Kementerian Pelajaran telah mengumumkan 20 Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT),
membabitkan 10 sekolah berasrama penuh, empat sekolah menengah harian dan enam sekolah rendah seluruh negara.
SBT ditakrifkan sebagai sekolah yang mempunyai etos, watak, identiti yang tersendiri dan unik serta menyerlah dalam semua aspek pendidikan. Sekolah ini mempunyai tradisi budaya kerja yang sangat tinggi dan cemerlang dengan modal insan nasional yang berkembang secara holistik dan berterusan serta mampu berdaya saing di persada antarabangsa.
Sasaran utama Kementerian Pelajaran adalah untuk meletakkan semua SBT sebagai penanda aras dalam soal kecemerlangan pendidikan, supaya menjadi contoh dan teladan kepada semua sekolah di negara ini.
Senarai Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) yang terpilih bagi 2010 adalah;
Sekolah berasrama penuh:
- Sekolah Tun Fatimah (STF), Johor Bahru
- Sekolah Datuk Abdul Razak (SDAR), Seremban
- Kolej Melayu Kuala Kangsar (KMKK), Perak
- Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya
- Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim, Kedah
- Kolej Tunku Kurshiah (TKC), Seremban
- Kolej Islam Sultan Alam Shah, Klang
- Sekolah Menengah Sains Tuanku Syed Putra, Perlis
- Sekolah Sultan Alam Shah, Putrajaya
- Sekolah Menengah Sains Muzaffar Syah , Melaka
Sekolah menengah harian:
- Sekolah Menengah Kebangsaan Perempuan Sri Aman, Petaling Jaya
- Sekolah Menengah Kebangsaan Aminuddin Baki, Kuala Lumpur
- Sekolah Menengah Kebangsaan Sultanah Asma, Kedah
- Sekolah Menengah Kebangsaan (P) St George, Pulau Pinang
Sekolah rendah:
- Sekolah Kebangsaan Seri Bintang utara, Kuala Lumpur
- Sekolah Kebangsaan Zainab (2) Kota Bharu, Kelantan
- Sekolah Kebangsaan Taman Tun Dr Ismail 1, Kuala Lumpur
- Sekolah Convent Kota Taiping, Perak
- Sekolah Kebangsaan Bukit Damansara, Kuala Lumpur
- Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Uda 2, Johor Bahru
0 ulasan:
Catat Ulasan