Selasa, 23 Mac 2010

Menutup Keaiban Orang Lain

Hadith riwayat Muslim.
Daripada Abu Hurairah r.a. berkata:
"Dan sesiapa yang menutup keaiban seorang muslim maka Allah ta'ala akan menutup keaibannya di dunia dan di akhirat. Dan Allah ta'ala akan sentiasa menolong seorang hamba selama ia menolong saudaranya.

Tidak ada orang yang tidak berdosa, dan tidak ada orang yang tidak melakukan kesilapan. Cuma bezanya, banyak atau sedikit, besar atau kecil, teruk atau tidak, kelihatan atau tidak kelihatan.
Bagi orang yang bijaksana, ia memandang pada dalam dirinya dan bertaubat dari dosa-dosanya dan membetul kesilapan-kesilapannya. Dia menutup keaiban orang lain, dia menjaga harga diri sendiri dan harga diri orang lain. Dengan cara itu dia telah mewujudkan suasana saling menghargai dan baik sangka pada orang lain.
Tetapi dalam keadaan tertentu, seperti menjadi saksi pada suatu pembicaraan, untuk membendung manusia supaya tidak terikut-ikut dengan kejahatan seseorang, atau mendedahkan keaiban orang yang memang dengan sengaja mendedahkan kesalahannya sendiri di hadapan orang ramai. Maka dengan ini ianya dibolehkan untuk keperluan yang disebutkan tadi sahaja, bukan untuk disiarkan di media-media untuk tuntunan umum.

Hadith ini saya ambil dari buku Akhlak Mulia, Empat Puluh Hadits, Khazanah Banjariah, Maahad Tarbiah Islamiah. Kalau nak baca huraiannya yang lebih panjang, belilah buku ni. Smile
http://www.icrawl.org/330597085-menutup-keaiban-orang-lain

0 ulasan:

Catat Ulasan

Template by:
Free Blog Templates