Gambar di atas telah memenangi hadiah Pulitzer (Hadiah untuk gambar terbaik dunia bagi dunia kewartawanan) pada tahun 1994 dan dirakam oleh Kevin Carter. Gambar menunjukkan seorang kanak-kanak perempuan berbangsa Sudan sedang mencari makanan kerana Sudan ketika itu sedang dilanda kebuluran yang sangat teruk. Di belakangnya terdapat seekor burung hering sedang menunggu untuk meratah budak perempuan tersebut sekiranya dia mati.
Walaubagaimana pun tidak dapat dipastikan nasib budak tersebut selepas gambarnya dirakam.Kevin Carter merupakan seorang wartawan Afrika Selatan. Apa yang menyayat hati ialah beliau telah membunuh diri 2 bulan selepas dianugerahkan hadiah Pulitzer tersebut. Mengikut Judith Matloff, rakan lama beliau, kevin sering dilihat dibawah pokok sambil menghisap rokok bersambung-sambung dan sering menangis selepas beliau memenangi anugerah gambar tersebut.Dalam notanya Kevin mencatatkan yang beliau tidak dapat melupakan peristiwa yang sentiasa menghantuinya.
Pembunuhan, kemarahan, kesakitan, kelaparan, kanak-kanak yang cedera dan tembakan membabi buta semasa berada di sana.Itulah secebis kisah daripada peristiwa-peristiwa yang menyayat hati yang berlaku pada setiap detik di seluruh dunia. Maka jika anda merasakan andalah orang yang paling susah di dunia ini sebenarnya masih ramai lagi yang jauh lebih susah dari anda. Justeru itu belajarlah menghadapi kesusahan yang anda hadapi sekarang kerana kesusahan yang ada di dunia hari ini sebenarnya berjuta kali lebih baik dari kesusahan yang bakal ditempuhi di akhirat nanti....
0 ulasan:
Catat Ulasan