Oleh Mohd Faridh Omar 11 Februari 2010 – Malam Pengenalan dan Penghargaan Sukarelawan Muda ABIM (SUKMA) telah diadakan di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dengan jayanya. Majlis tersebut merupakan anjuran Biro Pembangunan Sosial (BPS) ABIM. Matlamat utama penganjuran majlis tersebut ialah memberi penerangan mengenai perancangan BPS dan menubuhkan skuad SUKMA. Keahlian SUKMA akan terdiri daripada kalangan generasi muda seperti mahasiswa, pelajar sekolah dan belia yang akan dilatih serta bergerak dalam program-program yang bersifat kemasyarakatan. Bersempena majlis itu juga turut diadakan penyerahan sijil penghargaan kepada sukarelawan Jalan-Jalan Cari Kawan (JJCK) yang terlibat pada Operasi Sambutan Tahun Baru (OSTB) di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor pada awal Januari lalu. Seramai 25 orang yang hadir bagi memeriahkan majlis tersebut. Menurut salah seorang ahli SUKMA, Izyan Fadhilah berpandangan bahawa SUKMA merupakan satu platform yang terbaik bagi golongan muda, terutama mahasiswa untuk turun padang berkhidmat kepada masyarakat menerusi program-program yang akan dianjurkan oleh BPS pada masa hadapan. Bagaimanapun, Siti Nur Hawa pula berpendapat, dengan menyertai SUKMA akan dapat meningkatkan lagi softskill disamping menuntut komitmen yang tinggi dan bersungguh-sungguh sekiranya ingin menjadi bakal graduan yang cemerlang. Majlis tersebut telah diadakan di Kuliah Kejuruteraan UIAM dan tamat pada jam 11:00 malam. Menurut Akmal Hisham Abdul Rahim (Ketua Biro Pembangunan Sosial), beliau berharap agar dengan adanya SUKMA ini, ia akan dapat menarik minat generasi muda untuk menjadi lebih prihatin dengan perubahan persekitaran masyarakat dan dapat meringankan beban mereka. |
Khamis, 25 Februari 2010
Malam Pengenalan dan Penghargaan Sukarelawan Muda ABIM (SUKMA)
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 ulasan:
Catat Ulasan