Sabtu, 13/02/2010 – Ahli Parlimen Palestin, Jamal Al-Khudari selaku ketua Jawatankuasa Rakyat Membantah Pengepungan Khamis lalu memberi amaran rancangan Israel untuk mengaktifkan pengepungan di Semenanjung Gaza sebagai fakta yang disembunyikan daripada pengetahuan masyarakat antarabangsa.

Meskipun Khudari menyalahkan penceroboh Israel terhadap pengepungan zalim di Gaza, ahli parlimen itu menunding masyarakat antarabangsa kerana tidak bertanggung jawab selain berdiam diri tanpa sebarang penjelasan sejak pengepungan itu dikuatkuasakan hampir empat tahun lepas.

Dalam satu kenyataan, Khudari menyeru negara Arab dan umat Islam agar menggunakan saluran politik, diplomatik, kewangan, dan hubungan antarabangsa selain kekuatan-kekuatan lain bagi menamatkan kepungan terhadap Gaza.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : hijjaz_79