Selasa, 27 Oktober 2009

500 dipertonton cara sebatan pesalah syariah



AZLAN menunjukkan cara sebatan yang betul pesalah wanita jenayah syariah di Kuantan, semalam.


KUANTAN: Lebih 500 orang berpeluang melihat demonstrasi sebatan syariah ke atas pesalah wanita yang menjadi perdebatan hangat di kalangan pengamal undang-undang dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di negara. Demonstrasi sebatan syariah itu diadakan pada Seminar Mengenai Undang-undang Syariah yang dianjurkan gabungan 14 NGO Islam Pahang di Dewan Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip) di sini, petang semalam. Demonstrasi sebatan itu dilakukan oleh seorang kakitangan Jabatan Mufti Negeri, Azlan Abdul Rahman turut disaksikan Pengerusi Jawatankuasa Dakwah Islamiah, Datuk Mohd Sahfri Ab Aziz serta Timbalan Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (Maip), Datuk Wan Abdul Wahid Wan Hassan.
Dalam demonstrasi itu, beliau menggunakan rotan 1.22 meter dan setebal 1.25 sentimeter ke atas patung lengkap bertudung menggambarkan seorang wanita. Hukuman sebatan syariah menjadi perbualan hangat di seluruh negara termasuk liputan media asing selepas seorang wanita, Kartika Dewi Shukarno, 32, dijatuhi hukuman itu oleh Mahkamah Tinggi Syariah di sini pada 20 Julai lalu kerana kesalahan meminum arak di sebuah pusat hiburan di Cherating. Mengikut peruntukan dalam Enakmen Tatacara Jenayah Syariah (Negeri Pahang) 2002 Seksyen 125, Hukuman Sebat antara lain menyebut orang itu hendaklah menggunakan alat sebatan dengan kekuatan sederhana tanpa mengangkat tangannya melebihi kepalanya supaya tidak melukakan kulit pesalah.
Selepas satu sebatan, alat sebatan perlu angkat ke atas dan tidak menariknya. Sebatan juga boleh dikenakan ke seluruh tubuh kecuali muka, kepala, perut, dada atau bahagian sulit.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Template by:
Free Blog Templates