Isnin, 18 Januari 2010

aktiviti usrah rumah cikgu Zawawi pada 17hb Januari 2009

Assalamualaikum WBT , Terlebih dahulu marilah kita versyukur kehadhirat Allah SWT kerana dengan izinnya kita dapat hidup dengan sihat dan walafiat. Usrah di rumah cikgu Zawawi pada semalam sangat bermakna. Ini kerana sebelum usrah dijalankan saya bersama Ustaz Zaidi melawat ustaz Rasyid yang berada di dalam keadaan kurang sihat . Dengan pergerakan yang agak terbatas dan ditambah pula isterinya turut sakit sedikit sebanyak menyentuh hati saya mengenai ketabahan mereka berdua di dalam menghadapi ujian ini.
Saya bersyukur ke hadhirat Allah SWT kerana masih lagi diberi kenikmatan kesihatan yang baik . Usrah dimulakan di rumah ustaz zawawi dengan bacaan al-mathurat . Kemudian diselangi dengan bacaan tafsir al-quran. Topik yang dibincangkan pada malam tersebut adalah kalimah Allah. Dengan Penjelasan Tn Hj Baharum Sebagai Bendahari WADAH , MAKA jelaslah bahawa kalimah ini harus dipertahankan oleh umat ISLAM. Sekalung tahniah kepada ustaz zaki yang sentiasa membawa ahli baru masuk ke dalam ABIM Kota Tinggi. Bertemu lagi , pada usrah pada akan datang pada 24hb Januari 2010. Salam perjuangan.

Jumaat, 15 Januari 2010

KOLEKSI MUTIARA KATA

Orang yang bercita-cita dan berazam besar, selalu bertemu halangandan rintangan yang besar. Kebesaran halangan dan rintangan ituadalah ukuran kecil besar sesuatu cita-cita. - HAMKA

Selain daripada kerelaan untuk berkorban, kekuatan sesuatu bangsajuga bergantung kepada kerelaan dan kecekapan untuk bekerja. - SOEKARNO

Kehilangan milik tidak begitu penting, kehilangan kehormatan adalahlebih parah tetapi yang paling malang ialah apabila seseorang kehilangankeberanian. - GOETH

Senyuman adalah ibarat perhiasan batin, yang membantu mengindahkan perhiasanlahir yang kurang cantik.Dengan senyuman kemana pun kita pergi, bersinarlah disana cahayakegembiraan. Dengan senyum tiada urusan yang berat dalam dunia ini, semuanyadapat diatasi. - HAMKA

Kesalahan menggunakan wang masih boleh diperbaiki; tetapi salah dalam mempergunakan waktu, akan hilang selama-lamanya. - TRIMANTO

Kata-kata dari seorang sahabat yang setia dan jujur, lebih berharga daripadaharta benda yang diwarisi daripada nenek moyang. - SAYIDINA ALI ABI TALIB

Pergaulan mempengaruhi didikan otak. Pergaulan membentuk kepercayaan dankeyakinan. Oleh itu, untuk kebersihan jiwa, hendaklah bergaul dengan orang-orang yang berbudi, orang yang dapat kita kutip manfaat daripadanya. - HAMKA

Mempunyai wang itu memang baik, tapi lebih baik lagi mempunyai sesuatuyang tidak dapat dibeli dengan wang. - BUDIMAN

Tidak ada satu pun sifat yang diberikan Tuhan kepada kita yang tidakberguna. - HAMKAKekayaan yang hilang boleh dikejar kembali dengan usaha dan kerjabersungguh-sungguh. Kesihatan yang hilang boleh dikembalikan denganubat-ubatan, tetapi waktu yang hilang, sekali hilang akan terushilang. - MARDEN O.S.

Sesiapa yang tidak sabar dengan satu perkataan, nescaya dia akanmendengar beberapa perkataan lagi. - SAIYIDINA ALI ABI TALIB

Orang yang mempunyai seribu orang kawan, tidak seorangpun yang akanditemuinya. Tetapi orang yang mempunyai seorang musuh akan menemuinyadimana-mana. - RALPH WALDO EMERSON

Perbezaan antara orang yang berjaya dengan orang yang gagal terletakpada rohaninya. Apa yang dapat difikirkan menentukan apa yangdicapai. - HAMKA

Carilah seribu sahabat dalam pergaulan kerana seribu sahabat belumlahbanyak. Jauhi seorang musuh kerana musuh yang seorang itu sudahlebih daripada banyak. - LUKMANUL HAKIM

Sesungguhnya setiap kegagalan mengandungi benih-benih kenikmatan yangakan datang. Sebenarnya setiap kegagalan itu hanya berlaku untuksementara saja. - HAMKA

Hanya mereka yang mendapat didikan agama dan peradaban yang tertibketika kanak-kanak dapat diharap berdiri tegak sewaktu menghadapipancaroba. - W.E. VAN WIJK

Selain daripada kerelaan untuk berkorban, kekuatan sesuatu bangsa itubergantung kepada kerelaan dan kecekapan serta kesediaan untukbekerja. - SOEKARNO

Perkataan yang benar itu tetaplah benar sekalipun diucapkan olehorang kaya atau miskin kerana mutiara yang berharga tetap tidakjatuh harganya walaupun penyelamnya orang yang hina. - IBNU MAAFA'

Tinggalkan barang yang menimbulkan keraguan engkau dan ambil yangtidak meragukan. Sesungguhnya kejujuran, membuat hati tenteramdan dusta membuat hati ragu-ragu. - MAKSUD HADIS

Sebesar-besar atau seberat-berat urusan, jangan dihadapi dengan mukaberkerut, kerut muka itu dengan sendirinya menambahkan lagi kerutpekerjaan itu. - HAMKA

Orang berani tidak membabi buta melompat masuk ke dalam jurang, melainkanmasuk perlahan-lahan dan dengan mata yang terbuka setelah mengukurdalamnya. - STAHL. P.J

.Naga makan segala apa yang melintasi dihadapannya, tetapi insan yangbijaksana dapat menyisihkan yang bermanafaat dengan yangbermudarat. - F.D. ROOSEVELT

Seorang guru mengajar dengan apa yang dia tahu, apa yang dicakapkandan apa yang dilakukan. - MARK TWAIN

Pendidikan yang baik saja belum pasti menjamin watak yang baik. - FONTTENEILE
Jangan mengira bahawa orang yang ketawa betul-betul riang gembira dalamhatinya. Kegembiraan sejati adalah suatu hal yang serius. - SENECA

Ada dua hal utama yang ingin dicapai dalam hidup - satu mendapatapa yang diinginkan dan kedua, menikmatinya. Bagaimanapun hanyaorang yang bijak yang berjaya mencapai tujuan kedua. - HAMKA

Janji untuk melaksanakan kewajipan tidak penting, tetapisentiasa menyedari kewajipan itulah yang penting. - J. LINDWORSKY

Persiapan yang baik untuk masa depan adalah tugas yang terakhirdilakukan dengan sebaik-baiknya. - MACDONALD

Seseorang baru boleh mengatakan bahawa memaaf sesama yang bersalahitu adalah baik dan luhur, apabila dia sendiri telah dan bolehmelakukannya dalam kehidupannya seharian. - TRIMANTO

Pangkal ilmu ialah mendengar sebaik-baiknya, kemudian memahamkannyadan sesudah itu mengingatkannya. Akhir sekali diamal dan disebarkanilmu itu untuk dimanfaatkan. - SUFYAN UYAYNAH

Jangan menunggu sehingga hari esok apa yang dapat kamu lakukan hariini. Orang yang mampu mengatasi keadaan akan lebih cemerlang daripadakeadaan itu sendiri. - ELIZABETH BARRET BROWNING

Betapapun mulianya cita-cita, kalau hati tidak teguh dan tidak adaketahuan, maksud tidak akan tercapai. - AJARAN FILSAFAT

Semulia-mulia manusia ialah yang merendah diri ketika berkedudukantinggi, memaaf ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketikakuat. - KHALIFAH ABDUL MALIK MARWAN

Perkara yang paling malang dan berbahaya sekali dalam tiap-tiapkeadaan ialah orang yang tidak tahu apa yang hendakdikejarkannya. -NAPOLEON BONAPARTE

Salah satu perbezaan paling besar dan orang yang tidak berjayaterletak pada penggunaan waktu senggangnya. - W.J. BROWN

Tidaklah sekali-kali panjang fikiran seseorang selain ia telahberilmu. Dan tiada sekali-kali berilmu seseorang itu selaindia beramal. - SAYYID WAHAB MUNABIH

Di antara segala pekerjaan yang paling susah ialah memahami danmengerti. Apabila telah faham dan mengerti, segala pekerjaanmudah saja dilaksanakan. - DR. SUN YAT SEN

Apabila temanmu berubah dan bertukar keadaannya, jangan engkautinggalkan dia, kerana sekali ia membengkok dan sekali iamelurus. - ABU DARDA

Manusia yang paling pandai menguasai diri ialah yang paling sedikitmengganggu orang lain. - SUMANTRI MERTODIPURO

Khabar bohong hanya laku pada suatu masa kepada sesetengah orang,tetapi tidak laku pada setiap masa untuk setiap orang. - ABRAHAM LINCOLN

Sahabat yang paling setia kepada setiap orang ialah sepuluh batangjarinya. - MARDEN O.S.

Empat perkara yang menimbulkan kasih sayang: Muka jernih, ringan tulang,mencari penyesuaian masa dan sama yang dimulut dengan dihati. - HAMKAI

Imu yang paling rendah mutunya ialah ilmu yang berlegar dihujung lidahdan ilmu yang paling tinggi ialah yang melahirkan kesan kepada tingkahlakudan anggotanya. - SAIYIDINA ALI ABI TALIB

Timbang menimbang di dalam setiap pekerjaan adalah sangat diperkenankanTuhan. - MAKSUD HADIS

Perasaan sombong itu sama keadaannya dengan ayam jantan, disangkanya matahariterbit setiap pagi kerana hendak mendengar kokoknya. - GEORGE ELLIOT

Sesiapa yang hendak mengerjakan sesuatu yang besar, harus sungguh-sungguhberusaha, dapat membezakan dengan tajam, memerhatikannya dari segenap penjuru,serta dalam mempelajarinya berkeras dan berkemahuan yang tidak dapatdipatahkan. - SCHILLER

Hak dan kewajiban adalah seperti pokok-pokok palma yang hanya akan berbuahbila tumbuh berdampingan. - FELICTE DE LAMENNAIS

Anda dapat mengenal lebih banyak tentang diri seseorang pada adabnya dandaripada jawapan-jawapannya. - VOLTAIRE

Seorang Islam yang telah berakar iman di dalam dadanya, tidak pernahmerasa jengkel dan tidak pernah merasa kecil jiwanya. - ULAMA

Berhati-hatilah ketika berbantahan, kerana berbantahan itu saatbodohnya orang berilmu dan pada saat itulah syaitan berusaha supaya iatergelincir. - MUSLIM BIN YASAR

Jangan menghina orang lain kalau anda sendiri tidak sukadi hina. - PERIBAHASA INGGERIS

Untuk mengenal akhlak dan peribadi yakni adab seseorang, berikan kuasakepadanya, kemudian lihat bagaimana ia bertindak. - MONTESQUE

Pertengkaran itu tidak mempunyai apa-apa erti dari sudut agama. - MALIK BIN ANAS

Musuh yang paling dekat ialah kebodohanmu. Singkirkan dia sebagaimenyingkirkan bahaya daripada musuh-musuh mu. - ANON

Alam rumahtangga dan lingkungan keluarga merupakan tempat pertama manusiamempelajari pokok dan dasar pergaulan hidup dan masyarakat. - HAMKA

Perbezaan antara orang yang berjaya dengan orang yang gagal terletak padarohaninya. Apa yang dapat difikirkan menentukan apa yang dicapai.Sesungguhnya setiap kegagalan mengandungi benih-benih kenikmatan yangakan datang. Sebenarnya setiap kegagalan itu hanya berlaku untuk sementarasaja. - HAMKA

Kalau anda seorang majikan, adakalanya anda perlu berlagak buta,dankalau anda seorang pelayan, adakalanya anda perlu berlagak tuli. - FULLER

Setiap yang dilakukan oleh manusia termmasuk fikiran, kemenangan dan semuayang telah berlalu, tersimpan dalam lembaran buku-buku. Buku-buku itu adalahmilik atau harta utama manusia. - THOMAS CARLYLE

Surat khabar adalah benda yang tidak boleh diabaikan. Barangsiapa yang tidakmahu ditolak keluar dari zamannya, hendaklah membaca suratkhabar. - L. SIMONS

Hilanglah satu ciri kelakian seorang laki-laki, apabila ia memakai pakaian danperhiasan perempuan. - PEMUDA

Politik adalah penyakit gila, yang dideritai oleh ramai orang untukmenguntungkan segelintir orang sahaja. - ALEXANDER POPE

Hanya bangsa yang merdeka mempunyai kebudayaan yang hidup. - KANT

Cintai semua, percaya sesetengah orang, tetapi jangan berbuat jahatkepada sesiapa. - WILLIAM SHAKESPEARE

Mendidik bukan dengan mengisi otak murid dengan serba macam pengetahuan.Tetapi mendidik ialah membangkitkan jiwa dan fikirannya untuk tahu, supayaapa yang diketahuinya nanti dapat dipergunakannya untuk mencari apa yangbelum diketahuinya. - OVIDE DARCOLY

Pendidikan dalam rumahtangga dan suasana di rumah itu besar pengaruhnyadalam membentuk sikap jiwa. Kebiasaan-kebiasaan yang selalu dilakukan,amat payah diubah. - PERIBAHASA MELAYU

Jangan putus asa jika otak tumpul dan akal kurang cerdas. Kadang-kadangseseorang yang tumpul otaknya tetapi tidak putus asa lebih maju daripadaseseorang yang cerdas tetapi malas. - HAMKA

Jangan malas mengulangkaji, sebab lancarnya kajian kerana diulang. Pelupaadalah penyakit yang berbahaya bagi ilmu pengetahuan. - HAMKA

Jangan diringankan pergaulan dengan guru, walaupun guru memberi hati. Jangancepat melintas dihadapannya, walaupun dia yang menghulurkan tangan. Meskipuntelah pandai dan terang otak, jangan mencuba membelakangi guru. Sebab, dengansikap yang tidak hormat, hilanglah martabat ilmu. - BUDIMAN

Jika kita mahu berjaya dalam hidup, yang bererti kita memiliki jasmani danrohani, kita harus melukiskan dalam angan-angan kita gambaran tentang diridalam keadaan sejahtera. - SUMANTRI MERTODIPURO

Cuma sedikit sahaja kanak-kanak yang dilahirkan dengan kebolehan yang berlebihan,tetapi semuanya berdaya hidup dengan sebaik-baiknya. - WILLIAM COWPER

Orang harus mengetahui cacat-cela kawannya tanpa membencinya. - HORATIUS

Selama anda bahagia, selama itulah anda ramai kawan, tetapi sesaat kesengsaraanmengancam diri anda, sesaat itu pula kawan-kawan anda lenyap tanpa meninggalkanbekas. - OVIDIUS

Kalau kita memerintah kekayaan, kita menjadi kaya dan bebas; kalau kekayaanmemerintah, kita akan menjadi miskin. - EDMUND BURKE

Kalau engkau tidak bahagia, itu adalah kesalahan mu kerana engkau suka menuntutyang bukan hak mu serta melupakan hak mu sendiri. - DR. ROSE

Kasih ibu kasih sahaja, kasih bapa mendengar kata. - PERIBAHASA MELAYU

Jika bangsa-bangsa hanya membuat perjanjian-perjanjian tetapi tidak mengusahakankeamanan, maka perdamaian abadi akan sentiasa terancam. - TRYGVE LIE

Rakyat itu akar bangsa. Jika akarnya sihat, pokoknya pun sihat. - BENG TJU

Empat hilang kerana empat: hilang nikmat kerana tidak bersyukur, hilang kekuatankerana mencari musuh, hilang kekuasaan kerana kelalaian dan hilang kesempatankerana memandang enteng. - HAMKA

Kalau engkau merasa berkuasa untuk bembuat aniaya kepada hamba Allah, ingat pulabahawa Allah lebih kuasa membalasnya. - UMAR AL-KHATTAB

Ada banyak pokok dan tidak semua berbuah. Ada banyak buah tetapi tidak semuanyabaik dan ada banyak ilmu pengetahuan tetapi tidak semua berguna. - NABI ISA A.S.

Jalan kekayaan terletak pada dua kata, kerja dan hemat. - BENJAMIN FRANKLIN

Orang akan sangat dihormati apabila ia melakukan pekerjaan untuk kesejahteraanmasyarakat sekitarnya. - MAHATMA GHANDI

Kalau manusia ingin membunuh harimau, ia menyebutnya olahraga. Kalau harimauingin membunuh manusia, ia menyebutnya keganasan. - GEORGE BERNARD SHAW

Hanya orang yang mempunyai keberanian mampu menanggung beban dari pengalamanyang buruk yang boleh dialami manusia dengan sikap bijaksana. - WILLIAM SHAKESPEARE

Demokrasi itu sebenarnya ialah pemerintahan daripada rakyat, oleh rakyat danuntuk rakyat. - OSCAR WILDE

Orang yang bertujuan hidup baik, akan segera jelas kelihatan baiknya dan orangyang berpura-pura akan segera pula kelihatan kepura-puraannya. Memang sangatlahnisbi wajah hidup yang dihadapi di dunia ini.Kehidupan ini seluruhnya diikat dengan janji. Mengakui sebagai hamba Allah,ertinya akan menepati janji dengan Allah. Mungkir janji dengan manusia punbererti memungkiri janji dengan Allah. - HAMKA

Kesalahan besar dalam pendidikan yang sehingga kini belum dapat dilenyapkanialah banyak anak-anak yang ditakuti dengan cerita-cerita dongeng yangngeri. - PROF. L. STRUMPHELL

Agama buat kehidupan di akhirat, harta buat kehidupan di dunia. Di dunia orangyang tak berharta susah hati, di akhirat orang yang tidak beragama lebihsengsara. - SAYIDINA ABU BAKAR

Perkerjaan baik dipandang baik oleh akal dan perasaan yang sihat, dan kejahatandipandang jahat oleh akal dan perasaan yang sihat. - MUHAMMAD ABDULLA

Kelebihan sesetengah manusia dengan sesetengah manusia lain, baik di duniamahupun di akhirat, ialah kelebihan akal. Kesempurnaan bahagia tergantungkepada kesempurnaan akal. - MAKSUD HADIS

Kalau seseorang menyalahkan orang lain apabila dia mengalami kegagalan, dia jugaakan menyatakan bahawa orang lainlah yang berjasa kalau dia berjaya. - HOWARD NEWTON

Orang yang berfikir dan merenungkan diri dan menilai hidup, mudah memperbaikitujuan hidupnya sendiri. - HAMKA

Seorang guru yang mengajar tanpa cuba menimbulkan dan menghidupkan keinginan dansemangat belajar di kalangan murid-muridnya sama seperti orang yang menempa besiyang dingin. - MANN HORACE

Angka buruk dalam Kad Kemajuan Pelajaran, harus dipertanggungjawabkan oleh murid,angka baik adalah jasa sekolah. - KARL HEINZ PICKEL

Kesusahan dalam hidup laksana musim dingin, basah dan lembab, tiada disukai olehmanusia dan binatang. Tetapi sesudah musim sejuk tumbuh pula bunga-bunga yangharum dan buah yang subur. - WALTER SCOTT

Percayalah tenaga sendiri. Peganglah nasib hidup dengan kedua belah tangan danubahlah nasib mengikut kemahuan sendiri. - DR. ABU HANAFIAH

Kehidupan adalah pergantian di antara susah dan senang, naik dan turun. Mana yangtertentu buat kita, tidaklah dapat dipindahkan kepada orang lain dan yang tertentubagi orang lain tidaklah berpindah kepada kita. - HAMKA

Mendidik bukan dengan mengisi otak murid dengan serba macam pengetahuan. Tetapimendidik ialah membangkitkan jiwa dan fikirannya untuk tahu, supaya apa yangdiketahuinya nanti dapat dipergunakannya untuk mencari apa yang belumdiketahuinya. - DR. OVIDE DARCOLY

Tinggalkan barang yang menimbulkan keraguan engkau dan ambil yang tidakmeragukan. Sesungguhnya kejujuran membuat hati tenteram dan dusta membuat hatiragu-ragu. - MAKSUD HADIS

Hanya orang yang halus perasaannya, keindahan dan rahsia alam ini dibukakanTuhan untuknya. - SOCRATES

Kami menghormati sepenuhnya orang yang berani dan seratus kali lagi kami hormatikalau dia beradab. - BUDIMAN

Saya percaya bahawa setiap hak mengandungi erti bertanggungjawab, setiap kesempatanjuga mengandungi keharusan dan setiap milik mengandungi kewajipan. - JOHN D. ROCKEFELLER

Ilmu pengetahuan makhluk dan ilmu pengetahuan manusia tidak timbul daripada dirimanusia itu sendiri melainkan dilimpahkan oleh Allah dengan kuatkuasanya. - HAMKA

Agama Islam amat benci orang yang berambut kusut masai, tidak bersikat, berjanggutkusut masai, tidak bersih dan sebagainya. - MAKSUD HADIS

Selain daripada kerelaan untuk berkorban, kekuatan sesuatu bangsa juga bergantungkepada kerelaan dan kecekapan untuk bekerja. - SOEKARNO

Orang yang berjiwa kecil cepat naik darah kalau dirinya dikritik, tetapi orangyang bijaksana mampu memetik hikmah daripada orang yang mengkritiknya dan mampumenganalisis serta menguji dirinya sendiri. - WALT WHITMAN

Seorang yang berhasil mendapatkan cinta dengan mudah, akan sukar memperoleh cintasejati. - LORD CHESTERFIELD

Di medan hidup, ada beberapa undang-undang yang harus dijaga dan diperhatikan. Adayang berhubungan dengan kesihatan tubuh, dengan keberesan akal dan yang berhubungdengan kemuliaan adab dan budi. - HAMKA

Sebaik-baik kaya ialah kaya hati, sebaik-baik bekal ialah takwa, seburuk-burukbuta ialah buta hati dan sebesar-besar dosa ialah berdusta. - ABDULLAH MAS'UD

Jika tuan seorang yang kuat, pergilah tuan kepada yang lemah untuk menguatkan danmenunjang mereka. Jika tuan sendiri lemah, tinggalkanlah mereka dan carilahpergaulan dengan yang terkuat dan tertinggi budinya diantara bangsa tuan. - AUGUST LUBEN

Aku hairan melihat orang yang berpantang daripada halal kerana takut sakit, tetapitidak berpantang daripada yang haram kerana takutkan neraka. - IBNU SJABRAMAH

Jangan bertengkar dengan orang yang kurang akal, nanti ia menyakitkan kamu danjangan bertengkar dengan orang yang penyantun, nanti dia benci padamu. - IBNU ABBAS

Setiap hukuman, hendaklah dilakukan dan ditimbang dengan seadil-adilnya kerana apajuga pekerjaan, berkehendak kepada keadilan. Sebab bila keadilan tidak didirikanbesar harapan sesuatu pekerjaan itu akan terganggu. - H.M. MANSUR

Keadilan yang ada pada diri seorang raja, laksana sebentuk mutiara. Meskipun yangempunya telah mati, mutiara itu tetap tinggal dengan cahayanya. - HUKAMA

Jangan memikirkan masa lampau dan jangan memikirkan masa yang akan datang, tetapirebut dan tawan saat ini serta ambillah faedahnya. - MARDEN O.S

Seorang musuh lebih mudah mengambil tempat dalam kepala kita daripada seorangsahabat dalam hati kita. - EDMUND BURKE

Saudara itu ada tiga lapisan. Pertama; saudara seperti makanan yang tidak dapatdiketepikan sama sekali untuk selama-lamanya; saudara seperti ubat yang diperlukandalam tempoh yang tertentu dan saudara seperti penyakit yang tidak diperlukansama sekali. - KHALIFAH AL-MA'MUN

Tujuan utama saya hidup ialah mencari kebenaran bagi alam ini dan saya berkuasamenghimpunkan diantara sebesar-besar kasih bagi seseorang dan sebesar-besarkemurkaan bagi kesalahan. - MAHATMA GANDHI

Jangan cepat-cepat jadi kawan orang, tetapi sekali menjadi kawan, peliharalahhubungan itu sebaik-baik dan jangan sampai putus. - SOCRATES

Ambillah dari dunia untuk tubuh badanmu dan ambillah dari akhirat untukhatimu. - SUFYAN ATS-TSAURI

Bersedekah kepada orang miskin itu bererti satu sedekah sahaja, sementara sedekahkepada kaum kerabat itu bererti dua sedekah, iaitu bersedekah dan menguatkanhubungan persaudaraan. - MAKSUD HADIS

Tidak ada bahaya peribadi melainkan malas, dan tidak ada ketinggian peribadimelainkan rajin. - PERIBAHASA TIBETSabar terbahagi kepada dua iaitu, sabar dalam menjauhkan apa yang engkau tidaksuka dan sabar dalam mengejar apa yang engkau suka. - SAYIDINA ALI ABI TALIB

Apabila anda berbuat salah, jangan malu untuk mengakuinya dan berusahalah untukmemperbaikinya. Sesungguhnya itu adalah kesalahan. - CONFUCIUS

Percayalah tenaga sendiri. Peganglah nasib hidup dengan kedua-dua belah tangandan ubahlah nasib mengikut kemahuan sendiri. - ABU HANAFIAH

Tujuan utama dalam pendidikan ialah mendekatkan diri kepada Allah, bukan keranamencari nama, pangkat, pengaruh atau mengharapkan pujian orang. - MUSLIM

Orang akan tetap menjadi ahli ilmu sejati selama masih menuntut. Tetapi pada suatuketika apabila ia berkata, "Aku sudah pintar, " maka tetapkanlah bahawa ia sudahmenjadi bodoh dengan sendirinya. - LUKMANUL HAKIM

Manusia yang berakal budi sentiasa berusaha mempertinggi martabat jiwanya, sehinggamempunyai yang lebih baik sempurna. - HAMKA

Kalau ada kemahuan jujur, tentu ada jalan yang cepat dan dapat melaksanakan yangdicita. - LORD KILLEARN

Apapun langkah yang anda ambil untuk mencapai kejayaan, bererti tatatertib terhadapdiri sendiri dan kewajipan. - AHLI JIWA

Jangan membuang waktu barang seminit pun untuk memikirkan orang-orang yang andatidak suka. - CICEROMasa muda adalah waktu yang baik untuk membina dan menyempurnakan sifat dankelakuan. - PERIBAHASA INGGERIS

Terlalu banyak bercakap tidak cekap, terlalu banyak makan menyebabkanmuntah. - PERIBAHASA TIBET

Orang yang berjiwa merdeka, tidak gentar menghadapi tanggungjawab. Dan kemerdekaanjiwa yang disertai dengan kemerdekaan budi, tidak dapat dibeli dengan harta-bendadan kedudukan yang tinggi. - HAMKA

Kanak-kanak adalah umpama simen basah. Setiap yang jatuh ke atasnya akan memberikesan. - BEECHER

Semua orang membuat kesalahan. Kebanyakan orang tergoda untuk membuat kesalahankerana dipengaruhi nafsu atau kepentingan peribadi. - JOHN LOOKE

Tiap-tiap harta yang didapati dengan jalan tidak benar amat panas dalam tangan,menyebabkan diri menjadi gelisah dan menghilangkan ketenteraman. - SYAIR ARAB

Watak seseorang menentukan nasibnya. Kebahagian atau kesengsaraan adalah akibatyang tidak dapat dihindarkan daripada watak itu. - PUTERI KARAJA

Memang mudah untuk berasa riang gembira jika hidup sentiasa lancar dan menyenangkan,laksana lagu yang merayu menawan hati. Tetapi orang yang pantas dipuji ialah orangyang masih sanggup tersenyum dalam keadaan yang serba menyayat hati. - ELLA AHEELER WILCOX


Orang yang ingin menggoncang dunia terlebih dahulu harus menggoncang dirinya. - SOCRATES

Mengagumi seseorang bererti berkeinginan menjadi sama seperti orang yang dikagumi;merasa irihati terhadap seseorang bererti berkehendak untuk menyingkirkannya. - PIERRE REVEERDY

Segala persoalan harus dikupas dengan hati panas, tetapi kepala hendaklah tetapdingin. - HATTA

Jangan meminjam wang kepada teman atau tetangga. Pinjamkan sahaja kepada orangasing supaya kalau sudah dilunasi tidak ada lagi cerita-cerita tentang halitu. - LORD BURGHLEY

Hidup seperti pohon kayu yang lebat buahnya, tumbuh di tepi jalan. Dilempar orangdengan batu, tetapi dibalas dengan buah. - SAYIDINA ABU BAKAR

Ada beberapa pengalaman dalam hidup kita ini, mulanya kita sangka buruk, tetapisetelah sampai kepada hujungnya barulah kita mengerti bahawa amal yang buruk ituadalah berakhir yang baik. - HAMKA

Orang yang terhormat itu kehormatannya itulah yang melarangnya berbuat jahat. - BUDIMAN

Kita pasti sampai ke pantai jaya, bila berperahukan kemahuan besi dan baja dalammengharunginya. - ANONIM

Pendidikan bangsa akan turut menentukan corak kebudayaan nasional kita; kebudayaannasional pula akan mendorong pendidikan bangsa kepada yang dikehendaki. Dengandemikian, pendidikan dan kebudayaan saling mempengaruhi. - DR. ABU HANIFIAH

Pelajarilah jagat raya ini. Jangan kecewa jika dunia tidak mengenali anda tetapikecewalah kerana anda tidak mengenali dunia. - CONFUCIUS

Permulaan marah itu adalah gila, kesudahannya adalah menyesal. - LUKMANUL HAKIM

Apabila engkau susah, halangan itu mesti datang, dan engkau berdosa, tetapi jikaengkau sabar, halangan itu mesti berhujung dan engkau mendapat pahala. - UMAR AL KHATTAB

Bercakap-cakap adalah bertukar fikiran, bertukar pandangan dan bertukar pengalaman;rahsia bercakap ialah pandai bicara, pandai bertanya dan pandai mendengar. - DARYANTO

Berusahalah berbuat baik dengan segera. Lebih baik berbuat demikian pada hariini daripada hari esok, kerana hidup ini adalah pendek, sedangkan waktu berlarikencang. - PYTHAGORAS

Kegirangan tidak terletak ketika memotong padi tetapi kegirangan ialah memotongpadi tanaman sendiri. Dan jiwa manusia bukan tumbuh kerana upah, tetapi keranakerja yang sewajarnya mendapat upah. - MULTATULI

Kejahatan yang dilakukan oleh manusia ditinggalkannya di dunia. Kebajikan yangdilakukannya ditanam bersama-sama tulangnya. - WILLIAM SHAKESPEARE

Kesudahan dalam hidup laksana musim dingin, basah dan lembap, tiada disukai olehmanusia dan binatang. Tetapi sesudah musim sejuk tumbuh pula bunga-bunga yangharum dan buah yang subur. - WALTER SCOTT

Jangan menunggu sehingga esok apa yang dapat kamu lakukan hari ini.Orang-orang yang mampu mengatasi keadaan akan lebih cemerlang dari keadaan itusendiri. - ELIZABETH BARRET BROWNING

Perbezaan antara orang yang berjaya dengan orang yang gagal terletak padarohaninya. Apa yang dapat difikirkan menentukan apa yang akan dicapai. - HAMKA

Jika anda ingin menawan hati seseorang supaya menuruti kehendak anda, yakinkandahulu padanya bahawa anda adalah sahabat karibnya. - ABRAHAM LINCOLN

Ilmu yang paling rendah mutunya ialah ilmu yang berlegar di hujung lidah danilmu yang paling tinggi ialah yang melahirkan kesan kepada tingkahlaku dananggotanya. - SAYIDINA ALI ABI TALIB

Siapa yang selalu mencurigai orang lain, sebenarnya dia sendiri tidak dapatdipercayai. - BERTHOLD AUERBACH

Wang dan kuasa menyebabkan timbulnya penipuan di sana sini setiap hari. Tetapipenipuan yang paling dahsyat ialah menipu diri sendiri. - WILLIAM SHAKESPEARE

Rezeki yang baik daripada pelbagai anugerah dan pemberian. Akal yang cerdasadalah termasuk rezeki yang baik. Budi pekerti yang terdapat pada perikemanusianadalah termasuk rezeki yang baik. - HAMKA


Apabila temanmu telah berubah daripada kebiasaan yang ada padanya, maka marahlahdia. Marah mu itu adalah tanda engkau menyayanginya. - ABU DZAR

Dalam banyak hal, jalan tengahlah yang terbaik. Segala yang berlebih-lebihan akanmenimbulkan pelbagai kesukaran. - PLATUS

Kalau anda tidak berani dan tidak sanggup bekerja untuk kemajuan, tidak ada orangyang akan memajukan anda. Sebenarnya kesempatan-kesempatan itu sentiasa ada untukmemperlihatkan kecekapan anda. - FILSUF

Kemenangan itu berserta sabar, kelapangan berserta kepayahan; dan sesungguhnya,bersserta kesusahan itu ada kesenangan. - MAKSUD HADIS

Orang yang tidak dapat tertawa, tidak hanya cocok untuk pengkhianatan, tipumuslihat dan perompak, melainkan seluruh hidupnya sudah merupakan suatupengkhianatan dan tipu muslihat. - THOMAS CARLYLE

Jangan tertawa melihat orang jatuh, tetapi sebaliknya insaf bahawa kita sedangberjalan menempuh liku-lekuk jalan yang sulit. Kalau kita selamat, bersyukurlah.Dari kejatuhan orang dapat tegak kembali. Yang amat sayang ialah jatuh yang tidakdapat bangun semula. - HAMKA

Tiap-tiap orang berhasrat untuk hidup lama, tetapi tiada seorang pun yang bersediahendak tua. - MUSTAFFA KAMAL ATATURK

Hubungan antara ibu bapa dan guru adalah penting. Anak yang ayahnya bodoh, tidakakan menerima bodoh ayahnya sebab gurunya ada. Anak yang ayahnya pintar - sehinggaada harapan pula anaknya menjadi pintar - belum pasti menjadi pintar kalau tiadaguru yang memimpinnya. - BUDIMAN

Sejarah membuat orang bijaksana. Sajak-sajak mempertajamkan fikiran mereka.Falsafah membuat mereka memahami sesuatu. Moral membuat mereka serius. Logikboleh membuat mereka mempengaruhi orang lain. - FRANCIS BACON

Orang yang berjiwa kecil cepat naik darah kalau dirinya dikritik. Tetapi orangyang bijaksana mampu memetik hikmah daripada orang yang mengkritiknya dan mampumenganalisis serta menguji dirinya sendiri. - WALT WHITMAN

Dimana alam yang bebas merdeka, disitu terdapat banyak kesalahan. Tetapi tegaspasti pula, disitu jalan kewajipan yang ditempuh orang. - SCHILLER

Orang yang pandai bercakap tanpa melakukan, persis kebun bunga yang penuhrumput. - PERIBAHASA

Berilmu bukan sekadar berteori, bukan sekadar bersilat lidah atau berlanggarpena. Berilmu ertinya beramal. Kita dijadikan Tuhan untuk bertugas. Sebab itumarilah kita gunakan umur yang singkat ini untuk mengabdikan diri kepada tugasyang telah digariskan Tuhan. - PROF. ZULKEFLI MUHAMMAD

Anda ingin memperkaya kawan? Jangan memberikan wang kepadanya, melainkan ajarlahia membatasi hawa nafsunya. - SENECA

Barangsiapa tahu akan kesalahan sendiri dan tidak membangkit-bangkitkan kesalahanorang lain, pasti ia tidak akan dibenci oleh sesiapapun. - KHONG HU CU

Susah dan senang adalah dua perhiasan dunia yang silih berganti menghiasi hidupmanusia. Kesenangan dan kesusahan itu masing-masing ada ajalnya, ajal yang tidakdapat ditentukan benar kejadiannya, disangkakan panas hingga ke petang, kiranyahujan di tengah hari. - HAMKA

Angka buruk dalam kad kemajuan pelajar, harus dipertanggungjawabkan oleh murid,angka baik adalah jasa sekolah. - KARL HEINZ PICKEL

Hidup hanya sekali, jadi biarkanlah saya berbuat kebaikan yang boleh saya lakukandan jangan biarkan saya tunda atau memungkiri kerana saya tidak akan melaluijalan ini lagi. - STEPHEN GRELLET

Keinginan belajar adalah benih kemajuan, tetapi keinginan belajar sahaja tanpatenaga membangun adalah seumpama baling-baling, tiada mempunyai kemudi. - ALI SASTROAMIJOYO

Penambahan ilmu akan menambah kuatnya iman dan iman yang kuat akan menambah baikdan tinggi mutu amalan. - HAMKA

Kebodohan sama dengan kegelapan, ilmu sama dengan terang cahaya. Bertambahluas dan dalam ilmu, bertambah luas dan dalam yang dapat diterangi oleh matahati kita. - HAMKA

Mabuk kekuasaan dan mabuk kemegahan, kadang-kadang harus diakui menjadi sebabtimbulnya hal-hal yang tidak diingini. - POLITIKUS

Mereka yang tidak sependapat dengan kita adalah orang yang paling banyakmemberikan pelajaran kepada kita. - WALLIS

Lidah yang tidak dapat dijinakkan adalah syaitan yang tidak dapat dikendalikan. - JAMESJadikanlah suatu keyakinan bahawa, 'apa yang tuan cita-citakan pasti tercapai, danapa yang tuan usahakan pasti berhasil.' - THOMAS ALVA EDISON

Orang yang terpuji bukanlah orang yang tidak pernah jatuh, tetapi orang yang telahjatuh dan dapat bangun kembali. - CONFUCIUS

Harapan laksana pelampung bagi jala, yang menghalang kita tengelam dalam putusasa. Ketakutan adalah laksana timah pemberat bagi jala, yang mencegahnya diapungkanoleh kegoncangan. - WATSON

Ada dua cara seseorang tidak akan maju - orang yang hanya mengerjakan apa yangdisuruh dan orang yang tidak mahu mengerjakan apa yang disuruh. - ANONIM

Ujian terhadap keberanian yang sejati ialah menerima kekalahan atau kegagalantanpa rasa patah hati. - CARLYLE

Fikiran hanya sihat dengan bekerja dan hanya dengan fikiran kita boleh membuatkerja yang menyeronokkan. - JOHN RUSKIN

Satu-satunya piala yang berharga dalam kehidupan ialah kuasa memaafkan danmemperbaiki kesalahan lawan. Piala ini berkilau-kilau, seolah-olah hendakmengajak manusia memetik dan memilikinya seumur hidup. - WINSTON CHURCHILL

Kehormatan daripada orang-orang yang sezaman dengan kita merupakan kebahagianyang besar daripada kekaguman generasi akan datang. - NAPOLEON BONAPARTE

Seseorang itu hendaklah memeriksa dirinya untuk suatu ketika yang lama sebelummemikirkan untuk mengutuk orang lain. - J.B. PAQUELIN

Cuma sedikit sahaja kanak-kanak yang dilahirkan dengan kebolehan yang berlebihan,tetapi semuanya berjaya hidup dengan sebaik-baiknya. - WILLIAM COWPER

Kesenangan itu adalah guru yang baik, tetapi sebenarnya, kesusahan itu adalahguru yang paling baik. - HAZLITT

Jangan menyesali kegagalan yang dialami dengan menuduh atau menyalahkan oranglain, akan tetapi akuilah sesungguhnya kegagalan itu adalah akibat perbuatansendiri. - PLATO

Jangan terlalu boros mengeluarkan pendapat, sederhana memulai atau menjawab. Susunbaik-baik alasan yang diberikan kerana yang demikian amat besar muslihatnya di dalammenghadapi pekerjaan dan mengatasi kesulitan. - HAMKA

Kegagalan bukan bererti kehancuran, tetapi jadikanlah kegagalan itu sebagai batuloncatan menuju kejayaan demi kejayaan. - DANEIL WEBSTER

Kalau kamu mendapat kesusahan, ingatlah untuk menyimpan kesabaran. - HORATIUS

Jika kita bertimbang rasa dan sudi memikirkan kegembiraan orang lain, tentulahkegembiraan itu lebih dahulu akan singgah pada diri kita. - PLATO

Kegagalan dan kesengsaraan adalah guru yang keras dan kejam, yang bekerja demikepentingan kita yang tahu mana yang lebih baik dam mencintai kita melebihi kitasendiri. - EDMUND BURKE

Hati seorang bodoh ada dimulutnya, tetapi mulut seorang bijaksana adadihatinya. - BENJAMIN FRANKLIN

Mengenal diri sendiri adalah satu tugas yang paling mencabar di dunia ini. Ikutilahmanusia bijaksana, dia yang tahu dan sedar kalau dia tahu. - P. DARYANTO

Orang yang mempunyai kekuatan peribadi ialah orang yang kuat kemahuannya dansanggup melaksanakan sesuatu dengan tabah dan tekun mengikut prinsip yangdipegangnya. - PUJANGGA

Setiap jam di dalam umur manusia itu ada gunanya belaka. Maksud yang sudah ditentukanbagi jam itu tidak akan didapati lagi pada jam yang lain seumur hidup kita.Wang dapat dicari dengan bekerja keras, memeras keringat dan membanting tulang, tetapiwang juga boleh diperolehi dengan hanya berfikir dalam sedikit masa. - PERIBAHASA CINA

Kekurangan kepercayaan kepada diri sendiri, seringkali menjadi penyebab kegagalanmanusia. - POUW KIOE AN

Aku akan menemukan jalan. Kalau tidak aku akan membuatnya. Tidak ada sesuatuyang mustahil bagi orang yang mahu. - MIRABEAU

Temanmu ialah orang yang sentiasa berkata benar dan bukan yang sentiasa membenarkansahaja kata-katamu. - AL-HAKIM

Orang-orang muda menganggap dirinya cukup mengerti sebagaimana orang mabuk menganggapdirinya tidak mabuk. - LORD CHESTERFIELD

Keinginan belajar adalah benih kemajuan, tetapi keinginan belajar sahaja tanpatenaga membangun adalah seumpama baling-baling, tiada mempunyai kemudi. - ALI SASTROAMIJOYO

Bersahabat dengan orang yang jahat itu ibarat berperahu di laut. Sungguhpun kitaselamat daripada tengelam tetapi kita tidak terlepas daripada rasa takut. - PERIBAHASA ARAB

Bersungguh-sungguhlah menegakkan pendirianmu selama hidup; ketahuilah bahawa kehidupanitu hanya berharga dan bermakna, kerana keyakinan yang tegas dan tetap, serta usahayang bersungguh-sungguh. - SHAUQI BEY

Jangan menyesali kegagalan yang dialami dengan menuduh atau menyalahkan orang lain,akan tetapi akuilah sesungguhnya kegagalan itu adalah kerana perbuatan andasendiri. - WALTER B. PITKIN

Jangan memikirkan masa lampau dan jangan memikirkan masa yang akan datang, tetapirenggutlah dan tawanlah saat sekarang ini serta ambillah faedah. - MARDEN O.S.

Membalas sikap buruk lawan dengan budi yang baik adalah budi yang palingtinggi. - HAMKA

Peti ilmu di dada, peti perkataan di lidah, peti fikiran di akal, peti bodoh itujahil. - IMAM SYAFIE

Rabu, 13 Januari 2010

ingatan usrah: di rumah cikgu zawawi

salam , ahli abim dan wadah kota tinggi . sekadar ingatan sahaja . Hari ahad ini , insya-Allah kita adakan usrah di rumah cikgu zawawi di bandar mas. ( 17hb Januari 2010 ).

info kesihatan :kanser perut


1) Lokalisasi, Pertumbuhan:

Kanser perut bermula dari lapisan mukosa perut , dari mana-mana jua bahagian perut dan merebak ke seluruh perut sebelum merebak ke hati, kolon dan pankreas; ke kelenjar limfa berdekatan, paru-paru dan ovari. Selalunya berlakunya gastrik perut kronik sebelum ia menjadi kanser (Displasia).

2) Epidemiologi: Kanser yang terkenal sejak turun-temurun. Raja Napoleon ialah salah seorang yang terkenal menghidapi penyakit ini. Kanser ini dianggap sebagai kanser negara 'bertamadun' dan dikaitkan terus ke pemakanan. Jarang ditemui di negara yang mana pemakanannya berkalori rendah. Negara Jepun, Cina dan Asia tenggara. Terdapat 25 000 kes setahun di Amerika Syarikat di mana 14 000 kematian setahun. Walaubagaimanapun, angka ini sedang menurun ke 50% sejak kebelakangan ini jika dibanding dengan 40 tahun dahulu.

3) Faktor risiko: Kanser perut jarang dijumpai sebelum umur 50 tahun. Purata umur ialah 70 tahun. Kaum wanita kurang dijangkiti dibanding dengan lelaki (1 : 3).Faktor makanan yang berkait dengan kanser ini adalah seperti pengawetan makanan dengan garam, nitrat kerana mereka akan bertukar ke nitrit. Bakteria bernama 'Helicobacter Pylori” pun ada dikaitkan dengan kanser perut. Sayuran dan buah-buahan ada kesan pelindung terhadap kanser ini. Menyimpan makanan di dalam peti sejuk (sebagai ganti pengawetan makanan dengan garam yang diguna pada masa silam), dan kurang mengambil makanan daging bergaram boleh mengurangkan penyakit ini.

4) Simptom: - Sakit perut dan penghadaman tidak baik;- Susut berat badan, keletihan dan kelemahan;- Anemia, muntah darah , loya dan muntah. Berak berdarah diakibatkan pendarahan tumor.

5) Diagnosa: - gastroskopi, ultrasound dan skan;- endoskopi untuk membuat pemeriksaan terus ke perut dan mengambil cebisan biopsi;- ujian petanda tumor seperti CEA dan CA 19-9.

6) Rawatan: Oleh kerana ianya jarang ditemui pada peringkat awal, prognosisnya kurang baik.- Pembedahan : Gastrektomi (keseluruhan perut atau sebahagian) bergantung kepada saiz, tempat, kemelaratan,tahap kanser dan keadaan kesihataan pesakit .- radiasi : apabila tumor itu tidak boleh dibedah; untuk mengurangkan sakit dan kesumbatan usus, ataucara paliatif .- Kemoterapi dan immunoterapi.

7) Rawatan susulan : Selepas dirawat, mengkaji tahap petanda tumor.

8) Pencegahan: - Kurangkan garam dalam sajian makanan;- Menjaga terhadap luka dalam perut;- Menghapuskan bakteria 'Helicobacter Pylori';- Mengkaji petanda tumor seperti CEA dan CA 19-9. Petanda tumor yang disebut di atas adalah sebahagian daripada ujian Biomarkers C12; anda dinasihatkan menjalani ujian ini sekali setiap tahun.

BOLEHKAH PESAKIT KANSER SEMBUH


Reaksi orang terhadap pesakit kanser adalah berbeza. Ada yang terlalu takut kepada penyakit kanser, ada yang biasa sahaja dan ada juga yang tidak kisah terhadap penyakit kanser. Ada sesetengah orang pula mengalami ketakutan atau fobia kanser. Ini merupakan suatu keadaan di mana seseorang itu sentiasa bimbang dan terganggu fikirannya; mungkinkah dia diserang penyakit kanser apabila timbul sesuatu tanda di badannya! Orang seperti ini sering menemui doktor jika timbul apa-apa masalah walaupun remeh-temeh dan fikirannya sentiasa terganggu oleh sebab ketakutan terhadap penyakit kanser.

Walaupun kita mesti berwaspada terhadap kemungkinan penyakit kanser, khususnya mereka dalam golongan berisiko sama ada dari segi umur, terdedah terhadap bahan-bahan yang mungkin karsinogenik seperti tabiat merokok, pendedahan terhadap bahan kimia, pancaran X-ray dan sebagainya, namun kita tidak perlulah sentiasa hidup dalam ketakutan hingga jiwa kita tidak tenteram. Sebaiknya, kita mengambil langkah berjaga-jaga dan terdapat ujian-ujian penapisan seperti X-ray, ujian sel pangkal rahim (pap smear), ujian darah atau sebagainya yang boleh mengesan kanser sebelum ada tanda kita patut mengambil langkah-langkah yang sewajar.
Tanda-Tanda Penyakit Kanser
Di antara tanda-tanda penyakit kanser ialah:
1. Bagi wanita yang mengalami pendarahan selepas persetubuhan, pendarahan haid yang tidak tentu masa, keluar darah haid selepas putus haid, keluar keputihan dari kemaluan, perut kembung, bengkak kaki khususnya jika di sebelah sahaja, susut badan, tidak ada selera makan, bonggol atau ketumbuhan pada buah dada, keluar darah atau susu daripada puting buah dada walaupun tidak menyusukan dan kesakitan pada buah dada.
2. Bagi kanser paru-paru pula, tanda-tandanya ialah batuk yang tidak boleh dikawal dengan ubat biasa, batuk darah dan sesak nafas. Pada bahagian tekak pula, hidung berdarah atau muntah darah.
3. Bagi kanser dalam perut dan tali usus, antara tanda-tandanya ialah muntah darah, berak darah, sakit perut dan muntah-muntah yang tidak boleh dikawal. Bagi kanser pada buah pinggang dan saluran perkencingan, antara tanda-tandanya ialah kencing berdarah, sering hendak kencing dan sukar untuk membuang air kencing.
4. Antara tanda-tanda kanser pada bahagian otak pula ialah sakit kepala, pening kepala yang biasanya tidak boleh diubat dengan ubat penawar sakit biasa. Manakala tanda-tanda bagi kanser tulang dan sendi ialah bengkak tulang atau sendi. Tanda-tanda bagi kanser sistem pendarahan ialah muka pucat, letih-lesu, mudah berdarah jika terkena luka dan sukar hendak tos darahnya serta demam yang tidak dapat dikesan puncanya.
Pengesahan Penyakit Kanser
Pengesahan penyakit kanser biasanya dilakukan secara ujian tisu yang diambil daripada kawasan yang disyaki mengidap kanser (Biopsy) dan seterusnya dikaji di makmal kaji sel (hispatologi). Biasanya, di sinilah sel-sel kanser dapat dipasti dan disahkan. Walaupun demikian, ujian-ujian lain boleh menolong dalam membuat pengesahan kanser seperti ujian Ultrasound, X-ray, skaning MRI, Cat dan lain-lain
Kaedah Rawatan KanserSatu perkara yang sangat penting dalam menentukan kejayaan rawatan kanser ialah peringkat ketumbuhan kanser tersebut, sama ada ia masih terhad pada satu bahagian tubuh badan ataupun telah merebak ke kawasan persekitaran atau telah merebak jauh melalui saluran darah ke organ-organ penting seperti paru-paru, otak, hati, tulang dan sebagainya. Di peringkat awal, sebelum ketumbuhan kanser dapat merebak, rawatan yang tepat akan memberi hasil yang memuaskan, malah ia mungkin boleh pulih seperti sediakala. Tetapi, apabila kanser telah merebak jauh, kesan rawatan mungkin tidak begitu memuaskan dan pertumbuhan kanser mungkin sukar dikawal.
Satu lagi perkara yang sangat penting dalam menentukan kejayaan kanser ialah jenis sel kanser itu dan di bahagian mana kanser itu berlaku. Pelbagai jenis kanser boleh tumbuh dalam badan kita. Jika bentuk sel kanser itu amat luar biasa (anaplastik) maka kemungkinan sel itu membiak dengan cepat dan merebak luas dan ini akan menimbulkan masalah rawatan. Sesetengah sel-sel kanser pula kebal walaupun diberi rawatan dengan ubat-ubat kemoterapi atau dengan rawatan radioterapi. Dalam keadaan begini, hasil rawatan dari pemulihan tidak begitu memuaskan.
Sesetengah penyakit kanser mengeluarkan tanda di peringkat awal lagi, misalnya kanser pangkal rahim di kalangan wanita. Biasanya, sebelum menjadi kanser, sel-sel pada pangkal rahim menjalani beberapa peringkat perubahan, iaitu daripada sel normal kepada sel luar biasa. Kemudian ia menjadi kanser di peringkat awal dan seterusnya kanser membiak Lagipun, kanser pangkal rahim pada wanita boleh dikesan sebelum ia mencapai ke peringkat kanser dengan ujian pap smear. Dengan ini, ia mungkin boleh dicegah daripada menjadi kanser. Dan jika ia telah menjadi kanser, dan dapat dikesan di peringkat awal, ia boleh dirawat sepenuhnya. Tetapi, kanser di dalam perut seperti kanser usus besar, perut, hati ataupun kilang ovari, kadang-kadang menimbulkan tanda yang agak lewat dan apabila tanda-tanda itu timbul, keadaannya telah tenat dan sel-sel kanser telah merebak. Dalam keadaan demikian, rawatan secara pembedahan dan rawatan dengan kaedah yang lain mungkin tidak akan memberi kesan pemulihan yang seratus-peratus baik
Konsep Pembinasaan Sel Kanser Secara SpontanPernah kita mendengar cerita orang yang telah disahkan menghidap kanser dan setelah dirawat doktor itu mengatakan keadaan kansernya amat berat dan dia diberi tempoh hidup selama enam bulan atau setahun. Kemudian selepas tempoh tersebut, pesakit itu masih hidup lagi, malah dia lebih sihat daripada sebelum terkena kanser. Ini adalah di antara cerita-cerita yang kita pernah dengar. Pesakit-pesakit yang telah hampa dengan rawatan moden telah pergi berjumpa dengan perawat-perawat tradisional yang memberi bermacam-macam cara rawatan, mungkin secara jampi, atau secara rawatan tradisional seperti jamu, akar kayu, ubat sinseh dan sebagainya. Kita juga telah mendengar kisah seorang pengidap kanser, iaitu Jason Winters yang pernah menghidap penyakit kanser dan telah tempoh hidup enam bulan tetapi dia terus hidup dengan menggunakan ubat-ubatan tradisional daripada berbagai-bagai ramuan akar kayu dan beliau telah mengolah satu ramuan yang dinamakan “Teh Jason Winters” yang beliau percaya boleh mengubati pelbagai penyakit kanser.
Dalam keadaan cemas dan genting seperti ini, manusia akan menggunakan bermacam-macam cara dan kaedah untuk mengatasi masalah dan apabila rakan, teman atau saudara memberi cadangan tentang rawatan yang berkesan, mereka akan terus mencubanya. Walaupun kadang-kala kita tidak mengetahui logik atau asas saintifiknya, memang tidak boleh disangkal, bahawa ramuan-ramuan dalam akar kayu atau ubat-ubatan tradisional mungkin mempunyai kesan yang boleh membinasakan sel-sel kanser. Setakat ini belum banyak kajian yang telah dilakukan ke atas ramuan ubat-ubatan tradisional dan ubat akar kayu ke atas pelbagai jenis penyakit termasuk juga kanser.
Pakar-pakar perubatan memang mengakui, bahawa sel-sel kanser pun boleh binasa dengan sendirinya, iaitu dalam proses yang dinamakan regresi spontan. Ini semua adalah dalam penguasaan Allah dan sebagai manusia kita hanya berdoa dan mengharapkan agar penyakit yang dihidapi sembuh
Prinsip-Prinsip Rawatan Bagi Penyakit Kanser Beberapa kaedah moden telah digunakan untuk merawat penyakit kanser. Antaranya ialah:
1. Pembedahan
2. Ubat kemoterapi
3. Radioterapi
Pembedahan Kadang-kala kanser hanya perlu dibedah sahaja tanpa rawatan yang lain. Tetapi ada kalanya, kita melakukan pembedahan ke atas ketumbuhan kanser kemudian diikuti dengan rawatan secara kemoterapi atau radioterapi. Ada sesetengah kanser pula boleh dirawat secara radioterapi sahaja seperti kanser pangkal rahim ataupun kanser tekak jika kanser tersebut masih di peringkat awal lagi.
Pembedahan bagi kanser adalah dianggap sebagai satu pembedahan yang besar dan kadang-kala melibatkan pembuangan anggota terpenting. Contohnya, jika kanser itu melibatkan pangkal rahim maka keseluruhan rahim akan dibuang. Bagi kanser buah dada pula keseluruhan buah dada perlu dibuang termasuk sistem kelenjar di sekelilingnya. Jika kanser melibatkan tulang kaki, mungkin kaki tersebut perlu dipotong, dan jika melibatkan paru-paru kemungkinan satu paru-paru perlu dibuang. Begitulah keadaannya jika ia melibatkan lain-lain bahagian dalam badan. Biasanya, pembedahan untuk penyakit kanser memerlukan kepakaran pembedah yang mahir, dan pembedahan biasanya disertai dengan pendarahan. Oleh itu, bekalan darah mestilah cukup.
Waktu pemulihan selepas pembedahan mungkin lama jika ia melibatkan pembuangan anggota penting dalam tubuh. Kadang-kala ia melibatkan pembedahan untuk membaik-pulih atau reconstructive surgery. Misalnya, pembedahan pada muka yang disebabkan oleh kanser pada tulang dagu.
Semua bahagian tubuh yang telah dibedah perlu dihantar ke makmal kaji sel untuk dikaji setakat mana dan apa jenis kanser yang telah dihidapi pesakit. Jika sel-sel kanser telah merebak melalui saluran darah ataupun saluran kelenjar ke bahagian tubuh yang lain, maka pembedahan tidak dapat mengatasi masalah secara keseluruhan. Kaedah rawatan lain perlu diberikan seperti kemoterapi atau radioterapi. Sekarang ini, para pakar penyelidik penyakit kanser telah cuba berbagai-bagai teknik untuk mengesan sejauh manakah sel-sel kanser telah merebak ke organ-organ terpenting dalam tubuh seperti otak, paru-paru, hati, tulang dan sebagainya. Dengan ini, rawatan lanjutan dapat diberikan dengan sewajarnya
KemoterapiSesetengah penyakit kanser seperti kanser darah (leukimia), dan kanser rahim yang dinamakan choricarcinoma biasanya tidak memerlukan rawatan secara pembedahan, tetapi ia boleh dirawat dengan ubat-ubatan atau kemoterapi. Kegunaan ubat-ubat kemoterapi sebagai perawat kanser utama, hanya terhad kepada beberapa jenis kanser sahaja dan sesetengahnya telah saya nyatakan di atas. Tetapi, ubat-ubat kemoterapi sering digunakan sebagai cara rawatan lanjutan selepas seseorang itu dibedah akibat daripada kanser yang dihidapi dan setelah dipastikan kanser itu telah merebak ke tubuh yang lain.
Terdapat banyak jenis ubat-ubat kemoterapi yang biasanya diberikan secara suntikan atau secara ubat tablet. Di negara kita ini, Institut Barah Kuala Lumpur banyak memberikan rawatan ke atas penyakit kanser. Rawatan ini memerlukan pengawasan yang rapi kerana ubat-ubat kemoterapi ini bukan sahaja membinasakan sel-sel kanser, tetapi ia juga boleh merosakkan sel-sel normal.
Kesan sampingan ini boleh menimbulkan beberapa masalah kepada seseorang yang sedang mendapat rawatan kemoterapi, misalnya ia boleh menindas pertumbuhan sel-sel darah menyebabkan penghidap mengalami kekurangan dan juga sel-sel darah putih untuk melawan penyakit, menyebabkan pesakit mudah diserang penyakit, khususnya kuman. Kadang-kala, pesakit mengalami masalah rambut gugur ketika menjalani rawatan kemoterapi, bibir mungkin pecah terkena ulser. Inilah di antara beberapa kesan sampingan, tetapi dengan pengawasan dan rawatan daripada doktor yang mahir dalam bidang ini, masalah ini, Insya-Allah akan dapat dikawal. Rawatan dengan kemoterapi kadang-kala perlu diulang setelah satu atau dua bulan kemudian, dan khususnya jika doktor yang merawat itu mendapati ada tanda-tanda bahawa penyakit kanser itu masih aktif lagi
Rawatan Dengan Radioterapi Ini adalah satu kaedah rawatan yang penting bagi penyakit kanser. Pelbagai jenis radiasi telah digunakan dan kaedah rawatan ini boleh didapati daripada Institut Barah di Hospital Besar Kuala Lumpur untuk mengatasi pelbagai jenis penyakit kanser. Pesakit perlu dimasukkan ke hospital dan rawatan boleh dilakukan secara pancaran dari luar ataupun pancaran daripada logam radium yang dimasukkan ke dalam bahagian tubuh badan. Misalnya, dalam kes kanser pangkal rahim, rawatan secara radiasi adalah pilihan utama. Dalam kaedah rawatan ini, logam radium radioaktif dimasukkan ke dalam rahim untuk beberapa hari dengan tujuan supaya logam ini akan mengeluarkan bahang radiasi dan membinasakan sel-sel kanser. Di samping ia membinasakan sel-sel kanser, bahang radiasi juga boleh membinasakan sel-sel yang normal. Misalnya, dalam rawatan kanser pangkal rahim, sel-sel normal (kilang telur atau ovari) boleh juga musnah dan ini menyebabkan kehabisan hormon estrogen bagi wanita tersebut selepas rawatan. Kesan kehabisan hormon estrogen pada wanita ialah seperti kaedah putus haid.
Di antara kesan sampingan yang mungkin timbul akibat daripada rawatan radioterapi ialah kesan bakar pada kulit yang mungkin berwarna kehitaman sedikit. Tetapi dengan teknik rawatan baru, kesan sampingannya dapat dikurangkan. Kadang-kala, organ-organ lain di sekeliling ketumbuhan kanser boleh terganggu akibat daripada pancaran X-ray, misalnya seseorang pesakit yang sedang mendapat rawatan radioterapi bagi kanser pangkal rahim. Kadangkala pundi-pundi air kencing dan saluran najis akan mengalami kerosakan sedikit menyebabkan gangguan sementara dalam fungsi organ tersebut
Perubatan alternatif Terdapat terlalu banyak keadah-kaedah perubatan alternatif atau pilihan lain, samaada di pasaran tempatan atau luar negara untuk mengubati penyakit kanser. Pada asasnya saya bersetuju dengan kegunaan ubatan alternatif tetapi dengan syarat pesakit-pesakit perlu menjalani rawatan perubatan moden dahulu. Perubatan alternatif digunakan sebagai rawatan tambahan atau sokongan khususnya dalam kes-kes di mana rawatan moden kurang berkesan.
Dalam internet terdapat banyak laman-laman berkenaan perubatan alternatif. Baca dan nilailah dengan teliti sebelum membuat apa-apa keputusan untuk mendapatkan rawatan alternatif. Ada kalanya rawatan-rawatan tersebut berkesan dan ada kalanya tidak. Kita berusaha dan bertawakkal kepada Allah swt.
RumusanWalaupun ada hadis-hadis Nabi yang bermaksud,
“bahawa setiap penyakit ada ubatnya”,
masih banyak lagi kaedah rawatan yang belum kita ketahui. Apa yang kita ketahui hanya sedikit sahaja, Allah yang Maha Mengetahui. Walaupun demikian, kita sebagai pesakit perlulah berusaha mencari di mana sahaja kita ketahui ada kaedah rawatan yang berkesan, khususnya rawatan yang berasaskan sains perubatan moden. Di samping itu, kita juga berdoa pada Allah S.W.T dengan insaf atas musibah yang menimpa diri kita. Kita patut banyak bersabar dan banyak bertasbih. Mungkin ini satu cubaan untuk menguji kesabaran kita, mungkin juga satu balasan bagi kesalahan yang telah kita lakukan di masa lepas. Yang pentingnya ialah kita percaya, bahawa penyakit kanser adalah satu perkara yang diturunkan oleh Tuhan. Tentulah ada sebabnya, hanya kita sahaja tidak mengetahui apa puncanya. Perbanyakanlah berzikir dan bertafakur sambil memuji kebesaran Allah. Dengan bersabar menanggung kesakitan, kita akan mendapat pahala. Rawatan yang berlebihan boleh mempercepatkan maut. Saya sendiri pernah melihat pengidap kanser diberi rawatan secara pembedahan diikuti dengan rawatan kemoterapi serta radioterapi atas keghairahan saudara-mara atau doktor yang merawat. Perbuatan ini boleh memberi kesan yang tidak begitu baik kerana seperti yang saya nyatakan di atas, bahawa kaedah-kaedah rawatan seperti kemoterapi dan radioterapi boleh juga merosakkan sel-sel yang normal dan seterusnya mengganggu dan menjejaskan fungsi-fungsi organ tubuh badan yang lain. Rawatan yang berlebihan (overdose) boleh mempercepatkan maut seseorang penghidap kanser.
Satu perkara yang amat penting dalam rawatan penyakit kanser ialah pengesanan diperingkat awal. Oleh itu, kita perlu sentiasa berwaspada dan mengambil langkah-langkah tertentu untuk mengesan penyakit tersebut di peringkat awal supaya apa juakaedah rawatan yang diberikan boleh membaikpulih pesakit

Selasa, 12 Januari 2010

JANTUNGKU TERSAYANG, TERUSKAN BEDENYUT



Jantung adalah satu organ penting yang mula berfungsi sejak dari janin hinggalah seseorang itu meninggal dunia. Ia mengepam darah untuk membekalkan oksigen dan nutrien ke seluruh badan melalui sistem peredaran darah.
Jantung yang sihat berupaya mengepam sebanyak 10,000 liter darah sehari. Jantung yang sihat juga akan berdenyut kira-kira 100,000 kali sehari iaitu antara 60 hingga 80 kali seminit.
Penyakit Jantung
Seseorang individu boleh mengidap 2 jenis penyakit jantung iaitu:
Penyakit jantung kongenital
Berlaku sejak dalam kandungan seperti jantung berlubang dan kecacatan injap jantung.
Penyakit Jantung Bukan Kongenital
Terjadi akibat jangkitan atau cara hidup tidak sihat seperti penyakit jantung koronari.
Serangan Jantung
Seseorang itu dikatakan mendapat serangan jantung apabila otot jantungnya tidak mendapat bekalan darah yang mencukupi disebabkan pembuluh darah menjadi sempit atau bekalan darah terhenti sama sekali.
Ini terjadi apabila berlakunya pengumpulan lemak yang melekat pada dinding saluran darah yang lama kelamaan menyempit atau menyekat pengaliran darah ke jantung.
Jika pembuluh darah tersumbat sepenuhnya, ini boleh menyebabkan serangan jantung.
Faktor-faktor risiko serangan jantung
Kurang senaman/tidak aktif
Merokok
Pemakanan yang tidak sihat
Kegemukan
Diabetes
Tekanan darah tinggi
Tekanan perasaan (stress)
Serangan Jantung Boleh Dicegah
Bersenam sekurang-kurangnya 3 kali seminggu, 20-30 minit setiap kali
Makan secara sihat
Kekalkan berat badan unggul
Berhenti merokok
Belajar menangani tekanan perasaan
Periksa tekanan darah
Periksa paras glukosa darah
Awasi paras kolesterol
Lakukan pemeriksaan kesihatan secara berkala
Tanda-tanda Serangan Jantung
Sesak nafas
Sakit dada yang menekan-nekan bermula di bahagian tengah atau kiri dada dan biasanya merebak ke lengan kiri dan leher
Sakit mencengkam sehingga boleh menyebabkan pitam atau pengsan
Berpeluh dingin
Berasa sejuk walaupun suhu persekitaran panas
Pening kepala dan berasa loya

Ahad, 10 Januari 2010

ustaz zaidi dan ustaz hawari wakili abim kota tinggi

Alhamduliilah , pada hari ini , 9hb Januari 2010 . Ustaz Hawari dan Ustaz Zaidi telah mewakili ABIM KOTA TINGGI ke Mesyuarat Halatuju ABIM JOHOR di Mustika Embum. Segala maklumat perbincangan ,akan dibentangkan semasa usrah akan datang di rimah HJ ZAWAWI di bandar Mas INSYA-ALLAH PADA 17HB Januari 2010. Sekadar makluman

Selasa, 5 Januari 2010

Pandangan Prof Dr Harun Din mengenai penggunaan nama Allah

Mana-mana umat Islam yang menyokong keputusan Mahkamah Tinggi membenarkan penggunaan kalimah ‘Allah’ dalam akhbar mingguan The Herald Catholic Weekly boleh membawa kepada kekufuran.
Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Dr Haron Din berkata, menyokong kepada sesuatu perkara yang salah di sisi Islam juga secara tidak langsung menyebabkan kekufuran dan syirik.
Menurutnya, semua pihak termasuk Institusi Raja-raja dan kerajaan digesa supaya mengambil serius isu penggunaan kalimah Allah ini dan mengambil langkah segera dalam menangani masalah ini.
“Saya menyeru kepada sahabat-sahabat saya supaya mempertimbangkan semula pendirian mereka. Kalau kita sokong perkara yang kufur, kita pun secara tak langsung akan kufur,” katanya dalam sidang media, semalam.
Beliau berkata, isu ini merupakan isu yang melibatkan agama yang mampu mewujudkan suasana tidak harmoni dalam negara sekiranya penggunaan kalimah tersebut dibenarkan.
Menurutnya, niat sebenar akhbar tersebut untuk menggunakan kalimah yang sebelum ini hanya digunakan oleh umat Islam diragui kerana agama Kristian sebelum ini hanya menggunakan perkataan God, Jesus dan Lord dalam kitab Injil mereka.
“Saya mahu tunjukkan bukti bahawa hanya agama Islam sahaja yang menggunakan kalimah Allah berdasarkan kitab al-Quran dan Injil.
“Dalam Kitab Injil agama Kristian tidak menggunakan perkataan Allah sebaliknya mereka menggunakan perkataan God, Jesus dan Lord, namun kalau kita merujuk pula dalam al-Quran kalimah Allah digunakan dalam setiap muka surat,” katanya.
Beliau berkata, umat Islam perlu bersatu membantah usaha ini bagi mengelakkan yang buruk berlaku kepada agama Islam pada masa hadapan.

Kisah Imam Ghazali mencintai Ilmu

Suatu ketika Imam Ghazali brsembahyg jemaah dgn adiknya. Imam Ghazali mnjdi Imam mnkala adiknya menjdi makmum. Tiba-tiba semasa bersembahyang, adik Imam Ghazali mufarakah (keluar daripada menjadi makmum) dan bersembahyang sendirian.Setelah selesai menunaikan sembahyang Imam Ghazali terus bertanya kepada adiknya:
"Mengapa ketika bersembahyang engkau meninggalkan aku dan bersembahyang sendirian"Lantas adiknya menjawab; "Bagaimanakah aku hendak bersembahyang denganmu. Aku lihat tubuhmu penuh bersalut darah. Lantaran itulah aku bermufarakah dan sembahyang sendirian"Mendengar jawapan adiknya itu Imam Ghazali terus berfikir dan lantas teringat bahawa memang benar, pada ketika itu beliau sedang menulis tentang permasalahan haidh. Dan, memang benar juga, terdapat satu saat semasa beliau menunaikan sembahyang pemikiran beliau terbawa-bawa oleh apa yang sedang beliau tulis itu. Dan saat itu jugalah Allah zahirkan apa yang sedang beliau fikirkan itu ke mata adiknya sehingga adiknya melihat tubuh badannya dipenuhi dengan darah.Imam Ghazali terkejut lantas bertanya kepada adiknya; "Bagaimanakah kamu berupaya untuk melihat hal yang ghaib? Beritahulah kepadaku dari siapa kamu belajar ilmu ini"Adiknya kemudian menjawab; "Engkau tidak layak belajar dengannya. Engkau orang yang masyhur, sedangkan guruku ini orang biasa sahaja"Imam Ghazali terus mendesak sehingga akhirnya adik beliau bersetuju untuk membawanya berjumpa dengan gurunya itu. Di pasar, mereka mendatangi seorang penjual daging. Lalu adiknya memberitahu itulah guruku.Imam Ghazali terus berkata kepada penjual daging;"Tuan, saya mohon untuk belajar ilmu dengan Tuan"Penjual daging menggelengkan kepalanya lalu berkata; "Aku tidak ada ilmu untuk mengajar kamu"Imam Ghazali merayu sekali lagi; "Ajarlah saya. Ajarkanlah saya ilmu yang Tuan tidak ada itu"Penjual daging tetap enggan menunaikan keinginan Imam Ghazali itu. Akhirnya Imam Ghazali berkata kepada penjual daging tersebut; "Ajarlah saya. Saya serahkan diri saya kepada Tuan seumpama mayat menyerahkan diri kepada si tukang mandi"Penjual Daging kemudian berkata; "Baiklah, tanggalkanlah jubah kebesaran kamu itu (jubah yang dipakai Imam Ghazali kerana beliau merupakan orang tertinggi di Universiti Nizamiyyah). Sapulah meja tempat aku memotong dan menjual daging ini dengan jubahmu itu."Tanpa berlengah lagi Imam Ghazali terus menunaikan kehendak penjual daging tersebut tanpa sedikitpun merasa terkilan. Setelah selesai, beliau berkata lagi kepada penjual daging; "Ajarkanlah aku ilmu"Penjual daging kemudian berkata;"Baiklah, esok datanglah ke rumahku selepas Subuh"Tepat selepas Subuh keesokan harinya Imam Ghazali sudah sedia menanti sipenjual daging di hadapan rumah. Sebaik sahaja melihat Imam Ghazali beliau terus menyuruhnya memotong rumput di kawasan rumah. Imam Ghazali terus akur tanpa terdetik di dalam hatinya sedikitpun rasa terhina. Selesai menyiapkan tugas yang dipinta oleh penjual daging, Imam Ghazali pun mendatangi beliau, lalu mengulangi kata-kata;"Ajarkanlah aku ilmu"Penjual daging berkata;"Baiklah, esok datanglah ke rumahku selepas Subuh"Sama seperti hari sebelumnya, sebaik-baik sahaja selepas Subuh Imam Ghazali sedia menunggu di hadapan rumah penjual daging. Melihatkan Imam Ghazali, penjual daging meminta pula beliau mencuci longkang di sekeliling rumahnya. Imam Ghazali tetap taat menuruti perintah penjual daging.Setelah selesai, Imam Ghazali berkata kepada penjual daging;"Wahai Tuan, kerja yang Tuan suruh telah dilaksanakan. Ajarkanlah aku ilmu."Penjual daging berkata lagi;"Baiklah, datanglah kembali selepas Subuh esok"Keesokan harinya hal yang sama juga berlaku. Kali ini penjual daging meminta Imam Ghazali menimba najis dari tandas beliau. Tugas yang ini juga dilaksanakan tanpa terselit sedikitpun perasaan terhina dalam hati Imam Ghazali.Apabila selesai penjual daging tersebut berkata; "Segala ilmu yang kamu mahu telah kamu dapat. Pulanglah."Dalam perjalanan pulang Imam Ghazali terkejut kerana mendapati pandangannya telah tersingkap dan beliau dapat melihat hal-hal yang ghaib.Pengajaran:
1. Kita melihat Imam Ghazali sebaik sahaja mengetahui tentang sesuatu ilmu terus sahaja beliau mencari dan mendatanginya serta berusaha untuk mendapatkannya tanpa berputus asa. Tidak pula beliau mengambil sikap menunggu ilmu itu mendatangi beliau.
2. Perkara lain yang boleh dipelajari ialah ketaatan Imam Ghazali terhadap arahan gurunya. Apabila diminta datang selepas Subuh, beliau menghadirkan diri tepat pada waktunya. Tatkala diminta membuat pelbagai perkara, beliau akur tanpa banyak bersoal jawab bahkan tidak terdetik pun di dalam hatinya perasaan musykil dan prasangka terhadap gurunya. Sikapnya yang tawaduk dan menyerahkan diri bulat-bulat seumpama mayat menyerah diri kepada si tukang mandi agar dapat dididik sepenuhnya oleh gurunya inilah yang mendorongnya untuk mentaati tiap perintah, membuat segala yang disuruh dan meninggalkan apa yang dilarang oleh gurunya.
3. Dalam mendidik, penjual daging tersebut menumpukan kepada mengikis sifat-sifat mazmumah seperti ego dan menanamkan sifat-sifat mahmudah seperti tawadhuk dalam diri anak muridnya. Sifat-sifat mazmumahlah sebenarnya yang menghijab ilmu yang ingin dialirkan daripada sampai ke hati. Manakala sifat mahmudah merupakan kunci kepada kefahaman ilmu. Apabila hati bersih, hati mudah menerima ilmu. Dan dengan hati yang bersih dari sifat mazmumah ini juga menjadikan hati itu semakin tenang dengan banyaknya ilmu dan bukannya semakin berserabut.Hasil daripada itu kita dapat lihat mengalirnya keberkatan ilmu dari gurunya itu kepada Imam Ghazali. Sehingga beliau berupaya menghasilkan tulisan yang agung, dapat menghafal lebih 100,000 hadith dan digelar Hujjatul Islam.
~ Let's Discover the Beauty of Islam ~
* INSPIRING DAKWAH, LEADING THE UMMAH *

0 comments:
Leave a Reply

Post a Comment

Links to this post
Newer Post Older Post Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)

MANUSIA BERMUSUH KERANA HARTA DAN TAHTA

Manusia bermusuh kerana harta dan tahta
Dari Abdullah bin Amr Ash, RasuluLlah s.a.w. bertanya kepada para sahabat, "Jika Persia dan Romawi telah berhasil ditaklukkan untuk kalian, bagaimana keadaan kalian ketika itu?”AbdurRahman bin Auf menjawab, "Kami akan bersikap seperti yang diperintahkan oleh Allah s.w.t.”Rasul menyanggah, “Atau, tidak akan begitu! Kalian akan berlomba-lomba dan bersaing, kemudian kalian akan hasad, selanjutnya kalian akan saling membelakangi dan kemudian akan saling membenci.”(Hadith ini sahih diriwayatkan Imam Muslim dalam kitab Sahihnya bab Zuhud dan Raqaiq (kelembutan jiwa),Hadith nombor 7616)Huraian:Hal begini bakal berlaku bila kekuasaan dan kekayaan berada ditangan umat Islam.
Apabila perintah Allah s.w.t. mulai diabaikan ketika tahta dan harta sudah ditangan, maka 4 TA akan berlaku yang menyebabkan tahta dan harta hilang kembali. 4 TA tersebut ialah pertama, Tanafus iaitu saling berebut dan bersaing untuk mendapatkan dan tidak suka jika orang lain yang mendapatkannya. Kedua, Tahasud iaitu saling hasad, iri dan dengki. Berbagai cara akan dilakukan agar kenikmatan yang dirasai saudaranya hilang. Ketiga Tadaabur iaitu saling membelakangi, tidak bertegur sapa dan memutuskan sebarang bentuk hubungan dan komunikasi. Keempat, Tabaghudh iaitu saling membenci, kata-mengata, fitnah memfitnah. Ukhuwwah menjadi putus, permusuhan semakin marak dan mendalam.Baru semalam di dalam satu perbincangan mengenai perjanjian untuk projek kerjasama, timbul satu isu mengenai betapa perlunya kita membuat perjanjian yang jelas hatta dengan saudara kandung sendiri bagi mengelakkan permusuhan. Kita tidak boleh mengambil sikap tak apa, sikap ambil mudah kerana mempercayai seseorang. Bila soal harta dan tahta, manusia akan cepat berubah dan kelabu mata. Malah pepatah Melayu ‘air dicincang tak akan putus’ yang menggambarkan perbalahan sesama saudara tidak akan memutuskan persaudaraan perlu dikaji semula. Persoalannya bagaimana kalau air tersebut dah dibekukan. Bukankah boleh diputus dua dengan gergaji? Maknanya selagi dua pihak boleh berlembut dan tidak membeku dengan sikap tidak mahu bertolak ansur, maka persaudaraan masih dapat diselamatkan. Kalau tidak berantakkanlah jadinya. Fikirkanlah……….!

6 SEBAB MENGAPA GAZA DISERANG???????????

Tentera haram Israel menyerang Gaza sebuah penjara seluas 360 km persegi, mempunyai penduduk terpadat di dunia, iaitu seramai 1.5 juta rakyat Palestin. Lebih 500 jiwa terkorban, ramai wanita dan kanak-kanak dan beribu lagi cedera. Pelbagai senjata canggih, kapalterbang buatan Amerika Syarikat, kereta kebal dan kapal perang telah digunakan untuk membunuh pemimpin dan pejuang HAMAS yang hanya bersenjatakan roket buatan sendiri dan senjata ringan.
TAK PERNAH AKUR DENGAN RESOLUSI PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU
Rejim haram Israel sejak tahun 1948 lagi sehingga sekarang tidak pernah memperdulikan kemarahan dunia terhadapnya. Sejumlah 66 Resolusi Bangsa Bersatu mengutuk kekejaman yang dilakukannya terhadap rakyat Palestin tidak pernah diendahkannya. Amerika Syarikat, kononnya juara Demokrasi dunia sentiasa pula menggunakan kuasa vetonya untuk menggagalkan sebarang Resolusi yang menggutuk Rejim haram ini.Umat Islam sebenarnya sudah hilang kepercayaan terhadap Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Kesatuan Eropah, Pertubuhan Negara-Negara Islam (OIC), Liga Arab atau apa jua Pertubuhan Antarabangsa yang ujud dewasa ini. Mana tidak, sudah 60 tahun, isu Israel yang tak pernah peduli dengan Undang-Undang Antarabangsa, masih bermaharajalela ,malah semakin angkuh dan sombong.BERDAMAI DENGAN ISRAEL?
Entah berapa kali Sidang Kemuncak diadakan, satu pun tak menjadi. Setiap kali, Israel yang menggagalkannya. Kali terakhir, inisiatif Arab Saudi yang mana Dunia Islam akan mengiktiraf Israel sekiranya Israel kembali ke sempadan tahun 1967 dan sanggup berkongsi Baitul Maqdis. Kompromi ini sangatlah memedihkan hati umat Islam, apalagi rakyat Palestin kerana terpaksa mengiktiraf Israel, namun ini semua tidak pernah dihargai oleh Rejim Haram ini. Serangan terhadap Gaza pada 27 Disember yang lalu, ketika umat Islam merayakan Awal Muharam 1430 memusnahkan segala harapan untuk berdamai dengan Israel. Rasanya, tiada siapa lagi yang percaya jalan perdamaian dengan bangsa yang sangat degil ini. Angkuh dan sombong!
MENGAPA MENYERANG GAZA ?
Bagi saya, ada enam sebab mengapa Gaza diserang pada waktu ini. Alasan lain boleh ditambah,tetapi rasanya enam sebab ini yang paling menon jol yang perlu kita fahami.
UNTUK MENANG PILIHANRAYA
Pertama, ianya ada kaitan dengan perebutan kuasa di pentas politik negara Israel itu sendiri. Umum mengetahui bahawa tarikh 10 Februari 2009, adalah tarikh pilihanraya umum Israel. Tiga parti terbesar sedang bersaing untuk merebut kuasa politik iaitu Parti Likud yang diketuai oleh Benyamin Netanyahu, Parti Pembangkang yang sedang mendahului, Parti Buruh yang diketuai oleh Ehud Barak yang juga Menteri Pertahanan dan Parti Kadima yang diketuai oleh Tzipi Livni, Menteri Luar.
Nyawa rakyat Palestin di Gaza dijadikan bahan kempen politik oleh Parti Buruh dan Parti Kadima untuk mengalahkan Parti Likud. Ternyata benar sekali percaturan mereka. Setelah 12 hari Gaza bermandikan darah para syuhada’, Parti Buruh dan Parti Kadima mendapat kembali sokongan populariti rakyat Israel.
MELUMPUHKAN HAMAS
Kedua, Israel tidak mampu untuk menghadapi sebuah kerajaan Palestin yang kuat dan berpengaruh. Survival Israel bergantung kepada kelemahan dan konflik dalaman antara Pejuang Palestin. Setelah Yasir Arafat dibunuh kredibilitinya, dan kemudian meninggal dunia, HAMAS tampil sebagai pengganti. Kali ini kekuatan HAMAS begitu menyerlah sehingga mampu melancarkan roket buatan sendiri yang mengancam keselamatan rakyat Israel. Juga kekuatan politik HAMAS begitu menyerlah sehingga mampu mentadbir keseluruhan Palestin walaupun tanpa FATAH. Jadi, Israel terpaksa membunuh keseluruhan pemimpin HAMAS dan juga menghapuskan ancaman roket Qassam HAMAS demi survival negara Israel itu.
MENCARI PENGGANTI ABBAS SEBAGAI BONEKA BARU
Ketiga, Israel terpaksa mencari pengganti Mahmoud Abbas sebagai Presiden Palestin yang tamat tempoh jawatannya pada 9 Januari 2009. Mahmoud Abbas dipilih menjadi Presiden Palestin menggantikan Yasir Arafat pada Januari 2005 untuk selama empat tahun. Setelah itu, pilihanraya memilih Presiden mesti diadakan mengikut Perlembagaan Palestin.
Masalah bagi Israel ialah siapa dia pengganti yang ‘moderat’ seperti Mahmoud Abbas? Kalau mengikut sentimen rakyat Palestin, pengganti yang sesuai ialah dari kalangan pemimpin HAMAS. Ini yang menakutkan Israel. Justeru itu serangan keatas Gaza ialah bagi menghapus pemimpin HAMAS. Mereka telah mencuba membunuh pemimpin utama HAMAS iaitu Khalid Mishaal di Amman, Jordan, tetapi gagal. Tetapi mereka berjaya membunuh Sheikh Yasin, Pengasas HAMAS.
Jadi dengan serangan ini, pilihanraya tidak mungkin dapat diadakan. Alasannya, Palestin dalam keadaan tidak stabil untuk pilihanraya. Maka, Mahmoud Abbas akan terus memerintah sehingga sempat dicipta seorang lagi boneka Yahudi untuk menggantikannya.
MEMULIH MARUAH TENTERA
Keempat, setelah Israel tewas dengan Hizbullah di dalam Perang Lebanon pada tahun 2006, moral tentera Yahudi tersebut amatlah rendah. Maruah mereka sebagai negara ketenteraan yang terkuat di Timur Tengah telah tercalar. Serangan ke atas Gaza adalah untuk menebus maruah tersebut dan juga untuk memulih keyakinan rakyatnya bahawa mereka dalam keadaan selamat.
MENGIKAT OBAMA DENGAN DASAR PRO-ISRAEL
Kelima, Israel mesti memastikan sokongan Amerika Syarikat tetap tidak berbelah bagi terhadap negaranya. Mereka tahu bahawa sebaik saja Amerika Syarikat cuba menjadi orang tengah yang adil di dalam krisis Palestin ini, akan menyebabkan survival negara Israel tersebut terancam. Kemenangan Barack Hussein Obama sebagai Presiden Amerika Syarikat yang baru cukup membimbangkan mereka. Obama seorang yang terbuka dan lebih liberal. Ini adalah kerana bapa dan bapa tirinya adalah beragama Islam. Walau Obama menegaskan bahawa beliau adalah seorang Keristian, pendedahan kepada agama Islam walaupun tidak seberapa ketika beliau masih kanak-kanak lagi, mesti ada kesan terhadap sikap dan perwatakannya.
Justeru itu, bagi mengikat Obama supaya terus dengan Dasar White House sebelum ini, maka serangan ini sebelum Obama menjadi Presiden adalah langkah 'pre-emptive’ yang amat wajar.
BERDAMAI CARA ISRAEL – UJUD NEGARA BONEKA PALESTIN
Keenam, Israel sejak tahun 1948, sememangnya tidak pernah berminat untuk berdamai dengan rakyat Palestin. Amerika Syarikat telah beberapa kali cuba untuk mengadakan Perjanjian Damai. Presiden Jimmy Carter adalah antara Presiden yang sangat serius di dalam usaha perdamaian ini. Perjanjian Kem David adalah usaha beliau yang ikhlas.
Namun, Israel tetap dengan perangainya yang degil, angkuh dan sombong. Kesemua perjanjian damai sentiasa berakhir dengan pencabulan oleh Israel sendiri. Inisiatif yang mutakhir kali ini ialah dari Arab Saudi sendiri. Inisiatif yang memaksa dunia Arab mengiktiraf kewujudan Israel dan sebagai gantinya, Israel kembali ke sempadan tahun 1967, dan Baitul Maqdis menjadi milik bersama, dan mengiktiraf kewujudan negara Palestin. Pelan Damai ini sememangnya perit untuk diterima. Umpama kita terpaksa mengiktiraf perompak yang telah merampas hak kita. Namun demikian demi semangat cintakan perdamaian setelah lebih 60 tahun berbunuhan, dengan berat hati terimalah juga.
Namun, untuk kesekian kalinya, serangan terhadap Gaza telah memusnahkan segala-galanya. Pengorbanan dan sikap tolak-ansur negara Arab langsung tak pernah dihargai oleh Bangsa Yahudi ini. Negara Arab harus tahu diri. Sebarang usaha perdamaian harus mengikut terma Israel. Tanda titik.

Isnin, 4 Januari 2010

Kenyataan Media ABIM - Polemik Kalimah Allah: ABIM Kesal Keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur


Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) ingin menyatakan rasa kesal terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang telah membenarkan penggunaan kalimah Allah oleh majalah Harold : The Catholic Weekly. Kesan utama kepada penggunaan ini ialah masyarakat bukan Islam diberikan hak berdasarkan tafsiran perlembagaan untuk menggunakan kalimah Allah dalam penerbitan ataupun penggunaan seharian, dan sebarang larangan oleh pihak berkuasa atau otoriti agama Islam adalah tidak sah. ABIM menilai keputusan ini tidak bertepatan dengan semangat peruntukan Perlembagaan Persekutuan yang meletakkan Islam di tempat yang istimewa di kalangan agama-agama lain di negara ini. Ia juga bertentangan dengan larangan penggunaannya yang dikeluarkan oleh Kementerian Dalam Negeri dan Majlis-Majlis Agama Islam Negeri kerana ia dikenalpasti bakal mengelirukan akidah dan konsep ketuhanan di kalangan umat Islam, merobek sensitiviti umat Islam selaku majoriti di negara ini serta berpotensi menimbulkan ketidaktenramaan awam sekiranya tidak ditangani secara baik.. Justeru Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) memohon campur tangan Majlis Raja-Raja Melayu untuk menghentikan segera polemik kalimah Allah. Gesaan ini selari dengan peruntukan perlembagaan persekutuan, yang menetapkan segala urusan berkaitan dengan hal ehwal agama Islam diletakkan di bawah kuasa serta naungan Raja-Raja Melayu.
ABIM juga menyeru agar pihak Kementerian Dalam Negeri (KDN) bertindak lebih tegas mengikut peruntukan perlembagaan, undang-undang sedia ada dan enakmen undang-undang Islam di negeri-negeri dan tidak mengeluarkan permit penggunaan tersebut pada masa-masa akan datang. ABIM juga menyeru agar pihak KDN menggunakan segala saluran perundangan yang ada untuk mengemukakan rayuan terhadap keputusan yang merobek sensitivit umat Islaam tersebut.
Akhir sekali, ABIM memohon agar semua pihak bertenang dan menghormati keputusan ini dan tidak bertindak secara emosional demi untuk menjaga keharmonian serta kestabilan hubungan di antara kaum di negara ini.
" Menegakkan Kebenaran & Keadilan
"MOHAMAD RAIMI AB.RAHIM
Setiausaha Agung Angkatan Belia Islam Malaysia

Kalimah Allah : Kerajaan digesa Buat Rayuan

KUALA LUMPUR 31 Dis. – Kerajaan digesa mempercepatkan rayuan berhubung keputusan Mahkamah Tinggi hari ini yang membenarkan akhbar mingguan Herald-The Catholic Weekly menggunakan perkataan Allah dalam penerbitannya. Setiausaha Agung Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Mohamad Raimi Ab. Rahim berkata, Kementerian Dalam Negeri (KDN) perlu menggunakan saluran perundangan yang ada untuk mengemukakan rayuan terhadap keputusan itu yang disifatkan merobek sensitiviti umat Islam. “ABIM juga memohon campur tangan Majlis Raja-Raja untuk menghentikan segera polemik penggunaan kalimah Allah ini.“Gesaan ini selari dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan yang menetapkan segala urusan berkaitan dengan hal ehwal agama Islam diletakkan di bawah kuasa raja-raja Melayu,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini. Beliau berkata demikian sebagai mengulas keputusan Mahkamah Tinggi di sini yang membenarkan Herald-The Catholic Weekly menggunakan perkataan Allah dalam penerbitannya atas alasan ia mempunyai hak dalam perlembagaan. Hakim Datuk Lau Bee Lan menegaskan bahawa KDN telah bertindak secara salah ketika mengenakan larangan penggunaan perkataan Allah dalam penerbitan akhbar mingguan itu.
Mohamad Raimi berkata, keputusan itu tidak bertepatan dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan yang meletakkan Islam di tempat yang istimewa di antara agama-agama lain di negara ini. “Kesan utama kepada penggunaan ini ialah masyarakat bukan Islam diberikan hak berdasarkan tafsiran perlembagaan untuk menggunakan kalimah Allah dan sebarang larangan oleh pihak berkuasa atau autoriti agama Islam adalah tidak sah,” katanya. Timbalan Presiden Peguam Syarie Malaysia (PGSM), Musa Awang pula berkata, keputusan itu bukan sahaja satu pukulan yang hebat terhadap agama Islam.
Menurutnya, PGSM tetap berpendirian perkataan Allah hanya eksklusif kepada penganut Islam. “Bagaimanapun, PGSM akur dengan keputusan tersebut kerana menghormati mahkamah, namun akan mengkaji keputusan itu bersama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) lain termasuk membawanya ke mahkamah yang lebih tinggi,” katanya. Sementara itu, Timbalan Presiden Persatuan Peguam Muslim, Muhamad Burok turut kecewa dengan keputusan itu dan mahu kerajaan mengambil langkah sewajarnya kerana perkataan Allah bukan satu mainan terutamanya untuk orang bukan Islam. Menurutnya, perkataan Allah ditauhidkan sebagai ‘satu’ dan bukannya tuhan seperti yang difahami orang bukan Islam.“Umat Islam memahami penggunaan perkataan Allah mengikut syahadah iaitu Allah adalah satu dan Nabi Muhammad SAW itu pesuruh Allah dan ini bertentangan dengan pemahaman orang bukan Islam,” katanya. Presiden Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM), Zaid Kamaruddin pula berkata, keputusan itu dilihat bertentangan dengan undang-undang yang terdapat di 10 negeri yang melarang penggunaan kalimah Allah oleh orang bukan Islam. “JIM berasakan perlu penglibatan Mahkamah Syariah dalam isu melibatkan penggunaan kalimah Allah,” katanya.Presiden Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM), Muhammad Faisal Abdul Aziz pula berkata, pihaknya akan mengemukakan rayuan bersama KDN untuk menyemak semula keputusan Mahkamah Tinggi itu. Menurutnya, dalam konteks masyarakat Malaysia dan Melayu, kalimah Allah adalah bersifat eksklusif yang hanya merujuk kepada konsep tuhan yang difahami oleh umat Islam sahaja.
Sumber dipetik : www.utusanmalaysia.com.my

Template by:
Free Blog Templates