Pada 24hb 10 2009, ABIM Kota Tinggi telah mengadakan usrah sambil rehlah. Aktiviti ini menarik kerana diadakan di Kampung Tanjung Buai . Pengarah Program Ustaz Zaki telah mengetuai aktiviti ini.Usrah ini disertai oleh YDP ABIM Kota Tinggi Ustaz Zaidi , En Nizarudin , Ustaz Zaki , Ustaz Hawari , Cikgu Khalid ( NYDP WADAH Kota Tinggi )dan seorang anak murid Ustaz Zaki .Pada pukul 6.00 petang semua ahli telah berkumpul di Masjid Tanjung Buai . Selepas solat Isyak , Ekspedisi telah bergerak ke Kelong Tanjung Buai yang dimiliki oleh Encik Rasul . Setelah sampai di Kelong , Majlis dimulakan dengan ucapan tahniah oleh YDP kepada Ustaz Zaki kerana berjaya menganjurkan program ini.
Setelah taklimat ringkas oleh Ustaz Zaki , aktiviti GP Joran telah dimulakan . Pelbagai hidangan makanan disediakan oleh Ustaz Hawari yang merangkap tukang masak .Antara masakannya adalah maggi , nasi , udang `umpan `( sedap sekali ) kerana campuran perencah mee maggi. Ustaz Hawari begitu komited dengan masakannya sehinggakan kami lebih banyak makan daripada memancing. ( kenyang beb ). Kami juga dapat mempelajari ilmu bintang yang menunjukkan ke arah kiblat dengan berdasarkan bintang yang terdapat dilangit . Pukul 2 pagi semuanya ke kamar tidur dan terdengarlah pelbagai `alunan muzik ` yang begitu sedap didengar tapi tak perlu direkod .
Sehingga jam 1.00 pagi kami hanya dapat seekor ikan . ALhamdulillah . Qiamulail dan solat subuh berjemaah serta tazkirah diadakan juga. Selepas tazkirah oleh Ustaz Hawari , kami dipertemukan dengan Senaman Tua oleh Ustaz Zaki . Ustaz Hawari dan YDP sibuk kembali ke dapur untuk masakan pagi . Antaranya adalah Roti canai , nasi `semalam` dengan udang umpan , kopi dan sedikit kuih . Sedap dan menyelerakan .Kami bertolak pulang jam 9.00 pagi . Insya-Allah kami akan kembali untuk membuat Hari Keluarga ABIM Kota Tinggi dengan aktiviti yang lebih menarik . Terima Kasih .
0 ulasan:
Catat Ulasan