Isnin, 14 September 2009

CATATAN RINGKAS KEMBARA RAMADAN JELAJAH KAMPUNG PANCHOR DAN KAMPUNG ORANG ASLI PANTAI SALAM

Pada 12hb Sept 2009 , Presiden ABIM Saudara Muhamad Razak Idris telah menyertai Kembara Ramadan di Kota Tinggi . ABIM Negeri telah memberi kepercayaan dan tunjuk ajar kepada ABIM Kota Tinggi untuk melaksanakan Kembara Ramadan . Tepat jam 10.43 pagi , saudara Presiden telah sampai di Felda Air Tawar . Alhamdulillah , Mantan YDP ABIM Tuan Haji Baharom bin Ahmad BERKESEMPATAN beraman mesra saudara Presiden . Ekspedisi dimulakan dengan melawat tempat bersejarah di sekitar Kampung Pancor . Makam Sultan Abdul Jalil antara makam yang dilawati . Selepas itu , kami solat Zohor di Masjid Kampung Panchor . Kembara Ramadan turut disertai oleh wakil Pegawai Pendidikan Daerah Kota Tinggi iaitu Ustaz Jalaludin serta 2 orang rakan beliau . Pergerakan Ke Kampung Orang Asli Pasir Salam banyak memberi keinsafan dan pengajaran . Menurut salah seorang wakil kampung Orang Asli Pasir Salam Saudara Bakar menyatakan bahawa dahulu ramai orang islam di kampung tersebut tetapi lama kelamaan ramai memeluk agama kristian . Saudara Presiden turut berkesempatan melawat dan beramah mesra bersama orang kampung serta sedikit bantuan diberikan . Pada sebelah malam , setelah majlis berbuka puasa dan solat tarawih , Saudara Presiden turut memberi ucapan yang bernas terutama penekanan ` Generasi Gelombang Kedua `. Pada keesokannya , setelah Majlis Qiamulail dan solat subuh , Saudara Presiden berangkat pulang pada pukul 6 pagi ke Kuala Lumpur.
Pada hari KEDUA , Kembara Ramadan bergerak Ke kampung Panchor dan Sungai Semilang . Seramai 30 keluarga telah di beri bantuan . Satu Program di luar jangkaan , iaitu Kembara Sejarah Kampung Panchor telah dijalankan. Ekspedisi ini , di ketuai oleh Pak Cik Omar menceritakan dan membawa kami ke Kota Kampung Panchor. Banyak pengalaman yang kami timba dan pengajaran yang kami perolehi . Setelah Kembara Ramadan MERANGKAP KEMBARA SEJARAH berakhir , kami solat berjemaah di Masjid Kampung Panchor. Majlis bersalam -salaman diakhiri dengan selawat . ABIM Kota Tinggi terus ke Kampung Ladang Nyannyo . Majlis Penyerahan bantuan kepada golongan yang kurang berkemampuan turut diadakan oleh Pengerusi Masjid iaitu Saudara Salim . Setelah selesai Majlis Berbuka Puasa , kami beredar ke destinasi masing -masing . PENAT , MENGINSAFKAN DAN GEMBIRA MENYELUBUNGI PEMIKIRAN KAMI . ALHAMDULILAH ,KEMBARA RAMADAN 2009 BERJAYA MENCAPAI MATLAMATNYA. TERIMA KASIH KEPADA PARA DERMAWAN SEKAMPIT BERAS , TERIMA KASIH KEPADA BARISAN WADAH KOTA TINGGI , TERIMA KSIH KEPADA ABIM NEGERI SERTA BARISAN EXCO ABIM KOTA TINGGI TAHUN 2009. SEMOGA ALLAH MERAHMATI DAN MENGASIHI KITA SEMUA.AMIN.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Template by:
Free Blog Templates