Khamis, 25 Februari 2010

Keluarga Encik Azmi Perlu Pembelaan Masyarakat


Skudai, 17 Februari- Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Negeri Johor, telah menyampaikan sumbangan kepada Encik Azmi Bin Ali serta keluarganya, yang hidup dalam keadaan serba kekurangan di Taman Teratai, Skudai Johor Darul Takzim. Beliau yang terpaksa menyara kehidupan anak-anaknya ramai dalam keadaan dirinya yang tidak mempunyai pendapatan tetap di samping tinggal dalam keadaan rumah yang sempit, telah menerima sumbangan daripada bantuan keperluan-keperluan asas, yang disampaikan sendiri oleh Yang Di Pertua ABIM Johor, Dr. Shahrum Shah.

Untuk meringankan bebanan yang ditanggung oleh beliau, ABIM Johor amat mengharapkan keprihatinan dari setiap lapisan masyarakat. Sebarang maklumat serta pertanyaan boleh diperolehi dengan menghubungi Sekretariat ABIM Johor di talian 07-2216355 ataupun emel ke genmalaysia@gmail.com This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it .

0 ulasan:

Catat Ulasan

Template by:
Free Blog Templates