Selasa, 12 Januari 2010

JANTUNGKU TERSAYANG, TERUSKAN BEDENYUT



Jantung adalah satu organ penting yang mula berfungsi sejak dari janin hinggalah seseorang itu meninggal dunia. Ia mengepam darah untuk membekalkan oksigen dan nutrien ke seluruh badan melalui sistem peredaran darah.
Jantung yang sihat berupaya mengepam sebanyak 10,000 liter darah sehari. Jantung yang sihat juga akan berdenyut kira-kira 100,000 kali sehari iaitu antara 60 hingga 80 kali seminit.
Penyakit Jantung
Seseorang individu boleh mengidap 2 jenis penyakit jantung iaitu:
Penyakit jantung kongenital
Berlaku sejak dalam kandungan seperti jantung berlubang dan kecacatan injap jantung.
Penyakit Jantung Bukan Kongenital
Terjadi akibat jangkitan atau cara hidup tidak sihat seperti penyakit jantung koronari.
Serangan Jantung
Seseorang itu dikatakan mendapat serangan jantung apabila otot jantungnya tidak mendapat bekalan darah yang mencukupi disebabkan pembuluh darah menjadi sempit atau bekalan darah terhenti sama sekali.
Ini terjadi apabila berlakunya pengumpulan lemak yang melekat pada dinding saluran darah yang lama kelamaan menyempit atau menyekat pengaliran darah ke jantung.
Jika pembuluh darah tersumbat sepenuhnya, ini boleh menyebabkan serangan jantung.
Faktor-faktor risiko serangan jantung
Kurang senaman/tidak aktif
Merokok
Pemakanan yang tidak sihat
Kegemukan
Diabetes
Tekanan darah tinggi
Tekanan perasaan (stress)
Serangan Jantung Boleh Dicegah
Bersenam sekurang-kurangnya 3 kali seminggu, 20-30 minit setiap kali
Makan secara sihat
Kekalkan berat badan unggul
Berhenti merokok
Belajar menangani tekanan perasaan
Periksa tekanan darah
Periksa paras glukosa darah
Awasi paras kolesterol
Lakukan pemeriksaan kesihatan secara berkala
Tanda-tanda Serangan Jantung
Sesak nafas
Sakit dada yang menekan-nekan bermula di bahagian tengah atau kiri dada dan biasanya merebak ke lengan kiri dan leher
Sakit mencengkam sehingga boleh menyebabkan pitam atau pengsan
Berpeluh dingin
Berasa sejuk walaupun suhu persekitaran panas
Pening kepala dan berasa loya

0 ulasan:

Catat Ulasan

Template by:
Free Blog Templates