman Allah SWT: Bahkan kamu utamakan kehidupan dunia, padahal kehidupan akhirat lebih baik dan lebih kekal. (Al A'la: 16-17)

2. Menunda amal kerana menanti akan ada masa lapang kadang kala tidak diperoleh. Bahkan, kadang kala maut lebih dahulu menjemput ajalnya ataupun pekerjaannya menjadi semakin banyak dan sibuk kerana kesibukan duniawi adalah satu perkara yang saling tarik menarik dan bertali arus. Sebagaimana yang disebut oleh penyair: "Maka tidak akan habis-habis kehendak seseorang dari dunia ini, dan tidak akan berkesudahan suatu keperluan melainkan berkehendak kepada keinginan yang lain pula."

3. Berkemungkinan kesempatan waktu untuk beramal itu diperoleh ketika dia tidak lagi bersemangat untuk beramal, ataupun ketika dia telah menukar niatnya. Oleh sebab itu, wajiblah seseorang itu bersegera melakukan amal dalam apa jua keadaan sekalipun, dan dia perlu merebut segala peluang sebelum tibanya maut dan terluputnya masa atau kesempatan, di samping bertawakal kepada Allah bagi mendapat kemudahan dalam urusannya dan menjauhkan segala rintangan yang menghalangnya membina dan merapatkan hubungan dengan Allah.

Allah berfirman: Dan bersegeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan daripada Tuhan kamu, dan (mendapat) syurga yang bidangnya seluas seluruh langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertakwa. (Ali Imran: 133)

Di antara tanda orang yang mengenal Allah ialah sempurna akalnya dan tajam pemikirannya. Tanda orang yang berakal ialah bersegera melakukan suatu amal. Mengejar umur, tidak boleh ada padanya sebarang penangguhan kerana apa yang terluput daripadanya tidak akan berganti dan apa yang terhasil daripadanya tidak ternilai harganya. Di dalam hadis Rasulullah SAW bersabda: "Ingatlah! Di antara tanda orang yang berakal ialah menjauhi dari dunia yang menipu, kembali ke negara yang kekal abadi, menyiapkan bekalan untuk mendiami kubur dan bersiap sedia untuk Hari Kebangkitan."

Sabda Rasulullah SAW lagi: "Orang yang berakal ialah orang yang menahan nafsunya dan beramal untuk selepas mati. Manakala orang yang bodoh ialah orang yang mengikut kehendak nafsu dan suka berangan-angan ke atas Allah."

Di dalam Suhuf Nabi Ibrahim AS menyebut: "Hendaklah orang yang berakal yang tidak ditewaskan oleh akalnya mempunyai beberapa waktu; waktu bermunajat dengan Tuhannya, waktu muhasabah dirinya, waktu bertafakur tentang kejadian Allah dan waktu dikosongkan untuk menunaikan hajatnya daripada makan dan minum."

Orang yang menangguhkan amalnya ialah orang yang bukan sahaja bodoh tetapi tertipu. Dari manakah jaminan yang kamu peroleh untuk sampai kepada waktu tersebut, sedangkan maut sentiasa menanti masa untuk menerkam kamu, ketika kamu tidak menyedarinya?

Rasulullah SAW bersabda: "Dua nikmat yang sering menjadi kerugian kebanyakan manusia ialah nikmat kesihatan dan waktu lapang." Kebanyakan manusia tidak dapat menggunakan kesempatan ini melainkan sibuk dengan dunianya, terfitnah dengan nafsunya atau ditimpa sakit.

Kesimpulan daripada hadis ini, hanya segelintir manusia yang dikurniakan nikmat kesihatan dan kelapangan waktu. Sekiranya mereka dapat memakmurkannya dengan amalan ketaatan kepada Tuhan, maka mereka mensyukurinya dan mendapat keuntungan yang besar. Sekiranya mereka mensia-siakannya, mereka akan mendapat kerugian yang nyata dan kufur dengan kedua-dua nikmat ini. Bahkan, ia juga merupakan tanda kesedihan.

Syeikh Ibnu 'Atoillah RA berkata: "Perkara yang paling menyedihkan, setelah dikurangkan halangan kamu, kamu pula tidak mengadap-Nya." Semoga kita dapat mengambil iktibar. Orang yang hidup akan terasa sekiranya ditusuk dengan jarum. Tetapi orang yang mati tidak akan terasa sekalipun dipotong dengan pedang-pedang yang tajam. Renungilah!!

Rasulullah s.a.w Manusia Istimewa

Oleh PANEL PENYELIDIKAN YAYASAN SOFA NEGERI SEMBILAN

SELAKU umat Islam, kita meyakini dan mempercayai bahawa Nabi Muhammad SAW ialah manusia yang harus berlaku ke atas Nabi SAW apa yang harus ke atas manusia yang lain.

Ia seperti mengalami hal-hal yang mendatang dan ditimpa penyakit yang tidak mengurangi kewibawaan baginda SAW sebagai seorang nabi dan tidak menyebabkan orang menjauhkan diri daripadanya.

Nabi Muhammad SAW juga adalah seorang hamba Allah SWT yang tidak memiliki kekuasaan pada dirinya untuk menolak sebarang kemudaratan atau mendatangkan manfaat, memati atau menghidupkan atau membangkitkan, kecuali apa yang dikehendaki oleh Allah SWT.

Allah SWT berfirman: Katakanlah, "Aku tidak berkuasa mendatangkan manfaat bagi diriku dan tidak dapat menolak mudarat kecuali apa yang dikehendaki Allah. Dan kalau aku mengetahui (perkara-perkara) yang ghaib, tentulah aku akan mengumpulkan dengan banyaknya benda-benda yang mendatangkan faedah dan (tentulah) aku tidak ditimpa kesusahan. Aku ini tidak lain hanyalah (Pesuruh Allah) yang memberi amaran (bagi orang-orang yang ingkar) dan membawa berita gembira bagi orang-orang yang beriman. (al-A’raf: 188)

Sesungguhnya Nabi SAW telah menyampaikan risalah dengan sempurna, menunaikan amanah, menasihati ummah, menghapuskan dukacita dan berjihad di jalan Allah sehingga kewafatan baginda SAW. Kemudian baginda kembali ke hadrat Tuhannya dalam keadaan reda dan diredai, sebagaimana firman Allah SWT: Sesungguhnya engkau (wahai Muhammad!) akan mati, dan sesungguhnya mereka juga akan mati. (al Zumar: 30)

Sifat ‘ubudiyyah (perhambaan) adalah semulia-mulia sifat baginda SAW. Oleh kerana itu, baginda amat berbangga dengannya sebagaimana sabdanya: "Sesungguhnya aku hanyalah seorang hamba Allah".

Allah SWT telah menyifatkan nabi SAW sebagai hamba-Nya, pada setinggi-tinggi kedudukan ketika Allah menceritakan anugerah Isra’ kepada baginda sebagaimana firman-Nya: Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya…(al-Isra: 1)

Begitu juga firman Allah: Dan sesungguhnya tatkala hamba Allah (Nabi Muhammad SAW) berdiri mengerjakan ibadat kepada-Nya, mereka (golongan jin yang mendengar bacaan ayat al-Quran baginda di dalam solatnya) hampir-hampir menindih satu sama lain mengerumuninya. (al Jin: 19)

Sifat manusiawi Nabi SAW inilah merupakan mukjizat baginya. Baginda SAW adalah manusia seperti manusia yang lain, tetapi baginda jelas jauh berbeza daripada manusia umum; tanpa ada seorang manusia pun yang dapat menandinginya atau menyamainya.

Baginda SAW sendiri pernah bersabda di dalam hadis sahih mengenai keistimewaan dirinya: "Sesungguhnya aku tidak seperti keadaan kamu. Aku tidur di sisi Tuhanku dalam keadaan diberi makan dan minum".

Dengan ini, jelaslah bahawa menyifatkan Rasulullah SAW sebagai manusia biasa wajib disertai dengan keistimewaannya yang membezakannya daripada manusia umum; dengan menyebut keistimewaannya yang tersendiri dan biografinya yang terpuji.

Tuntutan ini bukan sahaja khusus terhadap Rasulullah SAW, bahkan terhadap nabi-nabi dan rasul-rasul yang lain supaya pandangan kita terhadap mereka bersesuaian dan layak dengan martabat dan kedudukan mereka.

Jika kita memandang mereka hanya sebagai manusia biasa semata-mata, tanpa mengaitkannya dengan ciri-ciri khusus atau istimewa mereka sebagai nabi dan rasul, maka kita telah terjerumus ke dalam tradisi dan sikap orang jahiliah.

Di dalam al-Quran, terdapat banyak ayat yang menyentuh hal tersebut. Antaranya, perkataan kaum Nabi Nuh a.s mengenai nabi mereka sebagaimana yang dihikayatkan oleh Allah dalam firman-Nya: Maka berkatalah ketua-ketua yang kafir daripada kaumnya, "Kami tidak memandangmu (wahai Nuh!) melainkan sebagai seorang manusia seperti kami". (Hud: 27)

Ayat yang lain adalah perkataan kaum Nabi Musa a.s dan Harun a.s mengenai nabi mereka sebagaimana yang dihikayatkan oleh Allah SWT dalam al-Quran: Sehingga mereka berkata (dengan angkuhnya), "Patutkah kita beriman kepada dua manusia seperti kita, sedangkan kaum mereka (Bani Israel) menjadi orang-orang suruhan kita?" (al-Mukminun: 47)

Begitu juga dengan apa yang dikatakan oleh kaum Thamud kepada nabi mereka, iaitu Nabi Saleh a.s, sebagaimana yang dikisahkan oleh Allah dalam al-Quran: Engkau hanyalah seorang manusia seperti kami; oleh itu, bawakanlah satu tanda (mukjizat) jika betul engkau daripada orang-orang yang benar. (al-Syu’ara’: 154)

Hal yang sama pernah juga dilakukan oleh kaum Nabi Syuaib a.s yang memandang nabi mereka sebagai manusia biasa, bahkan sebagai seorang pendusta, sebagaimana yang dikisahkan oleh Allah melalui firman-Nya: Mereka berkata, "Sesungguhnya engkau adalah dari kalangan pelaku sihir. Dan engkau hanyalah seorang manusia seperti kami; dan sesungguhnya kami fikir engkau ini daripada orang-orang yang dusta. (al- Syu’ara’: 185)

Begitu juga dengan apa yang dikatakan oleh orang musyrikin terhadap Nabi Muhammad SAW. Mereka hanya memandang nabi SAW sebagai manusia biasa, sebagaimana yang dikisahkan oleh Allah SWT dalam al-Quran: Dan mereka pula berkata, "Mengapa Rasul ini makan, minum dan berjalan di pasar-pasar (seperti manusia yang lain)?" (al-Furqan:7)

Rasulullah SAW sendiri telah menyatakan dalam sabdanya tentang kemuliaan yang dianugerahkan oleh Allah SWT kepadanya dengan semulia-mulia sifat dan pelbagai perkara yang mencarik adat (mukjizat) yang membezakannya daripada manusia yang lain.

Di antaranya ialah sabda Rasulullah SAW mengenai peribadinya di dalam hadis sahih: "Kedua-dua mataku tidur, tetapi hatiku tidak tidur".

Di dalam hadis sahih yang lain, nabi SAW bersabda: "Sesungguhnya aku dapat melihat kamu dari belakangku sebagaimana aku melihatmu dari depanku".

Baginda SAW juga bersabda: "Aku dianugerahkan kunci-kunci perbendaharaan bumi."

Meskipun pada fizikalnya, baginda SAW telah wafat, tetapi baginda masih hidup dengan kehidupan Barzakhiyyah (di alam barzakh) secara sempurna. Baginda SAW dapat mendengar perkataan orang yang masih hidup di dunia dan mendengar salam mereka serta menjawabnya.

Bahkan, disampaikan kepada baginda SAW setiap selawat yang diucapkan kepada Baginda SAW dan juga diperlihatkan kepadanya segala amal perbuatan umatnya.

Keampunan

Baginda SAW berasa senang dan gembira dengan amal soleh orang-orang yang baik, dan sentiasa meminta keampunan bagi umatnya yang melakukan dosa. Sesungguhnya, Allah SWT telah mengharamkan bumi ini daripada memamah jasad nabi SAW yang sentiasa terpelihara daripada sebarang kerosakan dan pemusnah yang terdapat di dalam bumi.

Diriwayatkan daripada Aus ibn Aus r.a, beliau berkata: Sabda Rasulullah SAW: "Sesungguhnya, di antara hari kamu yang paling mulia ialah hari Jumaat. Pada hari itulah, Nabi Adam a.s diciptakan dan pada hari itu juga beliau diwafatkan. Pada hari Jumaat juga, terjadinya tiupan sangkakala, dan pada hari itu juga terjadinya so’iqah (petir dahsyat atau Kiamat). Maka perbanyakkanlah membaca selawat kepadaku pada hari itu kerana selawat kalian akan dipersembahkan kepadaku". Para sahabat bertanya, "Wahai Rasulullah! Bagaimanakah selawat kami akan dipersembahkan kepadamu, padahal kamu telah binasa?" Baginda SAW bersabda, "Sesungguhnya Allah mengharamkan ke atas bumi ini daripada memamah jasad para Nabi". (riwayat Imam Ahmad, Abu Daud, Ibnu Majah, Ibnu Hibban di dalam Sohihnya dan Imam Hakim mensahihkannya.)

Al Hafiz Imam Jalaluddin al Suyuti r.a menulis risalah khusus mengenai perkara ini yang bertajuk Anba’ al Azkiya’ bi Hayah al Anbiya’ (Perkhabaran Orang Cerdik Pandai Mengenai Kehidupan Para Nabi).

Diriwayatkan daripada Ibnu Mas’ud r.a, daripada Rasulullah SAW yang bersabda: "Kehidupanku adalah baik bagi kamu, kamu berbicara (bertanya masalah dan hukum kepada Baginda SAW) dan dibicarakan bagi kamu (dengan wahyu dan syariah daripada Allah melalui perantaraan Baginda SAW). Kewafatanku juga adalah baik bagi kamu kerana dibentangkan amalan kamu ke atasku. Apa yang aku lihat dari amalan itu baik, maka aku memuji Allah dan apa yang aku lihat dari amalan itu jahat, aku memohon keampunan kepada Allah untuk kamu". (Al Haithami mengatakan bahawa hadis ini diriwayatkan oleh al Bazzar, dan rijalnya adalah sahih)

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Tiada seorang pun yang mengucapkan salam ke atasku kecuali Allah mengembalikan kepadaku rohku, sehingga aku (dapat) menjawab salamnya". (riwayat Abu Daud dan Imam Ahmad)

Menurut sebahagian ulama, maksud Allah mengembalikan rohku adalah: "Allah mengembalikan kepadaku kemampuan berbicara".

Diriwayatkan pula daripada ‘Ammar ibn Yasir r.a berkata, bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya Allah SWT mewakilkan pada kuburku malaikat yang diberikan nama-nama makhluk kepadanya. Maka tidak ada seorang pun yang membaca selawat ke atasku hingga hari kiamat, melainkan dia menyampaikan kepadaku nama orang tersebut beserta nama ayahnya, "Ini Fulan ibn Fulan telah berselawat ke atasmu". (riwayat al Bazzar dan Abu al Sheikh Ibnu Hibban).

Berdasarkan hadis tersebut, jelaslah bahawa meskipun baginda telah wafat, tetapi kemuliaan, kedudukan dan pangkatnya yang tinggi di sisi Tuhannya tetap kekal dan tidak diragui lagi di sisi orang yang beriman.

Menganggap Nabi SAW sama sahaja dengan manusia yang lain pada semua keadaan dan sifat-sifat mereka adalah suatu tanggapan yang jelas salah dan kejahilan yang ditolak sama sekali oleh dalil-dalil yang sahih dari al-Quran dan sunnah.

Jika Nabi SAW tidak mempunyai ciri-ciri istimewa dan khusus, apakah hikmah dan faedah terpilihnya mereka menjadi nabi dari manusia yang lain? Tidak ada salahnya kita memuliakan dan memuji baginda SAW. Malah sememangnya kita digalakkan memuji dan memuliakan nabi SAW lebih-lebih lagi pada bulan kelahiran baginda SAW ini selagi ia tidak sampai menyamatarafkan baginda SAW dengan sifat-sifat ketuhanan.

Comments »

The URI to TrackBack this entry is: http://yayasansofa.blogsome.com/2010/03/08/rasulullah-saw-manusia-istimewa-3/trackback/

Mengharapkan Keampunan Allah dan Tidak Berputus Asa

Ustaz Abu Ali al-Banjari al-Nadwi (Ahmad Fahmi Zam-Zam) seorang murid rapat al-Marhum Shaykh Muhammad Alawi al-Maliki al-Hasani dan penulis biografi al-Marhum, telah memetik sebuah hadith di dalam bukunya ‘Empat Puluh Hadis Penawar Hati’ yang berbunyi:

“Daripada Abu Hurairah r.a. daripada Rasulullah s.a.w. pada satu riwayat yang Baginda meriwayatkan daripada Allah S.W.T. (ertinya dalam hadis qudsi) sabdanya: “Apabila seseorang hamba itu melakukan dosa lalu ia berdoa: “Ya Allah, ampunilah dosaku” maka Allah S.W.T. berfirman baginya: “Hambaku melakukan sesuatu yang berdosa lalu ia memahami bahawa ia mempunyai Tuhan yang dapat mengampuni dosanya atau boleh juga menjatuhkan hukuman dengan sebab adanya dosa itu.” Kemudian apabila hamba itu kembali berbuat dosa lalu ia berdoa pula: “Ya Tuhanku ampunkanlah dosaku,” maka Allah S.W.T. berfirman: “Hambaku telah melakukan dosa dan ia memahami bahawa ia mempunyai Tuhan yang mengampuni segala dosa atau boleh pula menyiksa dengan sebab dosa itu.” Kemudian hamba itu sekali lagi berbuat dosa maka ia lalu berkata: “Ya Tuhanku ampunkanlah dosaku”, maka Allah S.W.T. berfirman kepadanya: “Hambaku berbuat dosa dan ia menyedari bahawa baginya ada Tuhan yang mengampuni segala dosa dan boleh menyiksa dengan sebab dosa itu. Sesungguhnya Aku mengampuni segala dosa hambaKu, maka hendaklah ia berbuat sesuka hatinya.” (Hadith Riwayat Bukhari & Muslim)

Kemudian, telah memetik Uztaz Abu Ali sebuah hadith lagi yang berbunyi:

“Daripada Anas r.a. berkata: “Rasulullah s.a.w. bersabda: “Allah S.W.T. telah berfirman (dalam hadis qudsi): “Hai anak Adam! Selama engkau masih berdoa dan berharap kepadaKu, Aku mengampuni bagimu akan segala dosa yang ada padamu dan aku tidak peduli (walaupun dosa itu banyak sekali). Hai anak Adam! Jikalau seandainya dosamu itu sampai ke atas awan yang ada di langit, kemudian kamu datang mengharapkan keampunan daripadaKu nescaya Aku berikan keampunan kepadamu. Hai anak Adam! Sesungguhnya jikalau engkau datang kepadaku membawa dosa sepenuh bumi ini, kemudian engkau datang menemui Aku padahal engkau tidak mempersekutukan Aku dengan sesuatu, nescaya Aku akan datangkan kepadamu sepenuh bumi pula keampuanan.” (Hadith Riwayat Tirmidhi).

Imam al- Ghazali telah menulis di dalam kitabnya Ihya’ ‘Ulum al-Din, antaranya:

Telah berkata Hudhayfa: “Saya selalu berkata kasar terhadap keluargaku, jadi saya berkata kepada Rasulullah s.a.w.: “Wahai Rasulullah, saya takut lidah saya akan membawa ku ke neraka.” Berkata Nabi yang mulia: “Bagaimana jika kamu meminta ampun? Saya memohon keampunan Tuhan 100 kali setiap hari.

”‘Seorang lelaki yang tidak pernah melakukan kebaikan melihat ke langit dan berkata: “Sesungguhnya aku mempunyai Tuhan. Wahai Tuhan, ampunilah aku!” dan Tuhan ‘Azza wa Jalla berkata: “Aku sudah terlebih dahulu memaafkannya.”

“Sekiranya seorang lelaki melakukan dosa, tetapi mengetahui bahawa Tuhan melihatnya, di akan mendapat keampunan walaupun tidak memohonnya.” (Hadith Riwayat Tabarani).

Sayyidina ‘Ali Karamallahu Wajhah telah berkata: Adalah menghairankan aku apabila seorang lelaki boleh hancur apabila ia mempunyai jalan untuk menyelamatkan dirinya.” Apabila mereka meminta beliau untuk menerangkan maksudnya, beliau berkata: “Permohonan untuk keampunan!”.

Ahad, 28 Mac 2010

Usrah di rumah Tuan Haji Baharum(28hb 03 2010 )

Salam , usrah malam ini (28hb 03 2010 ) , Insya-Allah di rumah Tuan Haji Baharum ( Bendahari WADAH ) di Bandar Mas. Perbincangan surah Lukman . Semoga diberi kekuatan untuk hadir.

Sabtu, 27 Mac 2010

Dengkur : Gangguan Tidur yang Merimaskan


Oleh :Norfazilla Binti Ibrahim
Mahasiswi UKM, Bangi

Pengenalan

Berdengkur adalah bunyi yang tidak menyenangkan semasa bernafas ketika tidur apabila sebahagian daripada saluran pernafasan seseorang mengalami masalah. Ia berlaku apabila terdapat sekatan pada aliran udara di dalam saluran pernafasan di bahagian belakang mulut dan hidung. Bunyi dikeluarkan apabila tisu di bahagian atas saluran pernafasan bergeser dan bergetar di antara satu sama lain.

Kekerapan berdengkur terus meningkat mengikut umur dan biasanya tidak membahayakan. Berdengkur mempunyai tiga tahap iaitu, peringkat pertama berdengkur yang ringan dengan empat atau lima kali dengkuran kemudiannya berhenti dan seterusnya diulangi lagi. Kedua, berdengkur yang sederhana iaitu berdengkur berterusan selama 10 hingga 15 minit dan ritmanya yang sama rata. Akhir sekali, berdengkur yang serius dengan terhentinya pernafasan selama lebih 10 saat semasa tidur. Kemudiannya akan menarik nafas yang dalam dan keadaan ini diulanginya secara berterusan. Di tahap ini dipanggil sebagai ‘sleep apnea‘ dan ia boleh membahayakan diri yang memerlukan rawatan selanjutnya.

Punca

Halangan pada salur pernafasan mungkin berpunca daripada beberapa sebab yang sama ada dipengaruhi oleh masalah genetik atau berpunca daripada masalah lain. Pengambilan ubat penenang, pelali atau ubat tidur juga boleh menyebabkan tisu tertentu mengendur dan menghalang laluan udara. Selain itu, tisu di sekitar tekak juga boleh dipenuhi tisu lemak akibat berat badan berlebihan yang akan menyebabkan salur udara mengecil. Saluran pernafasan melalui hidung yang tersekat disebabkan alahan, demam selesema, resdung dan sebagainya juga boleh menyebabkan berlakunya getaran dengkur. Tabiat tidur secara terlentang juga mungkin memburukkan lagi halangan saluran udara menyebabkan bunyi dengkuran lebih kuat.

Pengambilan alkohol akan mendorong tisu-tisu di sekitar tekak dan kerongkong mengendur ke dalam sementara tabiat merokok pula menyebabkan kerosakan tisu dinding laluan pernafasan dan sehingga menjadi kendur dan menghalang laluan udara. Masalah dengkur tidak mengira usia dan jantina dengan terdapatnya sebilangan kes di kalangan kanak-kanak sementara 32 peratus golongan lelaki dewasa dan 14 peratus golongan wanita dewasa menghidapi masalah ini. Walaubagaimanapun, usia turut memainkan peranan memandangkan otot-otot saluran pernafasan golongan berusia semakin lemah, mengendur dan membentuk halangan pada salur pernafasan. Terdapat kajian yang menunjukkan ukur lilit leher lebih memainkan peranan daripada Indeks Jisim Badan (Body Mass Index) di dalam terbentuknya halangan salur pernafasan, dengkur dan Obstructive Sleep Apnea (OSA). Ukur lilit leher yang melebihi 17 inci dikaitkan dengan peningkatan risiko halangan salur udara kerana longgokan lemak di leher mungkin menekan saluran pernafasan.

Struktur tulang muka turut meningkatkan risiko halangan salur udara, termasuklah tulang rahang atas dan bawah yang tidak selari, seperti rahang bawah yang lebih pendek atau lebih kecil sehingga menyempitkan saluran pernafasan. Gangguan tempoh dan kualiti tidur penghidap dengkur dan orang di sekelilingnya dalam jangka panjang dikhuatiri membawa kepada masalah kesihatan yang lebih serius. Tidur tidak cukup atau kurang kualiti mungkin membawa kepada diabetes, tekanan darah tinggi, penyakit jantung, strok serta gangguan fungsi dan ketahanan badan.

Rawatan

Jika seseorang yang telah tidur dalam satu jangka masa yang lama namun masih berasa letih setelah bangun, itu mungkin satu petanda bahawa dirinya berdengkur. Rawatan lain yang boleh diambil untuk mengatasi masalah dengkur ini adalah dengan mengubah posisi tidur. Dengkuran terjadi kerana lidah tertarik ke belakang menutupi saluran pernafasan semasa tidur terlentang. Oleh itu, ubah posisi tidur anda kepada mengiring agar terhindar daripada berdengkur. Selain itu, penurunan berat badan juga membantu mengurangkan masalah dengkur. Orang yang mengalami berat badan berlebihan mempunyai jaringan leher yang tebal dan meningkatkan risiko berdengkur. Jika anda salah seorang daripadanya, turunkanlah berat anda kira-kira 10%.
Jauhi alkohol dan ubat penenang. Ubat penenang seperti pil tidur atau alkohol dengan kadar rendah boleh menyebabkan berdengkur kerana ia akan menekan pernafasan anda. Seterusnya, dengan menyedut wap air sebelum tidur untuk menghindari hidung tersumbat yang menjadi salah satu punca dengkuran.

Terdapat juga rawatan secara perubatan seperti alat pembuka saluran pernafasan yang dimasukkan ke dalam mulut. Alat ini direka khas mengikut bentuk mulut setiap individu. Namun ia bukanlah satu prosedur pilihan kerana ia menyebabkan ketidakselesaan kepada pesakit. Selain itu dengan melakukan pembedahan laser (LAUP). Cahaya laser digunakan untuk membuang tisu lelangit lembut yang terlalu rendah atau uvula bagi mengurangkan getaran tisu dalam kerongkong ketika tidur. Namun, kebiasaannya prosedur ini harus dilakukan beberapa kali sebelum masalah ini benar- benar dapat diatasi. Seterusnya melalui cara baru iaitu Prosedur Pillar. Prosedur Pillar menggunakan tiga sisipan halus implan yang dibuat daripada tenunan Poliester Polietilen Tereftalat (PET) atau implan Dacron. Uvula akan ditanam dengan tiga implan Dacron bersaiz 18 milimeter panjang dengan dua milimeter garis pusat. Sisipan ini akan ditanam sebelah menyebelah pada jarak dua milimeter supaya dapat memberi sokongan dan mengeraskan lelangit lembut. Dengan itu, lelangit lembut tidak akan melentur terlalu rendah sehingga dapat menyekat saluran pernafasan. Prosedur ini bukanlah pilihan yang baik untuk semua orang walaupun ternyata ia adalah satu pilihan yang lebih baik. Doktor akan membuat penilaian, pemeriksaan atau ujian tidur terlebih dulu bagi menentukan kesesuaiannya.

Dengkur merupakan masalah kesihatan dan boleh mengurangkan keyakinan diri untuk menikmati kehidupan bersosial dengan masyarakat. Oleh itu, pastikan anda mengenalpasti adakah anda salah seorang daripada mereka yang menghadapi masalah ini. Dapatkan rawatan segera dan berusahalah untuk menjalani kehidupan yang berkualiti dan sejahtera. Tidur lebih indah tanpa masalah dengkur!

Ringkasan Peristiwa Sains Sepanjang 2009

Ringkasan Peristiwa Sains Sepanjang 2009

January 16th 2010 | Posted by editor

Oleh Mohd Faizal Aziz

Berikut adalah ringkasan peristiwa penting sains sepanjang tahun 2009 yang dilaporkan oleh wartawan sains BBC Paul Rincon.

Januari

jan

>Saintis melaporkan bahawa mereka telah mengesan isipadu besar gas metana di planet Marikh. Gas metana sebenarnya tidak dapat kekal bertahan lama di atmosfera disebabkan sinaran matahari yang kuat. Oleh yang demikian saintis meramalkan bahawa metana dihasilkan berterusan di atmosferea. Sumber metana kemungkinan besar berasal dari makhluk hidup seperti mikrob dan tindak balas geoterma di sana.

>Peningkatan isipadu gas-gas rumah kaca di dalam atmosfera telah menyebabkan suhu antartika dan tempat-tempat lain di bumi meningkat.

>Pada bulan ini juga Iceland telah mengeluarkan arahan melarang penangkapan ikan paus. Penangkapan ikan paus yang tidak terkawal terus meningkat dari semasa ke semasa. Kerajaan iceland masih membenarkan pemburuan dijalankan pada tahun 2009 dan tidak dapat memberi jaminan keputusan tersebut akan diteruskan di masa hadapan akibat pengurangan bilangan ikan paus di dunia.

Februari

feb

>Dua satelit milik Amerika dan Russia meletup dan hancur berkecai pada orbit rendah (12 Feb). Saintis menyatakan bahawa kejadian tersebut berlaku disebabkan ruang angkasa semakin sesak dengan ribuan satelit yang ditempatkan di orbit angkasa. Dua satelit tersebut bukanlah yang pertama kali meletup dan berkecai. Roket NASA juga mengalami tragedi yang sama (24 Feb) setelah mengalami kegagalan enjin. Roket ini direka bertujuan untuk misi mengukur karbon dioksida di angkasa.

Mac

mac

>Penyelidikan terhadap usaha-usaha untuk mengekang pemanasan global yang dikenali sebagai ’ penyuburan lautan’ telah dilaporkan sebagai kurang memuaskan (23 Mac). Teknik yang digunakan ialah dengan meletakkan sejumlah logam ke dalam lautan untuk meransang pertumbuhan alga yang bertujuan untuk menyerap karbon dioksida dari udara. Karbon dioksida adalah penyebab utama kesan rumah kaca (greenhouse)

>Dalam laporan lain setakat ini, saintis dari Brown University, Rhode Island, Amerika mendapati bahawa tidak ada lautan di planet Marikh seperti yang digembar gemburkan. Walaubagaimanapun, mereka mendapati bahawa ia memiliki air di permukaannya beberapa juta tahun yang lampau. (2 Mac)

>Dalam kajian lain pula, Dr Nilton Renno dari University of Michigan menulis tentang butiran-butiran air dapat dilihat pada gambar-gambar struktur robot Phoenis milik NASA yang mendarat di Planet Marikh pada tahun 2008.

April

april

>Teleskop NASA Swift telah berjaya mengesan sinar-gamma bertenaga tinggi yang terhasil dari fenomena kosmik pada objek di angkasa. Fenomena tersebut ialah ledakan bintang raksasa yang terletak 13 bilion tahun cahaya. Ia merupakan objek paling jauh yang pernah dikesan (28 April).

>Presiden Amerika Barrack Obama telah menetapkan 3% dana pelaburan dari GDP negara tersebut untuk R&D di negara mereka. Dalam ucapannya, Obama menyatakan bahawa Amerika Syarikat merupakan pendahulu dalam kategori inovasi di dunia. Beliau juga berkata, sejak kebelakangan ini integriti dunia ilmiah semakin berkurangan dan hasil penyelidikan banyak dipolitikkan.

Mei

mei

>Kapal angkasa Atlantis telah dilancarkan dari Florida (11Mei) dengan misi untuk memperbaiki Teleskop Ruang Angkasa Hubble (Hubble Space Telescope). Sebaik sahaja Atlantis berjaya dilancarkan, NASA terus menerus menunjukkan gambar luar biasa dari teleskop terbaru termasuk pemandangan paling jauh dalam alam semesta yang dapat dikesan.(The deepest view of the universe). Ia membuktikan penerokaan luar biasa tersebut dilaksanakan dengan jayanya.

>Bulan Mei ini juga adalah bulan pelancaran teleskop Herschel dan Planck milik ESA. Teleskop Herschel bertujuan untuk menerokai kelahiran bintang dan galaksi manakala teleskop Planck bertujuan untuk mengkaji ’cahaya yang paling awal’ di kosmos untuk memahami lebih baik mengenai isi dan struktur alam semesta.

Jun

jun

>Jadual berkala mendapat tambahan elemen baru (10 Jun) iaitu elemen ’super-heavy 112 yang dinamakan copernicium dengan simbol Cp sebagai penghormatan kepada ahli astronomi Nicolaus Copernicus.

>Bulan Jun juga dicatatkan sebagai pertemuan tahunan komiti antarabangsa ikan paus (IWC) di Pulai Madeira di Portugal. Ia merupakan pertemuan penuh kontroversi apabila negara-negara anggota yang terdiri daripada mereka yang pro dan anti penangkapan ikan paus. Greenland misalnya menyuarakan hasrat untuk menambah kuota penangkapan ikan paus tahunan bagi negara mereka.

>Sebuah kajian menunjukkan bahawa iklim mempengaruhi kepantasan evolusi molekular mamalia. Penyelidik menemukan bahawa, antara sejumlah pasangan mamalia dari spesis yang sama, kepantasan perubahan DNA nya lebih cepat berlaku pada musim panas

Julai

julai

>Pertemuan negara-negara anggota G8 di Italy, bersetuju untuk mengurangkan pelepasan gas rumahkaca mereka sehingga 80% pada tahun 2050.secara keseluruhan, pelepasan gas rumah kaca di dunia seharusnya berkurangan separuh dari yang sedia ada pada hari ini menurut pemimpin anggita G8. namun begitu, Setiausaha Agung PBB Ban-Ki-Moon menegaskan bahawa dunia perlu bertindak segera untuk mengurangkan pelepasan gas rumah kaca secara besar-besaran dari negara maju.

>Bulan Julai juga merupakan ulangtahun ke-40 sambutan 40 tahun pendaratan manusia pertama di bulan. Nasa menunjukkan gambar-gambar tempat pendaratan kapal angkasa Apollo di bulan yang dirakam beberapa oleh satelit Lunar Reconnaissance Orbitter.

Ogos

ogos

>Dua kajian yang berasingan menunjukkan beruang kutub dan kambing biri-biri di Scotland mengalami masalah pengecilan saiz. Antara teori penyebab utama yang dikemukakan ialah masalah pencemaran dan perubahan iklim dunia.

>Burung gagak mempunyai kecerdasan yang lebih baik berbanding burung-burung spesis lain. Penyelidik dari Eropah dalam satu kajian memerhatikan gagak akan mengambi cacing yang diletakkan pada tabung uji yang berisi sedikit air. Burung gagak meniingkatkan paras air di dalam tabung uji dengan cara memasukkan batu-batu kecil di dalamnya sehingga ia dapat mencapai cacing yang akan terapung di permukaan. Kisah ini pernah tercatat di dalam cerita lama tentang bagaimana seekor gagak menggunakan batu-batu dan memasukkannya ke dalam sebuah bekas untuk meminum air yang berada di dasar bekas tersebut.

September

sep

>Data dari satelit menunjukkan pencairan musim panas pada lautan ais artikel berkurang berbanding dua tahun sebelumnya. Antara teori yang mengesahkan penyelidikan ini ialah bagaimana suhu artik yang sejuk dan angin yang membantu melebarkan lautan ais ini. Namun keseluruhan pencairan lautan ais di kawasan kutub dicatatkan semakin meningkat.

>Saintis membayangkan suatu hari nanti mereka akan dapat berada di planet Marikh namun impian tersebut masih terlalu jauh. Salah satu robot ruang angkasa yang mengorbit Planet Marikh ini mendapati terdapat bahan berwarna putih seakan-akan ais permukaan marikh. Maklumat dari tiga kapal angkasa menunjukkan terdapat lapisan nipis air (H20) yang berada di lapisan-lapisan batuan dan tanah di planet Marikh.

Oktober

okt

>Di Dorset, Eropah pengkaji fosil mengumumkan satu penemuan tengkorak dari makhluk di dalam laut yang telah mendiami lautan sejak 150 juta tahun yang lampau. Satu lagi penemuan ialah mengenai kulat ‘chytrid’ yang telah membunuh banyak spesic amfibia dunia termasuk katak. Satu kajian menjelaskan bagaimana fungus tersebut membunuh mangsanya.

November

nov

>Pemecut partikel terbesar (Large Hadron Collider) diaktifkan kembali setelah 14 bulan dihentikan operasinya untuk dibaikpulih.

>Kajian saintis menunjukkan pencairan kutub paling banyak berlaku di Greenland antara tahun 2006 dan 2008. Pencairan keseluruhan ais di kepulauan Greenland itu akan meningkatkan aras laut secara global sekitar 7 meter, menurut laporan mereka.

>Bulan November juga berlakunya penggodaman emel terbesar yang dikenali sebagai ’ClimateGate’ di CRU, sebuah pusat penyelikan cuaca dunia di United Kingdom. Hasil penggodaman tersebut dipaparkan di sebuah laman web.

Disember

dis

>Pertemuan 193 pemimpin dunia di Copenhagen membincangkan isu perubahan cuaca dunia.

>Ahli biologi marin Australia merakamkan seekor sotong kurita di lautan Indonesia yang mencungkil tempurung kelapa yang terbenam di bawah tanah di dasar laut. Sotong kurita tersbut kemudiannya bermain-main dengan tempurung kelapa dan ahli biologi menyatakan bahawa ia adalah bukti pertama ’penggunaan perkakasa’ oleh haiwan invertebrata.

>Saintis Amerika mendakwa mereka telah mempunyai petunjuk ’dark matter’ iaitu bahan yang membentuk 25% alam semesta.

Terjemahan dari http://news.bbc.co.uk

Kenapa Api Padam Bila Terkena Air

Kenapa Api Padam Bila Terkena Air
March 19th 2010 | Posted by editor

Oleh : Mohd Faizal Aziz



Kanak-kanak yang membesar di kampung tentunya pernah bermain dengan api, mancis, lilin dan pemetik api atau apa sahaja yang berkaitannya. Sekurang-kurangnya melihat si ibu atau bapa membakar sampah atau dedaun kering di halaman rumah.Jika tidak mengapa pula tercipta bait-bait lagu yang indah dan mencetuskan kesedaran seperti ’Anak Kecil Main Api, Terbakar Hatinya Yang Sepi dan seterusnya. Individu yang mencipta lagu tersebut mungkin pernah bermain api atau pernah melihat kanak-kanak bermain api. Di zaman moden, mungkin agak sukar untuk kita lihat peristiwa-peristiwa bermain api di kalangan kanak-kanak.



Melangkah ke alam dewasa, mungkin pandangan kita berlainan sedikit apabila melihat api dan mungkin juga berminat untuk mengetahui kenapa wujudnya api. Pertama sekali, cuba kita lihat kenapa munculnya api. Sains mennjelaskan bahawa, api akan terjadi apabila wujudnya 3 unsur iaitu oksigen, bahan bakar dan suhu. Ia juga dikenali dengan istilah segitiga api. Apabila ketiga-tiga tersebut wujud dan bergabung serentak, maka wujudlah apa yang kita namakan nyalaan api. Oleh yang demikian, untuk memadamkan api salah satu daripada ke tiga unsur itu harus dipisahkan atau dihilangkan. Dengan kata lain, rantaian segitiga api perlu diputuskan.



Unsur pertama yang mungkin paling mudah untuk dipisahkan ialah oksigen. Oksigen merupakan unsur yang sangat penting dalam kehidupan dan diperlukan oleh semua benda hidup di dunia ini untuk bernafas. Oksigen mustahil untuk dihapuskan tetapi boleh dipisahkan dalam rantaian api tersebut untuk memadamkannya. Unsur kedua yang boleh dipisahkan ialah bahan bakar. Begitu juga dengan suhu tinggi. Jadi bagaimana untuk memisahkannya? Kaedah yang paling senang ialah dengan menyiram air dengan api. Nampak mudah bukan?



Sebenarnya apakah yang berlaku apabila api terkena air. Pertamanya ialah suhu akan menurun secara mendadak dan yang kedua sebahagian air yang disiram akan bertukar menjadi wap yang akan memisahkan api dari oksigen. Oleh sebab itu, api akan padam apabila salah satu atau kedua-dua rantaian api terputus.



Namun begitu, tidak semua api dapat dipadamkan menggunakan air. Cara memadamkan api dengan air hanya dapat dilakukan sekiranya bahan bakar tersebut berupa kayu, plastik, kertas atau kain. Sekiranya api terhasil melalui elektrik, bahan bakar seperti petrol atau gas, cara pemadaman api tidaklah sama seperti kita memadamkannya menggunakan air. Menyiram air terhadap percikan api yang melalui kabel elektrik terputus adalah sangat bahaya kerana air dapat mengkonduksi arus elektrik. Penyiram mungkin akan terkena renjatan elektrik sekiranya air menyentuh badan. Untuk memadamkan api yang terhasil berpunca dari elektrik, caranya ialah dengan memutuskan terlebih dahulu punca bekalan elektrik dari sumber utama dan kemudian barulah disiram dengan air.



Bagaimana pula untuk memadamkan api yang terhasil daripada bahan bakar seperti petrol, gas dan bahan kimia mudah terbakar yang lain. Ini kerana bahan api ini mempunyai jisim yang lebih ringan berbanding air. Maka apabila disiram dengan air, bahan bakar ini akan meruap ke udara berbanding wap air dan akan lebih memarakkan lagi api yang sedang menyala kerana bahan bakar tersebut akan bergabung dengan oksigen di udara. Oleh yang demikian, untuk memadamkannya, perlulah menggunakan pemadam api berasaskan karbon dioksida yang dapat memerangkap bahan bakar tersebut daripada bercampur dengan oksigen.



Daripada kisah rantaian api dan kaedah memadamkannya, dapatlah kita pelajari bahawa setiap fenomena yang berlaku mempunya sebab musababnya yang tersendiri. Di zaman kanak-kanak, mungkin yang kita tahu apa itu adalah api, namun di sebalik kewujudan api tersebut, terselit rasa ingin tahu (curiosity) bagaimana api itu boleh wujud dan menyala. Dari situlah, saintis dan pakar akan dapat menjelaskan fenomena nyalaan api secara saintifik dan terciptanya alat pemadam api yang sangat berguna untuk kegunaan di waktu kecemasan. Sifat ingin tahu adalah anugerah ilahi yang tidak ternilai dengan apa jua sekalipun untuk manusia yang selalu berfikir. Dari situlah munculnya ilmu sains.

J. Robert Oppenheimer : Bapa Bom Atom


Oleh : Ahmad Hazazi

http://ahmadhazazi.blogspot.com/

“Science is not everything, but science is very beautiful”
J.Robert Oppenheimer

Berbadan cengkung, kurus, tinggi dan mempunyai sepasang mata yang tajam. Beliau jarang berenggang dengan rokok dan paip. Itulah sosok yang dimiliki oleh Julius Robert Oppenheimer menurut Kai Bird dan Martin J Sherwin dalam sebuah buku biografi tulisan mereka berdua berjudul American Prometheus : The Triumph and Tragedy of J. Robert. Oppenheimer. Lihat sahajalah di mana-mana sahaja gambar beliau terpampang baik di media, dalam biografi, internet dan makalah-makalah yang berkaitan dengannya, Oppenheimer jarang berpisah dengan rokok.

Julius Robert Oppenheimer atau dikenali juga sebagai Oppie oleh rakan-rakan terdekatnya adalah salah seorang fizikawan yang memberi sumbangan penting dalam fizik teoritikal dengan teori dikenali dengan istilah Born-Oppenheimer Approximation yang termasuk dalam salah satu topik mekanik kuantum.Teori Beliau bersama tokoh fizikawan Jerman, Max Born telah mengemukakan teori tersebut dengan fakta yang memperihalkan nukleus adalah lebih berat berbanding elektron. Disebabkan perbezaan berat jadi pergerakan nukleus adalah lebih perlahan berbanding pergerakan elektron.

Oppenheimer dilahirkan pada 22 April 1904 di New York USA.Bapanya adalah warga Jerman yang berpindah ke Amerika dan mengecapi kejayaan dan beroleh kekayaan melalui perusahaan industri tekstil. Ibunya pula adalah warganegara Amerika yang mempunyai latar belakang sebagai seorang pelukis dan pernah menuntut di Paris. Oppenheimer dan abangnya, Frank Oppenheimer telah dibesarkan dalam keadaan yang selesa berbanding orang lain Kedua-duanya mula bersekolah di Ethical Culture School dari pendidikan awal sehingga ke pendidikan tinggi.Beliau bukan hanya mempelajari matematik dan sains tetapi juga mempelajari Greek,Latin,Perancis dan Jerman.Beliau telah menamatkan zaman persekolahannya pada tahun 1921.

Di zaman pendidikan awalnya di sekolah beliau mengambil mata pelajaran matematik dan sains di Ethial Culture School di New York,. Pada masa yang sama Oppenheimer sangat berminat untuk mempelajari bahasa asing seperi Greek,Latin,Perancis dan Jerman.Beliau seronok mempelajari bahasa dan berjaya menguasainya dengan pantas hanya kerana untuk membaca sesuatu karya yang ditulis dalam bahasa aslinya bukan melalui penterjemahan.Beliau juga mempelajari bahasa Belanda selama 6 minggu yang bertujuan untuk membentangkan kertas kerja penyelidikannya di Belanda.Selain bahasa, sains serta matematik, Oppenheimer juga menunjukkan minat dalam bidang falsafah klasik. Selepas tamat persekolahan, Oppenheimer telah berjaya menempatkan dirinya di Harvard University untuk menyambung pengajian ijazah pertamanya.Selain pintar dalam fizik dan kimia beliau juga mendaftar untuk mengikuti pengajian bahasa, puisi dan mengembangkan minatnya dalam Oriental Philosophy.

Oppenheimer yang juga dikenali sebagai Oppie oleh keluarga dan sahabat terdekatnya adalah seorang yang kuat, tinggi, kurus, bercita-cita tinggi dan tekun menjalankan penyelidikan. Beliau memperoleh gelaran PhD di Jerman selepas lulus ijazah pertama dari Harvard. Disebabkan merasakan masih belum puas dan ingin mendalami ilmu pengetahuan dengan lebih jauh, beliau kemudian berangkat ke Cambridge University di untuk menjalankan penyelidikan di bawah bimbingan saintis tersohor yang juga Ernest Rutherford. Pada pada tahun 1929 beliau kembali ke Amerika Syarikat dan berkhidmat di Berkeley dan CalTech. Robert J. Oppenheimer adalah seorang guru yang luar biasa dan seorang ahli fizik teori yang hebat.Analisis ramalannya banyak digunakan oleh saintis-saintis selepasnya untuk menemukan beberapa zarah-zarah asas fizik partikel seperti neutron, positron, meson, dan bintang-bintang neutron.

Oleh kerana terlalu asyik dan fokus dalam penyelidikan dan dunia fizik teori, beliau sering mengabaikan dirinya dari “dunia nyata” di zamannya pada waktu itu. Sekitar awal 1930-an, dunia sedang berkecamuk dengan perang dan Oppenheimer sememangnya membenci perang. Namun selepas bangkitnya sistem pemerintahan diktator pelampau pada tahun 1930-an, perang mula menarik perhatiannya dan beliau mula memberi tumpuan untuk menyumbang sesuatu sebagai usasa untuk menamatkan perang dunia kedua. Pada tahun 1939, Niels Bohr mendedahkan maklumat penting kepada AS bahawa Jerman telah berjaya memisahkan atom. Implikasi daripada berita kejayaan pihak Jerman tersebut, tentera Nazi telah memulakan projek membina senjata nuclear. Bohr telah meyakinkan Presiden Roosevelt untuk menjalankan Projek Manhattan pada tahun 1941. Pada Jun 1942, Robert Oppenheimer dilantik untuk mengepalai projek rahsia tersebut. Penyelidikan peringkat awal dijalankan di Columbia University, University of Chicago, dan di Oak Ridge, Tennessee, namun pada masa yang sama Oppenheimer berjaya meyakinkan pihak pentadbiran tertinggi AS untuk menubuhkan stesen penyelidikan baru di Los Alamos, New Mexico. Di sana beliau memberi idea-idea dan sumbangan penting bidang fizik melalui pengetahuan dan pengalamannya dalam menyelesaikan masalah dalam projek menghasilkan bom atom.

Beliau akhirnya mengetuai lebih daripada tiga ribu orang termasuk saintis, pekerja teknikal dan orang-orang yang terlibat dalam Projek Manhattan untuk menyelesaikan hal-hal yang berkaitan dengan teori, proses dan mekanikal dalam projek tersebut. Projek Manhattan telah berjaya menghasilkan bom berkuasa nuklear dan ledakan bom nuklear yang pertama berlaku di dunia ialah di gurun New Mexico pada 16 Julai 1945. Ledakan itu setara dengan 20.000 ton dinamit. Selepas berjaya menguji bom atom tersebut, dalam masa satu bulan selepas itu, dua bandaraya di Jepun iaitu Hiroshima dan Nagasaki, menjadi sasaran bom atom yang dikenali dengan nama Little Boy dan Fat Man. Jepun menyerah kalah pada tahun 10 Ogos 1945.

Selepas tamatnya Perang Dunia-II, Oppenheimer dilantik menjadi pengarah Institute for Advanced Study di Princeton University pada tahun 1947. Beliau juga menjadi pengerusi Jawatankuasa Penasihat Umum dalam Suruhanjaya Tenaga Atom, atau AEC, dari tahun 1947 hingga 1952. Sejak dilantik ke badan tersebut, beliau mula menentang sebarang pembangunan bom dan senjata yang berkuasa nuklear mula membenci kekejaman perang yang mengorbankan banyak nyawa yang tidak berdosa seperti yang berlaku di Hiroshima dan Nagasaki.

Oppenhemier juga menentang projek pengembangkan bom hidrogen yang jauh lebih dasyat akibatnya jika dibandingkan dengan bom atom. Ketika Presiden Truman meluluskan tentang projek pembangunan bom hidrogen, walaupun tidak membantah, Oppenheimer pada awalnya enggan bersetuju dengan pentadbiran AS. Pada tahun 1953, ketika kemuncak perasaan anti AS, Oppenheimer dituduh telah mendapat simpati komunis, dan jaminan keselamatan (security clearance) diri dibatalkan. Kontraknya dengan Suruhanjaya Tenaga Atom juga dibatalkan Beliau juga dituduh oleh pihak keselamatan memiliki ramai rakan yang berfahaman komunis yang mempengaruhi tindakannya. Komuniti saintifik berkumpul untuk memberi sokongan dan ia menjadi salah satu simbol dari seorang saintis cuba untuk menyelesaikan masalah-masalah moral yang timbul daripada penemuan-penemuan saintifik.

Di tahun-tahun terakhir kehidupannya, beliau banyak berfikir dan menulis tentang masalah etika dan moral golongan intelektual. Beliau juga menikmati tahun-tahun akhirnya dengan memfokuskan pada hubungan antara sains dan masyarakat.Di atas kejayaannya sepanjang bergelar saintis dan penglibatannya dalam Projek Manhattan, Oppenheimer telah dianugerahi The Enrico Fermi Award daripada Pesuruhjaya Tenaga Atom. Beliau meninggal dunia kerana menghidapi barah tekak pada tahun 1967.



Memahami Takrifan Keluarga Sistem Suria

SOlar system

Oleh: Hafiz Saadon
http://astronomi-semesta.blogspot.com

Pada 24 Ogos tahun 2006, masyarakat dunia telah dikejutkan akan penyingkiran Pluto daripada keluarga planet dalam Sistem Suria kita. Ini berikutan dengan pindaan takrifan yang dilakukan di bawah Resolusi 5A bagi Perhimpunan Am yang ke-26 dengan menyatakan bahawa “planet dan jasad yang lain, selain satelit, dalam Sistem Suria kita akan ditakrifkan kepada tiga kategori yang berbeza dengan cara yang berikut:

(1) Sebuah “planet” merupakan satu jasad samawi yang:

Mengelilingi Matahari

Mempunyai jisim yang mencukupi untuk membentuk gravitinya sendiri bagi mengatasi daya jasad tegar supaya ia dianggap membentuk keseimbangan hidrostatik (hampir bulat)

Telah mengosongkan kawasan sekelilingnya di sekitar orbit (selain satelitnya).

6-solar-system-map

(2) Sebuah “planet kerdil” merupakan satu jasad samawi yang

Mengelilingi Matahari

Mempunyai jisim yang mencukupi untuk membentuk gravitinya sendiri bagi mengatasi daya jasad tegar supaya ia dianggap membentuk keseimbangan hidrostatik (hampir bulat)

Telah mengosongkan kawasan sekelilingnya di sekitar orbit (selain satelitnya)

Bukan sebuah satelit (tidak mengelilingi jasad lain dalam Sistem Suria selain Matahari).

Panel6SolarSystem

(3) Semua jasad lain, selain satelit, yang mengelilingi Matahari akan dirujuk secara keseluruhannya sebagai “Jasad Sistem Suria Kecil”.

Maka, mulai saat itu, keluarga planet hanya tinggal 8 sahaja iaitu Utarid, Zuhrah, Bumi, Marikh, Musytari, Zuhal, Uranus dan Neptun. Manakala Pluto telah menyertai Ceres dan Eris sebagai golongan planet kerdil.

Berikutan itu, pada 14 Julai 2008, Kesatuan Astronomi Antarabangsa (IAU) telah mengisytiharkan bahawa objek di bahagian luar Sistem Suria iaitu 2005 FY9 adalah planet kerdil dan namanya telah sebagai Make-make yang berasal dari nama dewa kemanusiaan Polynesia.

Kemudian, pada 17 September 2008, IAU sekali lagi mengumumkan bahawa objek trans-Neptun iaitu 2003 El61 telah diterima sebagai planet kerdil dan namanya, Haumea, sempena nama dewi kesuburan Hawaii, telah diterima pakai bersama dua satelitnya, Hi’aka (dewi penaung Hawaii) dan Namaka (dewi laut Hawaii).

7 Tugas Dakwah Nabi SAW

Sempena MaulidurRasul, ada baiknya kita sama-sama meninjau beberapa tugasan dakwah Baginda SAW. Di antaranya apa yang disebut oleh Allah di dalam surah al-Ahzab, ayat 45-48. Ada 7 tugasan: sebagai saksi, pemberi khabar gembira, pemberi peringatan, penyeru ke jalan Allah, penyuluh kehidupan, pemberi berita gembira kepada mukmin tentang limpah kurnia Allah, pemberi ingatan agar jangan patuhi kafir dan munafiq, sebaliknya bertawakkal kepada Allah.

kuliah audio berkaitan:

a-7 tugasan dakwah Nabi (48), b-7 tugasan dakwah Nabi (40)

Allah berfirman, maksudnya:

“45. Wahai Nabi! Sesungguhnya Kami mengutusmu sebagai saksi (terhadap umatmu), dan pembawa berita gembira (kepada orang yang beriman) serta pemberi amaran (kepada orang yang ingkar).

46. dan juga sebagai penyeru (umat manusia seluruhnya) kepada ugama Allah dengan taufiq yang diberiNya; dan sebagai lampu yang menerangi.

47. dan (dengan itu) sampaikanlah berita yang menggembirakan kepada orang yang beriman, bahawa sesungguhnya mereka akan beroleh limpah kurnia yang besar dari Allah.

48. dan janganlah engkau menurut kehendak orang kafir dan orang munafik dan janganlah engkau hiraukan usikan dan celaan mereka, serta berserahlah kepada Allah (memelihara keadaanmu); dan cukuplah Allah menjadi Pelindung (yang menyelamatkanmu).”

Bacaan tambahan (diedit dari laman web lain):

Beberapa Keutamaan Dakwah:

  1. Dakwah adalah muhimmatur rusul (tugas para Nabi dan Rasul).
  2. Dakwah adalah ahsanul a’mal (sebaik-baik amal).
  3. Dakwah menjadikan seorang muslim meraih pahala yang besar (al-husul ‘ala al-ajri al-azim).
  4. Dakwah dapat menyelamatkan da’i dari azab Allah swt dan pertanggungjawaban di Akhirat.
  5. Dakwah adalah jalan menuju khairu ummah (terbentuknya umat yang terbaik).

Dengan demikian bererti seorang da’i sedang menjalani kehidupan berdasarkan petunjuk Tuhan (al-hayah ar-rabbaniyyah) dan kehidupan yang penuh keberkatan (a-hayah al-mubarakah).

Dakwah adalah aktiviti menyeru manusia kepada Allah swt dengan hikmah dan pelajaran yang baik dengan harapan agar sasaran dakwah (mad’u) yang kita dakwahkan beriman kepada Allah swt dan mengingkari taghut sehingga mereka keluar dari kegelapan jahiliyah menuju cahaya Islam.

Jika kita melihat ayat-ayat Al-Quran dan hadis-hadis Rasulullah saw, kita akan menemui keutamaan dakwah yang luar biasa. Dengan mengetahui, memahami, dan menghayati keutamaan dakwah ini seorang muslim akan termotivasi secara kuat untuk melakukan dakwah dan bergabung bersama gerakan dakwah di manapun ia berada.

Mengetahui keutamaan dakwah termasuk faktor terpenting yang mempengaruhi Istiqamahnya seorang muslim dalam berdakwah dan menjaga semangat dakwah, kerana keyakinan terhadap keutamaan dakwah dapat menjadikannya merasa ringan menghadapi beban dan rintangan dakwah sekalipun berat.

Beberapa keutamaan dakwah yang dapat kita sebutkan dalam perbahasan ini adalah:

1. Dakwah adalah muhimmatur Rusul (Tugas Utama Para Rasul alaihimussalam)

Para Rasul alaihimussalam adalah orang yang diutus oleh Allah swt untuk melakukan tugas utama mereka yakni berdakwah kepada Allah.

Katakanlah (Hai Muhammad): “Inilah jalanku: aku dan orang-orang yang mengikutiku berdakwah (mengajak kamu) kepada Allah dengan hujah yang nyata. Maha Suci Allah, dan aku tiada termasuk orang-orang yang musyrik”. (Yusuf: 108).

Ayat di atas menjelaskan jalan Rasulullah saw dan para pengikut Baginda. Sesiapa yang mengaku menjadi pengikut Nabi SAW, ia harus terlibat dalam dakwah sesuai kemampuannya masing-masing.

Tentang Nabi Nuh as, Allah mengisahkan kesungguhannya yang tak kenal henti dan penat-lelah dalam menjalankan tugas berdakwah, siang dan malam:

Nuh berkata: “Ya Tuhanku sesungguhnya aku telah menyeru kaumku malam dan siang.” (Nuh (71): 5).

Tentang Nabi Ibrahim as, Allah mengisahkan dakwah yang dilakukan kepada ayah dan umatnya:

“69. dan bacakanlah kepada mereka kisah Ibrahim.

70. ketika ia berkata kepada bapa dan kaumnya: “Apakah yang kamu sembah?”

71. mereka menjawab: “Kami menyembah berhala-berhala dan kami sentiasa tekun menyembahnya”.

72. Ibrahim berkata: “Apakah berhala-berhala itu mendengar (doa)mu sewaktu kamu berdoa (kepadanya)?,

73. atau (dapatkah) mereka memberi manfaat kepadamu atau memberi mudarat?”

74. mereka menjawab: “(Bukan kerana itu) sebenarnya kami mendapati nenek moyang kami berbuat demikian”.

75. Ibrahim berkata: “Maka apakah kamu telah memperhatikan apa yang selalu kamu sembah,

76. kamu dan nenek moyang kamu yang dahulu?,

77. kerana sesungguhnya apa yang kamu sembah itu adalah musuhku, kecuali Tuhan semesta alam,

78. (iaitu Tuhan) yang telah menciptakan aku, maka Dialah yang menunjuk aku,

79. dan Tuhanku, yang Dia memberi makan dan minum kepadaku,

80. dan apabila aku sakit, Dialah yang menyembuhkan aku,

81. dan yang akan mematikan aku, kemudian akan menghidupkan aku (kembali),

82. dan yang amat kuinginkan akan mengampuni kesalahanku pada hari Kiamat”. (Asy-Syuara: 69-82).

Tentang Nabi Musa as, Allah swt mengisahkan dakwahnya dalam banyak ayat Al-Quran, di antaranya:

Dan sesungguhnya Kami telah mengutus Musa dengan membawa mukjizat- mukjizat Kami kepada Fir’aun dan pembesar-pembesar kaumnya. Maka Musa berkata: “Sesungguhnya aku adalah utusan dari Tuhan sekalian alam”. Maka tatkala dia datang kepada mereka dengan membawa mukjizat- mukjizat Kami dengan serta merta mereka mentertawakannya. (Az-Zukhruf: 46-47).

Tentang Nabi Isa as, Allah swt mengisahkan dakwahnya dalam firman-Nya:

Dan tatkala Isa datang membawa keterangan dia berkata: “Sesungguhnya aku datang kepadamu dengan membawa hikmah dan untuk menjelaskan kepadamu sebahagian dari apa yang kamu berselisih tentangnya, maka bertaqwalah kepada Allah dan taatlah (kepada) ku”. Sesungguhnya Allah Dialah Tuhanku dan Tuhan kamu maka sembahlah Dia. Ini adalah jalan yang lurus. (Az-Zukhruf: 63-64).

Pintu kenabian dan kerasulan memang sudah tertutup selama-lamanya, namun kita masih dapat mewarisi pekerjaan dan tugas mulia mereka, sehingga kita berharap semoga Allah swt berkenan memuliakan kita.

2. Dakwah adalah Ahsanul A’mal (Amal yang Terbaik)

Dakwah adalah amal yang terbaik, kerana dakwah memelihara amal Islami di dalam peribadi dan masyarakat. Membangun potensi dan memelihara amal saleh adalah amal dakwah, sehingga dakwah merupakan aktiviti dan amal yang mempunyai peranan penting di dalam menegakkan Islam. Tanpa dakwah ini maka amal saleh tidak akan berlangsung.

“Siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang berdakwah (menyeru) kepada Allah, mengerjakan amal yang saleh, dan berkata: “Sesungguhnya aku termasuk orang yang menyerah diri?” (Fushilat: 33).

Ibn Jarir At-Tabari rahimahullah mengatakan dalam tafsirnya: Allah swt menyeru manusia: “Wahai manusia, siapakah yang lebih baik perkataannya selain orang yang mengatakan Rabb kami adalah Allah, kemudian istiqamah dengan keimanan itu, berhenti pada perintah dan larangan-Nya, dan berdakwah (mengajak) hamba-hamba Allah untuk mengatakan apa yang ia katakan dan mengerjakan apa yang ia lakukan.” (Tafsir At-Tabari, Jami’ul Bayan Fi Ta’wil Al-Quran, 21/468).

Bagaimana tidak akan menjadi ucapan dan pekerjaan yang terbaik? Sedangkan dakwah adalah pekerjaan makhluk terbaik iaitu para Nabi dan Rasul alaihimussalam.

3. Dakwah memiliki keutamaan yang besar kerana para da’i akan memperoleh balasan yang besar dan berlipat ganda (al-husulu ‘ala al-ajri al-‘azim).

Sabda Rasulullah saw kepada Ali bin Abi Talib: “Demi Allah, sesungguhnya Allah swt menunjuki seseorang dengan (dakwah)mu maka itu lebih baik bagimu dari unta merah.” (Bukhari, Muslim & Ahmad).

Ibnu Hajar Al-‘Asqalani ketika menjelaskan hadis ini mengatakan bahawa: “Unta merah adalah kenderaan yang sangat dibanggakan oleh orang Arab di zaman itu.”

Hadis ini menunjukkan bahawa usaha seorang da’i menyampaikan hidayah kepada seseorang adalah sesuatu yang amat besar nilainya di sisi Allah swt, lebih besar dan lebih baik dari kebanggaan seseorang terhadap kendaraan mewah miliknya.

Dalam riwayat Al-Hakim disebutkan:

“Wahai Ali! Sesungguhnya Allah swt menunjuki seseorang dengan usaha kedua tanganmu, maka itu lebih baik bagimu dari tempat manapun yang matahari terbit di atasnya (lebih baik dari dunia dan isinya). (HR. Al-Hakim dalam Al-Mustadrak).

Rasulullah saw bersabda: “Sesungguhnya Allah swt memberi banyak kebaikan, para malaikat-Nya, penghuni langit dan bumi, sampai semut-semut di lubangnya dan ikan-ikan mendoakan orang yang mengajarkan kebaikan kepada orang lain.” (HR. Tirmidzi dari Abu Umamah Al-Bahili).

Berapakah jumlah malaikat, semut dan ikan yang ada di dunia ini? Bayangkan betapa besar kebaikan yang diperoleh oleh seorang da’i dengan doa mereka semua!

Imam Tirmidzi setelah menyebutkan hadis tersebut juga mengutip ucapan Fudhail bin ‘Iyadh yang mengatakan:

“Seorang yang berilmu, beramal dan mengajarkan (ilmunya) akan dipanggil sebagai orang besar (mulia) di kerajaan langit.”

Keagungan balasan bagi orang yang berdakwah tidak hanya pada besarnya balasan untuknya tetapi juga kerana terus menerusnya ganjaran itu mengalir kepadanya meskipun ia telah meninggal dunia.

Perhatikan sabda Rasulullah saw berikut ini:

“Sesiapa yang membuat satu contoh perbuatan baik dalam Islam, lalu perbuatan itu dicontohi orang lain, maka akan dicatat untuknya pahala seperti pahala orang yang menurutinya tanpa dikurangi sedikit pun pahala mereka yang mencontohinya. Dan sesiapa membuat satu contoh perbuatan buruk, lalu perbuatan itu dilakukan oleh orang lain, maka akan ditulis baginya dosa seperti dosa orang yang menirunya tanpa mengurangi dosa mereka yang menirunya. (HR. Muslim dari Jarir bin Abdillah ra).

4. Dakwah dapat menyelamatkan kita dari azab Allah swt (An-Najatu minal ‘Azab)

Dakwah yang dilakukan oleh seorang da’i akan membawa manfaat bagi dirinya sebelum manfaat itu dirasakan oleh orang lain yang menjadi sasaran dakwahnya (mad’u). Manfaat itu antara lain adalah terlepas tanggungjawabnya di hadapan Allah swt sehingga ia terhindar dari azab Allah.

Sebuah daerah yang bernama “Aylah” atau “Eliah” sebuah perkampungan Bani Israel. Penduduknya diperintahkan Allah menghormati hari Jumaat dan menjadikannya hari besar, namun mereka tidak bersedia dan lebih menyukai hari Sabtu. Sebagai hukumannya Allah swt melarang mereka mencari dan memakan ikan di hari Sabtu, dan Allah membuat ikan tidak muncul kecuali di hari Sabtu. Sekelompok orang kemudian melanggar larangan ini dan membuat perangkap ikan sehingga ikan di hari Sabtu masuk ke dalam perangkap lalu mereka mengambilnya di hari Ahad dan memakannya. Sementara orang yang tidak melanggar larangan Allah terbahagi menjadi dua kelompok iaitu mereka yang mencegah kemungkaran dan mereka yang diam sahaja.

Berlaku dialog antara orang yang diam sahaja dengan mereka yang berdakwah mengingatkan saudara-saudaranya yang melanggar larangan Allah. Dialog ini disebutkan dalam Al-Quran:

163. dan bertanyalah kepada mereka (Wahai Muhammad) mengenai (penduduk) bandar yang letaknya di tepi laut, semasa mereka melanggar larangan pada hari Sabtu, ketika datang kepada mereka pada hari Sabtu itu ikan (yang menjadi cubaan kepada) mereka, kelihatan timbul di muka air; sedang pada hari lain, ikan itu tidak pula datang kepada mereka. Demikianlah Kami menguji mereka (dengan cubaan itu) kerana mereka sentiasa berlaku fasik.

164. dan (ingatlah) ketika segolongan di antara mereka berkata: “Mengapa kamu menasihati kaum yang Allah akan membinasakan mereka atau mengazabkan mereka dengan azab yang amat berat?” Orang (yang memberi nasihat) itu menjawab: “(Nasihat itu ialah) untuk melepaskan diri dari bersalah kepada Tuhan kamu, dan supaya mereka bertaqwa”.

165. maka ketika mereka melupakan (tidak menghiraukan) apa yang telah diperingatkan kepada mereka, Kami selamatkan orang yang melarang dari perbuatan jahat itu, dan Kami timpakan orang yang zalim dengan azab seksa yang amat berat, disebabkan mereka berlaku fasik (derhaka). (al-A’raf:163-165)

Perhatikan jawaban orang yang berdakwah ketika ditanya mengapa mereka menasihati orang yang melanggar perintah Allah:

1. Kami berdakwah agar menjadi hujah & penyelamat kami di hadapan Allah swt.

2. Mudah-mudahan mereka bertaqwa.

Perhatikan pula bahawa yang secara pasti diselamatkan oleh Allah dari azabNya adalah orang yang melarang perbuatan maksiat.

Dakwah dan amar ma’ruf nahi munkar adalah kawalan sosial yang mesti dilakukan oleh orang beriman agar kehidupan ini selalu didominasi oleh kebaikan. Kebatilan yang mendominasi kehidupan akan menyebabkan turunnya teguran atau azab dari Allah swt.

Rasulullah saw bersabda:

‘Perumpamaan orang yang tegak di atas hukum-hukum Allah dengan orang yang melanggarnya seperti kaum yang berada di atas bahtera. Ada sebahagian yang mendapatkan tempat di atas, dan ada sebahagian yang mendapat tempat di bawah. Mereka yang berada di bawah jika ingin mengambil air mesti melalui orang yang berada di atas, lalu mereka berkata: “Jika kita membuat lubang di bahagian bawah tempat kita dan tidak mengganggu mereka..” Kalau mereka membiarkan keinginan orang yang mahu membuat lubang itu, mereka semua akan binasa, dan jika mereka menahan tangan mereka maka selamatlah semuanya. (HR. Bukhari).

Dari Huzaifah bin Yaman ra dari Nabi Muhammad SAW Baginda bersabda: “Demi Zat yang jiwaku berada di tanganNya, kamu harus melakukan amar ma’ruf dan nahi munkar, atau Allah akan menurunkan hukuman dariNya. Kemudian kamu berdoa kepadaNya dan Dia tidak mengabulkan doa kamu.” (HR Tirmidzi, beliau berkata: hadis ini hasan).

5. Dakwah adalah Jalan Menuju Khairu Ummah

Rasulullah saw berjaya mengubah masyarakat jahiliyah menjadi umat terbaik sepanjang zaman dengan dakwah Baginda. Dakwah secara umum dan pembinaan kader secara khusus adalah satu-satunya jalan menuju terbentuknya khairu ummah yang diidam-idamkan. Rasulullah saw melakukan tarbiyah mencetak kader-kader dakwah di kalangan para sahabat di rumah Arqam bin Abi al-Arqam ra. Baginda juga mengutus Mus’ab bin Umair ra ke Madinah untuk membentuk pengkalan dan asas bakal masyarakat terbaik di Madinah iaitu golongan Ansar.

Jalan yang ditempuh oleh Rasulullah saw ini adalah juga jalan yang harus kita tempuh untuk mengembalikan kembali kejayaan umat. Imam Malik bin Anas ra berkata:

‘Umat akhir zaman ini tidak menjadi baik melainkan dengan cara yang digunakan untuk memperbaiki generasi awalnya.’

Umat Islam harus memainkan peranan dakwah & amar ma’ruf nahi munkar dalam semua keadaannya, baik ketika memperjuangkan terbentuknya khairu ummah maupun ketika cita-cita khairu ummah itu telah wujud. Allah swt berfirman:

“Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang ma’ruf, dan mencegah dari yang munkar, dan beriman kepada Allah.” (Aali Imran: 110).

Kehiudpan Berasaskan Petunjuk Allah (Al-Hayah Ar-Rabbaniyyah)

Dengan semua keutamaan dakwah di atas, bererti seorang da’i dengan dakwahnya sedang menjalani hidupnya dengan kehidupan rabbaniyyah yakni kehidupan yang selalu berorientasi kepada Allah swt dan kehidupan yang selalu diisi dengan Al-Quran yang menjadi sumber kebaikan.

“ tidaklah patut bagi seseorang manusia yang Allah berikan kepadanya Kitab ugama dan hikmah serta pangkat Nabi, kemudian ia tergamak mengatakan kepada orang ramai: “Hendaklah kamu menjadi orang yang menyembahku dengan meninggalkan perbuatan menyembah Allah”. tetapi (sepatutnya ia berkata): “Hendaklah kamu menjadi orang Rabbaniyyin (yang hanya menyembah Allah Taala – dengan ilmu dan amal yang sempurna), kerana kamu sentiasa mengajarkan isi Kitab Allah itu, dan kerana kamu selalu mempelajarinya.” (Aal-Imran:79)

Rasulullah saw diperintahkan oleh Allah swt untuk mengajak umatnya agar menjadi orang yang Rabbani yakni mereka yang selalu belajar dan mengajarkan Al-Quran sehingga hidup mereka menjadi rabbani pula. Dakwah adalah aktiviti belajar dan mengajarkan Al-Quran baik dalam membaca, memahami, mengamalkan dan memperjuangkan tegaknya hukum-hukumnya, dan konsisten dalam melakukan itu semua.

Kehidupan rabbaniyyah adalah kehidupan seorang da’i yang selalu mengorientasikan semua aktivitinya kepada Allah swt Rabbnya, di mana kehidupan, kematian, ibadah semuanya dipersembahkan untuk Allah swt. Ibadah yang menjadi tujuan hidup semua manusia dilaksanakan untuk mengagungkan Allah swt seagung-agungnya dan untuk menyatakan kehinaan dan kelemahan kita di hadapanNya.

Dakwah adalah salah satu bentuk pengagungan kepada Allah yang paling utama, kerana di dalamnya seorang da’i meninggikan kalimahNya melalui lisannya, amalnya, dan ajakannya kepada orang lain. Di dalam dakwah seorang da’i bersabar menghadapi berbagai ujian berat semata-mata demi mengagungkan Allah swt. Semakin berat tentangan dan ujian dalam mengagungkan Allah swt, semakin besar dan mulia bentuk pengagungan itu di sisi Allah swt.

Katakanlah: “Sesungguhnya salatku, ibadatku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah, Rabb semesta alam.” (Al-An’am: 162).

Kehidupan yang Diberkati (Al-Hayah Al-Mubarakah)

Dengan berdakwah di jalan Allah swt seorang da’i telah menjadikan hidupnya penuh keberkatan. Yang dimaksud dengan keberkatan adalah kebaikan yang banyak dan melimpah di sisi Allah swt. Para Nabi alaihimussalam adalah orang yang paling diberkati dan kehidupannya adalah kehidupan penuh keberkatan. Perhatikan ucapan Nabi Isa as tentang dirinya:

“Dan Dia menjadikan aku seorang yang diberkati di mana saja aku berada, dan Dia memerintahkan kepadaku (mendirikan) salat dan (menunaikan) zakat selama aku hidup”. (Maryam: 31).

Penyebab utama kehidupan Nabi Isa dan para Nabi lainnya diberkati oleh Allah swt adalah pekerjaan mereka sebagai orang yang dipilih oleh Allah untuk mendakwahkan ajaranNya kepada manusia.

Keberkatan seseorang itu ada pada:

• pengajarannya terhadap segala macam kebajikan di mana pun ia berada, dan

• Nasihat yang ia berikan kepada semua orang yang berkumpul dengannya.

Ketika menceritakan tentang Nabi Isa – ‘alaihissalam – Allah swt berfirman:

“Dan Dia menjadikan aku seorang yang diberkati di mana saja aku berada”.

( Maryam: 31)

Nabi ‘Isa – ‘alaihissalam – menjadi manusia yang membawa berkat kerana ia:

  1. Menjadi guru kebajikan
  2. Juru dakwah yang menyeru manusia kepada Allah
  3. Mengingatkan manusia tentang Allah
  4. Mendorong dan memotivasi manusia untuk taat kepada Allah

Demikian dilihat keberkatan dalam hidup seseorang, di mana kehidupan yang berkat ditentukan oleh aktiviti memberi manfaat kepada orang lain melalui dakwah dan kebaikan yang disebarkan demi meninggikan kalimah Allah swt.

Rabu, 24 Mac 2010

12 Laptop Tercanggih Abad Ini

1. Lenovo ThinkPad W700ds adalah notebook pertama di dunia yang mempunyai 2 layar sekaligus yaitu layar pertama dengan ukuran 17 inch (1920×1200 pixels) dan layar kedua ukuran 10'6 inch (768×1280 pixels). Layar keduanya bahkan bisa diputar ke atas sampai 30° seperti layaknya sebuah kaca samping mobil. Seperti halnya bila menggunakan 2 monitor di PC, notebook ini juga menampilkan 2 tampilan berbeda dalam satu notebook.

Untuk spesifikasi lainnya adalah penggunaan prosesor Intel Core 2 Quad Extreme QX9300, RAM 4GB, Hardisk 320 GB (2x 160GB), Webcam camera 1,3 megapixels, Fingerprint reader, WiFi, Gigabit Ethernet, Firewire dan masih banyak lagi.

Sayangnya, untuk mendapatkan semuanya itu, anda harus rela untuk mengeluarkan tenaga lebih untuk membawanya karena notebook ini beratnya mencapai 5,5 kg atau 2 kali lebih berat dari notebook yang ada pada umumnya. Selain berat, ThinkPad W700ds ini juga lumayan mahal yaitu US$ 3.600 (sekitar Rp. 36 juta).
http://u.kaskus.us/2/8c7daqbj.jpg
http://u.kaskus.us/2/vd0kf71e.jpg

2. notebook ini merupakan saingan dari Lenovo ThinkPad W700ds. W700ds punya 2 layar tetapi yang satu berukuran 17 inch dan satu lagi 10,6 inch sehingga untuk bekerja secara horisontal (1 aplikasi dalam 2 layar), pastilah kurang nyaman.
Beda dengan gScreen G400 ini karena notebook ini mempunyai 2 buah layar dengan ukuran yang sama (identik) yaitu 15, 4 inch.
Selain "dual screen"-nya yang memukau, notebook ini juga menggunakan spesifikasi yang sangat baik yaitu
Intel Core 2 Duo 2.8 GHz T9600 atau P8400 2.26-GHz, RAM 4 – 8 GB, Hardisk 160GB – 500GB 7200-rpm, Kartu grafis NVIDIA® Quadro FX 2700M (512MB dedicated memori atau NVIDIA® GeForce® 9800M GT (512MB dedicated memory), USB 2.0 (x6), VGA, Display Port, RJ-45, Audio, Firewire 1394 Powered 6-pin, 6 and 9-cell battery available

Tidak usah ditanya mengenai beratnya, pasti cukup berat yaitu sekitar 3,4 kg.
gScreen G400 sudah dijual dengan melakukan pre-order di websitenya tetapi sayang belum ada informasi harga.
http://u.kaskus.us/2/uapcecaf.jpg

3. Felix Schmidberger mendesain sebuah laptop untuk tahun 2015 dengan layar sentuh OLED. Komputer itu sendiri memiliki OLED touchscreen, di mana Anda dapat langsung mengoperasikannya. Sangat mirip dengan UMPC atau PDA. Seluruh layar adalah slider, karena dapat dipindahkan ke depan untuk membuka touchscreen OLED kedua di bawah, di mana Anda dapat memiliki keyboard atau bekerja kontrol, mirip dengan setup dengan 2 monitor. Ini jadi juara karena keportable-annya yang lebih daripada yang lain.
http://u.kaskus.us/2/tsoxp5nh.jpg

4. NEC telah bekerja sama dengan Takara untuk menciptakan laptop yang disetujui ilmuwan gila-mesin, yang dimana semua token stiker, label, dan bahkan wallpaper yang membuat perangkat ini sangat mirip dengan yang terlihat di laboratorium film Duke Nukem. Notebooknya adalah G-type L LaVie laptop, layar 15.4-inch. Mengapit di samping adalah tombol yang sangat diperlukan yaitu”Tombol Darurat”, yang akan men-shutdown mesin saat penyusupan yang tak terduga. Diluncurkan pada 2006, dibuat hanya 300 unit dan sangat rahasia. Type-no1 dibuat dengan biaya hingga ¥ 174.510 ($ 1.476).
http://u.kaskus.us/2/bwxjo8or.jpg

5. Fujitsu’s DJ Laptop, seperti yang disebut, memiliki layar LCD 20-inch utama dengan mudah dilipat tertutup untuk mengaktifkan fungsi turntable, yang dapat diakses melalui layar sentuh yang sensitif di bagian luar. Laptop ini memungkinkan Anda menelusuri semua trek favorit Anda sama seperti pada vinylturntable.
http://u.kaskus.us/2/cmtisowe.jpg

6. Dual Touch Screen Laptop dari Canova ini adalah desain notebook yang sangat sangat kreatif. Fitur notebook ini adalah dual display dengan layar sentuh yang sensitif, buku gambar, musik skor, kertas grafik, pena elektronik dan perangkat keras khusus untuk kelancaran fungsi. Sayangnya, ini hanya dijual di Italia dan Australia.
http://u.kaskus.us/2/cvgecrsh.jpg

7. Beberapa gadis menginginkan perhatian ekstra tidak hanya dari laki laki tetapi juga dari gadget dan bahkan laptop yang terlihat keren, seperti konsep HP ini dibuat khusus untuk perempuan. Setiap salah satu dari desain oleh Nikita Buyanov memiliki set sendiri yang spesifik yang akan memanjakan khusus dan mengakui bahwa seorang gadis mempunyai banyak keinginan bergaya; mereka terlihat berkelas, gaya, trendi dan bahkan menyediakan produktivitas tambahan untuk kepribadian Anda. Sayangnya, ini belum benar-benar diproduksi. Tetapi jika cukup banyak akan menunjukkan minat, mungkin tahun depan akan HP menyediakan model feminin yang berbeda pandangan yang dibuat hanya untuk wanita.
http://u.kaskus.us/2/lwkq0wtg.jpg

8. Manis yang luar biasa dari laptop ini tidak hanya bahwa keyboard ‘terpecah’ untuk memberikan ruang lebih pengguna komputer untuk menyesuaikan tangan mereka, tetapi bahwa ia memiliki LCD kedua tersembunyi di bawahnya. Sebuah ide yang fantastis. Layar kedua bekerja dengan layar pertama – yang memberi pengguna fitur “drag and send” untuk membuka jendela atau program. dapat Bertindak secara independen sebagai input berbasis stylus untuk mencatat, membuat sketsa, dan hal-hal lain yang pengguna yaitu dapat lakukan untuk menulis ke dalam antarmuka. Hal ini membuat EDSSKN yang luar biasa tidak hanya bermanfaat bagi penulis dan pengolah kata, tapi seniman dan desainer juga gan.
http://u.kaskus.us/2/lfn4tzk6.jpg

9. Ketika IBM menyerahkan semua divisi laptop mereka ke Lenovo, banyak takut bahwa desain Thinkpad klasik akan kehilangan arah, tetapi dengan desain peningkatan ini sebagian besar orang akan terkesan oleh konsep laptop ini.
http://u.kaskus.us/2/ance2zjt.jpg

10. Mungkin terlihat seperti kotak musik dari zaman Victoria, tapi didalamnya sebenarnya adalah Hewlett-Packard ZT1000 yang diberi kerangka kayu ukir yang dapat mengoperasikan Windows XP dan Ubuntu Linux. Memberikan fitur yang rumit di bawah clockworks layar kaca, kuningan terukir aksen, cakar kaki, sebuah keyboard antik tembaga dan mouse, bantalan tangan, dan disesuaikan dengan network card. Mesin dapat menyala dengan menggunakan kunci antik dengan cara membangun sebuah custom-ratcheting. Terbuat dari bagian-bagian jam tua.
http://u.kaskus.us/2/d9kgvbcz.jpg
http://u.kaskus.us/2/epni3f8e.jpg

11. Orkin’s Rolltop yang pasti akan menjadi salah satu item dalam daftar ‘must-have’ dari pencinta gadget. Bahkan jika itu hanyalah sebuah konsep pada titik penerbitan. Mengapa kita katakan demikian? “Notebook” ini hadir dengan layar LED yang fleksibel yang juga menangani multitouch bagi mereka yang tergila-gila dengan iPhone. Ketika sepenuhnya dibuka, Notebook ini akan menjadi sebuah 17 ” flatscreen. Tetapi juga dapat dilipat menjadi 13″ tablet jika diperlukan. Tidak tahu apakah notebook ini akan didukung fitur nirkabel atau tidak.
http://u.kaskus.us/2/hmgox8ld.jpg

12. Luvaglio pencipta barang barang mewah yang berdomisili di UK telah menciptakan laptop pertama bernilai jutaan dolar. Rincian lengkap tentang spesifikasi laptop belum dirilis pada saat ini, tetapi diketahui bahwa ia memasukkan 17 “lebar layar LED yang dirancang khusus anti-glare coating reflektif untuk gambar yang jelas dan terang. 128GB Solid State Disk dan slot loading Blue-Ray drive. Ada sebuah perangkat pembersih layar yang terintegrasi dan berlian berwarna sangat langka yang juga berfungsi sebagai tombol power ketika ditempatkan ke dalam laptop, dan juga bertindak sebagai identifikasi keamanan.

http://u.kaskus.us/2/vuo70aaq.jpg

Template by:
Free Blog Templates