Selasa, 27 Oktober 2009

ROKOK DAN COKLAT




Pada suatu hari, seorang bapa, ibu dan anak kembar mereka(lelaki dan perempuan) membeli-belah di sebuah pusat membeli-belah yang terkenal. Pasangan kembar itu merupakan anak yang petah bercakap. Masing-masing berumur 7 tahun. Sewaktu melintasi bahagian 'Manisan', si anak perempuan yang sememangnya menggemari coklat terus berlari-lari anak dan memilih coklat koko yang digemarinya..."Abah, adik nak coklat ni boleh tak?? Dah lama adik minta kat abah, tapi abah tak belikan pun...boleh yea abah??", pinta si anak perempuan itu bersungguh-sungguh.Si bapa hanya menggeleng-gelengkan kepala menandakan tidak mahu membelikan coklat itu buat anak perempuannya."Tapi...dah lama adik nak coklat ni.." rayu si anak perempuan.
"Kalau abah kata tak boleh tu, tak bolehlah. Adik suka sangat makan coklat, tak berhenti-henti! Membazir! Gigi boleh rosak tau! Nanti kalau gigi adik rosak, tak ada sesiapa pun yang nak berkawan dengan adik. Adik nak macam tu?" Ujar si bapa.Si anak perempuan tidak mahu mengalah. "Bolehlah abah. Adik janji, ni last time adik makan coklat! Abah belikan ya??"Si anak lelaki juga turut menyokong kata-kata adik perempuannya itu. Maklumlah, walaupun mereka berlainan jantina, tetapi sebagai pasangan kembar, mereka kadang-kala mempunyai keinginan yang sama.Si bapa tetap menyatakan tidak setuju. Si anak perempuan itu merayu pula kepada ibunya. Si ibu mengusap-usap kepala si anak perempuan sambil tersenyum, kemudian berkata, "Tak boleh, anakku."Si anak perempuan akhirnya berputus asa. Walau bagaimanapun, si anak perempuan tetap merasa kecewa kerana keinginannya tidak ditunaikan.Mereka sekeluarga telah membeli-belah selama beberapa jam lagi. Si kembar mula merasa bosan. "Jom balik abah, mama..", kata pasangan kembar tersebut serentak.Setibanya mereka ke rumah, si bapa terus baring di atas kusyen sambil menyalakan sepuntung rokok. Belum sempat si bapa menyalakan puntung rokok itu, si anak perempuan merabut rokok itu dari bapanya, lantas di buangnya rokok itu ke luar jendela. Si bapa sangat terkejut akan perangai anak perempuannya itu. Si bapa terus memarahi si anak perempuan."Mengapa adik buang rokok abah?! Adik tahu tak ia mahal?! Mana adik belajar buat perangai macam nih?? Sejak dari kita pergi shopping tadi adik dah buat perangai! Nak coklat, nak itu, nak ini! Sekarang adik buang rokok abah pula!" Tengking si bapa tanpa usul periksa."A..adik cu..cu..ma nak ta..nya pa...pada a..bah, kena...pa abah tak nak be..beli....kan adik cok..lat..?" Tanya si anak perempuan menggigil-gigil ketakutan."Yaa Tuhan! Bukankah abah dah cakap, makan coklat banyak-banyak tu nanti sakit gigi! Jadi, apa kena-mengenanya dengan rokok abah?! Cakap!""Kalau adik makan coklat boleh dapat sakit gigi, abah hisap rokok boleh dapat kanser paru-paru... Lagi teruk kesannya kan? Abah tak bagi adik beli coklat sebab abah kata membazir, tapi abah beli rokok mahal-mahal..." Kata si anak perempuan tanpa berselindung. Si bapa dan si ibu terkejut mendengar kata-kata si anak."Tapi anakku sayang, sayang tak patut buang rokok abah macam tu. Kalau sayang nak cakap dengan abah, sayang perlu cakap baik-baik. Lepas tu..." Belum sempat si ibu menoktahkan kata-katanya..."Sekarang adik dah membazir pun! Adik dah buang rokok mahal abah tuu!" Jerkah si bapa yang tidak berpuas hati.
Si anak perempuan tertunduk. Jelas kelihatan manik-manik jernih tumpah dari matanya. "Biarlah abah kata adik membazir kerana rokok tuu. Rokok membahayakan kesihatan bukan? Itu bermakna ALLAH tak suka orang yang merokok. Merokok ibarat meracuni diri sendiri. Abah nak ke dapat kanser paru-paru?" tutur kata si anak perempuan itu ibarat seorang dewasa, padahal dia baru berusia 7 tahun. "Abah tak suka adik makan coklat, adik lagi tak suka abah hisap rokok. Makan coklat saja 2 kali seminggu tak mati, tapi abah hisap rokok 2 kotak sehari..." Sambung si anak.Si bapa terpana mendengar hujah anak sendiri. Si bapa mendakap satu-satunya anak perempuannya itu. Si anak lelaki yang sejak tadi mengintai di balik pintu terus mendakap bapa dan adik perempuannya, diikuti si ibu."Abah janji pada adik, abah tak nak hisap rokok lagi..."

0 ulasan:

Catat Ulasan

Template by:
Free Blog Templates