Tetapi kata orang, jodoh dan pertemuan itu di tentukan oleh Tuhan. Bila jodoh sudah tiada maka bercerai tidak dapat dielakkan lagi. Orang kita selalunya boleh terima dengan lapang hati bahawa mereka berkahwin disebabkan adanya jodoh. Tetapi bila berlaku perceraian selalunya diakhiri dengan hati yang berbuku dan mereka sukar hendak menerima perceraian itu adalah kerana sudah tidak ada jodoh, mereka tidak dapat menerima kehendak Tuhan itu dengan hati yang rela.
Kadang-kadang pertengkaran dan salah faham antara suami dan isteri itu hanyalah sebagai penyebab kepada perceraian itu. Tetapi banyak juga kita lihat pasangan suami isteri yang boleh dikatakan bertengkar hari-hari tetapi tidak bercerai-cerai juga. Kadang-kadang ada pasangan bercerai kerana suami bermain kayu tiga tetapi ada juga suami yang bermain sampai kayu empat pun tidak bercerai juga. Itulah jodoh, Tuhanlah yang menentukannya kita hanyalah merancang. Tetapi oleh kerana kita tidak faham akan konsep jodoh ini, ramai di antara pasangan bercerai ini bermusuhan seumur hidup di antara satu sama lain dan penyebab berlakunya perceraian itu sentiasa saja menghantui kehidupan mereka.
Sebenarnya kehidupan selepas bercerai ini juga patut diberi perhatian sama seperti kita memberi perhatian kepada pasangan yang hendak berkahwin. Kegagalan dan ketidakfahaman menempuh kehidupan selepas bercerai akan juga memberi kesan kepada pasangan yang bercerai ini dan tambah teruk lagi kepada anak-anak mangsa perceraian. Dengan itu wajarlah kursus selepas bercerai juga patut diadakan oleh jabatan-jabatan agama untuk memberi panduan kepada pasangan-pasangan yang becerai bagi meneruskan kehidupan mereka dengan cara yang betul.
Sering ibu atau bapa yang mendapat hak menjaga anak mangsa perceraian ini akan menghasut anak-anak ini supaya membenci bapa atau ibu mereka. Sebagai contoh jika pihak ibu yang memelihara anak-anak ini maka mereka akan dihasut supaya membenci bapa mereka. Dendam dan benci kepada pasangannya akan dikongsi dan diturunkan kepada anak-anak mereka. Perbuatan yang difikirkan akan menguntungkannya itu sebenarnya hanya akan memberikan kesan buruk kepada jiwa anak-anak tanpa mereka menyedarinya. Jiwa kanak-kanak mangsa perceraian ini dikatakan sering mengalami tekanan dan kekeliruan. Mana tidaknya, di sekolah mereka diajar oleh guru atau ustaz supaya mengasihi dan menghormati bapa atau ibu mereka tetapi semasa di rumah mereka disuruh membenci bapa atau ibu mereka. Kanak-kanak yang masih kecil tentu tidak dapat menerima kenapa ibu dan bapa mereka tinggal berasingan di mana pada kebiasaannya ibu dan bapa patut tinggal bersama.

Konflik jiwa yang dialami oleh kanak-kanak mangsa penceraian dan dari keluarga yang bermasalah jika tidak ditangani dengan cara yang baik akan mudah mendorong mereka terlibat dengan gejala-gejala sosial yang tidak sihat. Tidak hairanlah kalau sebahagian besar dari remaja-remaja yang bermasalah hari ini adalah datang dari keluarga yang bermasalah juga seperti perceraian.
Kadang-kadang anak yang kematian ibu atau bapa dapat menjalani kehidupan yang lebih berjaya jika dibandingkan dengan anak-anak mangsa perceraian. Sepatutnya anak-anak yang ibu bapa mereka bercerailah lebih berjaya dari anak-anak yatim kerana anak yatim bukan sahaja kehilangan ibu atau bapa tetapi juga kadang-kadang turut kehilangan sumber pendapatan untuk menyara kehidupan mereka. Nasib anak-anak yang ibubapa mereka bercerai
mungkinlah tidak sebaik anak-anak biasa tetapi sepatutnya tidaklah lebih teruk dari nasib anak-anak yatim kerana mereka masih ada ibu atau bapa walaupun tidak tinggal bersama.
Ibu bapa yang mengalami perceraian hendaklah sedaya upaya berusaha membantu mengurangkan tekanan-tekanan perasaan yang mungkin dihadapi oleh anak-anak mereka dalam menempuh kehidupan selepas perceraian itu. Mungkin mana-mana ibu bapa yang bercerai tidak dapat menghapuskan sama sekali tekanan dan konflik yang mungkin dihadapi oleh-oleh anak-anak mereka, tetapi sebenarnya mereka boleh mengurangkan kesan itu dengan cara tidak mengambil tindakan-tindakan yang boleh memburukkan lagi keadaan.

Sekalipun sebab-sebab berlakunya perceraian itu sungguh memeritkan dan menyakitkan hati pasangan yang mengalaminya tetapi ia tidaklah sepatutnya dijadikan dendam dan membenci pasangannya untuk selama-lamanya. Sudah menjadi lumrah perceraian sering diikuti dengan penyelesaian tuntutan hak di makamah. Memanglah makamah patut ada dalam sesebuah negara tetapi makamah bukanlah merupakan penyelesaian terbaik untuk semua masalah.
Tentu anda dapat bayangkan keadaan tahap keharmonian dalam sebuah rumahtangga itu jika isterinya hadir ke makamah kerana suaminya tidak mahu membelikannya sebuah mesin basuh untuk membasuh pakainan mereka. Walaupun isteri ini tidak salah membawa kes ini ke makamah untuk menuntut haknya tetapi adakah itu cara penyelesaian yang terbaik dalam kehidupan berumahtangga.
Hak sepatutnya bukanlah untuk dituntut tetapi adalah untuk ditunaikan. Di dalam Islam sendiri telah diajarkan setiap hak dan tanggungjawab wajib ditunaikan. Siapa yang tidak menunaikan hak dan tanggungjawabnya pasti berdosa dan akan mendapat balasan di akhirat nanti. Pejabat agama dan makamah syariah sepatutnya tidak kita jadikan tempat kita menuntut hak yang perlu kita dapat dari pasangan kita bila bercerai. Tetapi sepatutnya pejabat agama itu hendaklah kita jadikan ia sebagai tempat rujukan dan nasihat tentang hak-hak dan tanggungjawab yang harus kita berikan kepada pasangan dan anak-anak kita selepas bercerai.
Tidak usahlah kita bimbang kalau selepas bercerai pasangan kita tidak menunaikan hak dan tanggungjawabnya dengan sempurna kerana di sisi Tuhan mereka itu akan tetap mendapat balasan malah kadang-kadang di dunia pun Tuhan sudah tunjukkan balasannya. Oleh itu jangan kita terlalu ghairah untuk membawa kes menuntut hak selepas perceraian di makamah hanya disebabkan rasa benci dan dendam. Selepas bercerai sepatutnya tumpuan lebih penting diberikan kepada nasib dan masa depan anak-anak supaya mereka dapat meneruskan hidup dengan lebih baik dan berjaya. Tidak wajar kita menghasut atau mendidik anak-anak untuk membenci ibu atau bapa
mereka bila kita sudah bercerai.
Perlu diingat, menunaikan hak dan tanggungjawab itu adalah satu sifat yang terpuji yang membawa berkat kepada kehidupan kita, manakala perbuatan menuntut hak adalah perbuatan yang tidak digalakkan sekalipun ia dibolehkan. Lihatlah budaya kerja di barat, kesatuan sekerja mereka sentiasa saja menuntut hak yang patut dipenuhi oleh majikan mereka manakala pihak majikan pula sentiasa cuba mengelak dari bertanggungjawab kepada pekerja-pekerja mereka demi untuk mengaut keuntungan yang besar.

Tuntutan hak yang tidak berkesudahan ini menyebabkan hubungan pekerja dengan majikan sentiasa berada pada tahap yang buruk dan akhirnya syarikat menjadi tidak produktif dan tidak mampu untuk bersaing. Bila berlaku keadaan demikian yang rugi ialah kedua-dua pihak iaitu pekerja dan majikan juga. Berbanding budaya kerja di Jepun, pihak majikan sentiasa menunaikan hak dan tanggungjawab mereka kepada pekerja, manakala pekerja pula sentiasa bersungguh-sungguh menunaikan amanah dan tanggungjawab mereka kepada syarikat. Sikap seperti inilah yang telah membawa syarikat-syarikat gergasi Jepun boleh maju dan bersaing diperingkat antarabangsa.
Saya percaya jika ibu bapa yang mengalami perceraian ini dapat diberi bimbingan cara yang betul untuk menjalani kehidupan selepas bercerai, insyallah perceraian tidaklah lagi dianggap sebagai satu mala petaka yang digeruni menimpa diri sesorang seperti tanggapan masyarakat kita hari ini. Dan yang lebih penting lagi anak-anak mangsa dari perceraian ibubapa ini dapat menjalani kehidupan yang baik seperti kanak-kanak lain.
0 ulasan:
Catat Ulasan