Selasa, 6 Oktober 2009

LUASNYA ALAM INI






Ingin tahu betapa luasnya alam ini marilah kita lihat galaksi yang kita tinggal sekarang iaitu Bima Sakti (Gambar atas)?. Garis pusatnya ialah 100,000 tahun cahaya dan tebalnya 1,000 tahun cahaya. Galaksi Bima Sakti sahaja dianggarkan mempunyai 200 billion bintang. Matahari adalah merupakan salah satu bintang.Berapa banyak galaksi yang ada?


Mengikut anggaran ahli astronomi terdapat berbillion galaksi. Setiap galaksi mempunyai kumpulan bintangnya sendiri.Bagaimana ukuran tahun cahaya?


Begini...


1,000 picometres = 1 nanometre


1,000 nanometres = 1 micrometre


1,000 micrometres = 1 mm


10 mm = 1 cm


100 cm = 1 m


1,000 m = 1 km


9,460,000 juta km = 1 tahun cahaya


*Kelajuan cahaya ialah 299,792,458 meter per saat


Sekarang bayangkan galaksi yang dapat dilihat dengan teleskop hubble ada yang mencapai jutaan tahun cahaya untuk kita melihatnya... subhanallah...

0 ulasan:

Catat Ulasan

Template by:
Free Blog Templates