Selasa, 5 Januari 2010

6 SEBAB MENGAPA GAZA DISERANG???????????

Tentera haram Israel menyerang Gaza sebuah penjara seluas 360 km persegi, mempunyai penduduk terpadat di dunia, iaitu seramai 1.5 juta rakyat Palestin. Lebih 500 jiwa terkorban, ramai wanita dan kanak-kanak dan beribu lagi cedera. Pelbagai senjata canggih, kapalterbang buatan Amerika Syarikat, kereta kebal dan kapal perang telah digunakan untuk membunuh pemimpin dan pejuang HAMAS yang hanya bersenjatakan roket buatan sendiri dan senjata ringan.
TAK PERNAH AKUR DENGAN RESOLUSI PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU
Rejim haram Israel sejak tahun 1948 lagi sehingga sekarang tidak pernah memperdulikan kemarahan dunia terhadapnya. Sejumlah 66 Resolusi Bangsa Bersatu mengutuk kekejaman yang dilakukannya terhadap rakyat Palestin tidak pernah diendahkannya. Amerika Syarikat, kononnya juara Demokrasi dunia sentiasa pula menggunakan kuasa vetonya untuk menggagalkan sebarang Resolusi yang menggutuk Rejim haram ini.Umat Islam sebenarnya sudah hilang kepercayaan terhadap Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Kesatuan Eropah, Pertubuhan Negara-Negara Islam (OIC), Liga Arab atau apa jua Pertubuhan Antarabangsa yang ujud dewasa ini. Mana tidak, sudah 60 tahun, isu Israel yang tak pernah peduli dengan Undang-Undang Antarabangsa, masih bermaharajalela ,malah semakin angkuh dan sombong.BERDAMAI DENGAN ISRAEL?
Entah berapa kali Sidang Kemuncak diadakan, satu pun tak menjadi. Setiap kali, Israel yang menggagalkannya. Kali terakhir, inisiatif Arab Saudi yang mana Dunia Islam akan mengiktiraf Israel sekiranya Israel kembali ke sempadan tahun 1967 dan sanggup berkongsi Baitul Maqdis. Kompromi ini sangatlah memedihkan hati umat Islam, apalagi rakyat Palestin kerana terpaksa mengiktiraf Israel, namun ini semua tidak pernah dihargai oleh Rejim Haram ini. Serangan terhadap Gaza pada 27 Disember yang lalu, ketika umat Islam merayakan Awal Muharam 1430 memusnahkan segala harapan untuk berdamai dengan Israel. Rasanya, tiada siapa lagi yang percaya jalan perdamaian dengan bangsa yang sangat degil ini. Angkuh dan sombong!
MENGAPA MENYERANG GAZA ?
Bagi saya, ada enam sebab mengapa Gaza diserang pada waktu ini. Alasan lain boleh ditambah,tetapi rasanya enam sebab ini yang paling menon jol yang perlu kita fahami.
UNTUK MENANG PILIHANRAYA
Pertama, ianya ada kaitan dengan perebutan kuasa di pentas politik negara Israel itu sendiri. Umum mengetahui bahawa tarikh 10 Februari 2009, adalah tarikh pilihanraya umum Israel. Tiga parti terbesar sedang bersaing untuk merebut kuasa politik iaitu Parti Likud yang diketuai oleh Benyamin Netanyahu, Parti Pembangkang yang sedang mendahului, Parti Buruh yang diketuai oleh Ehud Barak yang juga Menteri Pertahanan dan Parti Kadima yang diketuai oleh Tzipi Livni, Menteri Luar.
Nyawa rakyat Palestin di Gaza dijadikan bahan kempen politik oleh Parti Buruh dan Parti Kadima untuk mengalahkan Parti Likud. Ternyata benar sekali percaturan mereka. Setelah 12 hari Gaza bermandikan darah para syuhada’, Parti Buruh dan Parti Kadima mendapat kembali sokongan populariti rakyat Israel.
MELUMPUHKAN HAMAS
Kedua, Israel tidak mampu untuk menghadapi sebuah kerajaan Palestin yang kuat dan berpengaruh. Survival Israel bergantung kepada kelemahan dan konflik dalaman antara Pejuang Palestin. Setelah Yasir Arafat dibunuh kredibilitinya, dan kemudian meninggal dunia, HAMAS tampil sebagai pengganti. Kali ini kekuatan HAMAS begitu menyerlah sehingga mampu melancarkan roket buatan sendiri yang mengancam keselamatan rakyat Israel. Juga kekuatan politik HAMAS begitu menyerlah sehingga mampu mentadbir keseluruhan Palestin walaupun tanpa FATAH. Jadi, Israel terpaksa membunuh keseluruhan pemimpin HAMAS dan juga menghapuskan ancaman roket Qassam HAMAS demi survival negara Israel itu.
MENCARI PENGGANTI ABBAS SEBAGAI BONEKA BARU
Ketiga, Israel terpaksa mencari pengganti Mahmoud Abbas sebagai Presiden Palestin yang tamat tempoh jawatannya pada 9 Januari 2009. Mahmoud Abbas dipilih menjadi Presiden Palestin menggantikan Yasir Arafat pada Januari 2005 untuk selama empat tahun. Setelah itu, pilihanraya memilih Presiden mesti diadakan mengikut Perlembagaan Palestin.
Masalah bagi Israel ialah siapa dia pengganti yang ‘moderat’ seperti Mahmoud Abbas? Kalau mengikut sentimen rakyat Palestin, pengganti yang sesuai ialah dari kalangan pemimpin HAMAS. Ini yang menakutkan Israel. Justeru itu serangan keatas Gaza ialah bagi menghapus pemimpin HAMAS. Mereka telah mencuba membunuh pemimpin utama HAMAS iaitu Khalid Mishaal di Amman, Jordan, tetapi gagal. Tetapi mereka berjaya membunuh Sheikh Yasin, Pengasas HAMAS.
Jadi dengan serangan ini, pilihanraya tidak mungkin dapat diadakan. Alasannya, Palestin dalam keadaan tidak stabil untuk pilihanraya. Maka, Mahmoud Abbas akan terus memerintah sehingga sempat dicipta seorang lagi boneka Yahudi untuk menggantikannya.
MEMULIH MARUAH TENTERA
Keempat, setelah Israel tewas dengan Hizbullah di dalam Perang Lebanon pada tahun 2006, moral tentera Yahudi tersebut amatlah rendah. Maruah mereka sebagai negara ketenteraan yang terkuat di Timur Tengah telah tercalar. Serangan ke atas Gaza adalah untuk menebus maruah tersebut dan juga untuk memulih keyakinan rakyatnya bahawa mereka dalam keadaan selamat.
MENGIKAT OBAMA DENGAN DASAR PRO-ISRAEL
Kelima, Israel mesti memastikan sokongan Amerika Syarikat tetap tidak berbelah bagi terhadap negaranya. Mereka tahu bahawa sebaik saja Amerika Syarikat cuba menjadi orang tengah yang adil di dalam krisis Palestin ini, akan menyebabkan survival negara Israel tersebut terancam. Kemenangan Barack Hussein Obama sebagai Presiden Amerika Syarikat yang baru cukup membimbangkan mereka. Obama seorang yang terbuka dan lebih liberal. Ini adalah kerana bapa dan bapa tirinya adalah beragama Islam. Walau Obama menegaskan bahawa beliau adalah seorang Keristian, pendedahan kepada agama Islam walaupun tidak seberapa ketika beliau masih kanak-kanak lagi, mesti ada kesan terhadap sikap dan perwatakannya.
Justeru itu, bagi mengikat Obama supaya terus dengan Dasar White House sebelum ini, maka serangan ini sebelum Obama menjadi Presiden adalah langkah 'pre-emptive’ yang amat wajar.
BERDAMAI CARA ISRAEL – UJUD NEGARA BONEKA PALESTIN
Keenam, Israel sejak tahun 1948, sememangnya tidak pernah berminat untuk berdamai dengan rakyat Palestin. Amerika Syarikat telah beberapa kali cuba untuk mengadakan Perjanjian Damai. Presiden Jimmy Carter adalah antara Presiden yang sangat serius di dalam usaha perdamaian ini. Perjanjian Kem David adalah usaha beliau yang ikhlas.
Namun, Israel tetap dengan perangainya yang degil, angkuh dan sombong. Kesemua perjanjian damai sentiasa berakhir dengan pencabulan oleh Israel sendiri. Inisiatif yang mutakhir kali ini ialah dari Arab Saudi sendiri. Inisiatif yang memaksa dunia Arab mengiktiraf kewujudan Israel dan sebagai gantinya, Israel kembali ke sempadan tahun 1967, dan Baitul Maqdis menjadi milik bersama, dan mengiktiraf kewujudan negara Palestin. Pelan Damai ini sememangnya perit untuk diterima. Umpama kita terpaksa mengiktiraf perompak yang telah merampas hak kita. Namun demikian demi semangat cintakan perdamaian setelah lebih 60 tahun berbunuhan, dengan berat hati terimalah juga.
Namun, untuk kesekian kalinya, serangan terhadap Gaza telah memusnahkan segala-galanya. Pengorbanan dan sikap tolak-ansur negara Arab langsung tak pernah dihargai oleh Bangsa Yahudi ini. Negara Arab harus tahu diri. Sebarang usaha perdamaian harus mengikut terma Israel. Tanda titik.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Template by:
Free Blog Templates