Khamis , 25/02/2010 - Pegawai Senior Hamas, Mushir Al-Masri pada Rabu lalu akan mengurangkan kepentingan menyiarkan berita yang diterbitkan oleh saluran-saluran media Israel dan beberapa akhbar Palestin dan Arab yang setia kepada Israel, sambil menegaskan kempen yang mencemarkan nama baik mereka tidak pernah mempengaruhi masa depan cerah pergerakannya.

Dalam satu kenyataan akhbar, Masri meminta media Palestin dan Arab agar menyiarkan dengan tepat berita yang dilaporkan oleh media dan akhbar yang bias kepada Israel.

Beliau menggariskan yang ia bukan kali pertama media pro-Zionis memalsukan berita sebagai usaha untuk melemahkan penentangan dan mempengaruhi semangat dan ketabahan penduduk Palestin.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : hijjaz