Isnin, 28 September 2009

Puasa Enam & Beberapa Persoalan Mengenainya

بسم الله الرحمن الرحيمالحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على رسوله الأمين، وعلى آله وصحبه أجمعين.

Ibadah puasa adalah suatu amalan mulia yang amat digalakkan oleh Islam. Selain puasa fardhu Ramadhan, umat Islam juga boleh melakukan ibadat puasa sunat di luar bulan Ramadhan.
Ada puasa sunat yang bersifat mingguan (seperti berpuasa pada hari isnin dan khamis), puasa bulanan (tiga hari dalam sebulan) dan puasa tahunan (hari Arafah, ‘Asyura’ dan enam hari dalam bulan Syawal).Puasa adalah satu ibadah yang besar keutamaannya. Abu Hurairah radhiallahu ‘anhu meriwayatkan bahawa Rasulullah sallallahu’alaihiwasallam bersabda, Allah subhanahu wata’aala berfirman (dalam hadis Qudsi):
( كُلُّ عَمَلِ ابْنِ آدَمَ لَهُ إِلا الصِّيَامَ؛ فَإِنَّهُ لِي وَأَنَا أَجْزِي بِهِ… وَالَّذِي نَفْسُ مُحَمَّدٍ بِيَدِهِ لَخُلُوفُ فَمِ الصَّائِمِ أَطْيَبُ عِنْدَ اللهِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ مِنْ رِيحِ الْمِسْكِ )) رواه مسلم.
Maksudnya: “Setiap amal manusia adalah untuk dirinya kecuali puasa, ia adalah untuk-Ku dan Aku memberi ganjaran dengan (amalan puasa itu).” (Rasulullah menjelaskan): “Demi Allah yang jiwa Muhammad berada di tangan-Nya, nafas orang yang berpuasa adalah lebih harum di sisi Allah berbanding wangian kasturi.” [Sahih Muslim no: 1151] Selain hadis di atas, terdapat banyak hadis lain yang menerangkan keutamaan puasa sunat.Abu Said Al-Khudri ra berkata: Rasulullah saw bersabda:
(( مَنْ صَامَ يَوْمًا فِي سَبِيلِ اللهِ بَعَّدَ اللهُ وَجْهَهُ عَنْ النَّارِ سَبْعِينَ خَرِيفًا )) رواه البخاري.Maksudnya: “Sesiapa yang berpuasa satu hari pada jalan Allah, nescaya Allah swt menjauhkan mukanya dari api neraka selama 70 tahun”. [Sahih Al-Bukhari no: 2840]Di antara puasa sunat ialah puasa enam hari pada bulan Syawal. Bersempena dengan bulan Syawal ini, artikel ini akan membincangkan tentang puasa sunat ini.Dalil Puasa Sunat Enam Syawal.Abu Ayyub Al-Ansari ra berkata:
Rasulullah saw bersabda:(( مَنْ صَامَ رَمَضَانَ ثُمَّ أَتْبَعَهُ سِتًّا مِنْ شَوَّالٍ كَانَ كَصِيَامِ الدَّهْرِ)) رواه مسلم.
Maksudnya: “Sesiapa yang berpuasa Ramadhan kemudian dia mengiringinya dengan enam hari dari bulan Syawal maka seperti ia berpuasa sepanjang tahun.” [Sahih Muslim hadis no: 1164].

Di dalam hadis ini Rasulullah saw menyatakan bahawa puasa enam hari selepas bulan Ramadhan akan diganjari pahala seolah-olah berpuasa selama setahun.Para ulama’ menghuraikan rahsia di sebalik ganjaran tersebut dengan mendatangkan dalil bahawa setiap amalan kebaikan manusia akan diganjari sebanyak 10 kali ganda. Puasa 30 hari di bulan Ramadhan diganjari sebanyak 300 hari, manakala puasa 6 hari di bulan Syawal pula diganjari dengan 60 hari. Jika dikira jumlahnya ialah 360 hari, ia hampir menyamai jumlah hari di dalam setahun sebanyak 360 hari. Sesungguhnya Allah swt maha berkuasa untuk memberikan ganjaran sebanyak mana yang dikehendaki-Nya.Hikmah Puasa Sunat Enam Syawal.Sebenarnya puasa enam hari ini mempunyai beberapa hikmah yang tertentu dari sudut kesihatan manusia itu sendiri.
Puasa selama sebulan penuh di bulan Ramadhan antaranya menyebabkan sistem percernaan di dalam badan berehat seketika di waktu siang selama sebulan. Kedatangan bulan Syawal pula menyebabkan seolah-olah ia mengalami kejutan dengan diberikan tugas mencerna pelbagai makanan pada hari raya dan hari-hari selepasnya. Oleh kerana itulah, puasa enam ini memberikan ruang kembali kepada sistem pencernaan badan untuk berehat dan bertugas secara beransur-ansur untuk kebaikan jasmani manusia itu sendiri.Selain dari itu, sebagai manusia yang menjadi hamba kepada Allah swt, alangkah baiknya seandainya amalan puasa yang diwajibkan ke atas kita di bulan Ramadhan ini kita teruskan juga di bulan Syawal walaupun sekadar enam hari. Ini seolah-olah menunjukkan bahawa kita tidak melakukan ibadat puasa semata-mata kerana ia menjadi satu kewajipan tetapi kerana rasa diri kita sebagai seorang hamba yang benar-benar bersunguh-sungguh untuk taqarrub kepada tuhannya. Kerana itulah kata ulama’: “Betapa malangnya orang yang hanya mengenal Allah pada bulan Ramadhan, sedangakan pada bulan lain Allah swt dilupai”.Hukum Puasa Sunat Enam Syawal.Hukumnya adalah sunat.

Berkata Imam An-Nawawi rh: “Hadis ini jelas menjadi dalil bagi mazhab Imam al-Syafi’e, Imam Ahmad, Daud dan ulama’ yang sependapat dengan mereka bahawa disunatkan berpuasa enam hari (pada bulan Syawal).Imam Malik dan Imam Abu Hanifah pula menganggap hukumnya makruh. Sebabnya kerana bimbang orang ramai akan menyangka ia adalah sebahagian dari puasa Ramadhan (yang wajib hukumnya) padahal ia bukanlah dari puasa Ramadhan.” [Syarah Sahih Muslim 8/56]Bilakah Dimulakan Puasa Sunat Enam Syawal?Puasa sunat enam Syawal paling awal dimulakan pada 2 Syawal. Ini kerana tarikh 1 Syawal adalah hari Eidil Fitri dan kita dilarang dari berpuasa pada hari tersebut.
Abu Hurairah ra berkata:( أَنَّ رَسُولَ اللهِ r نَهَى عَنْ صِيَامِ يَوْمَيْنِ: يَوْمِ الأَضْحَى، وَيَوْمِ الْفِطْرِ ) رواه مسلم.
Maksudnya: “Nabi saw melarang puasa pada hari (Eidil) Fitri dan (Eidil) Adha.” [Sahih Al-Bukhari no: 1991].Bagaimana Melaksanakan Puasa Sunat Enam Syawal?Syarat dan adab bagi puasa sunat enam Syawal adalah sama seperti puasa wajib pada bulan Ramadhan.Persoalan yang menjadi perbincangan di kalangan para ulama’ ialah:

1- Adakah ia dilaksanakan secara berturut-turut selama enam hari atau secara terputus?
Pandangan yang lebih tepat adalah ia boleh dilakukan secara terputus (tidak berturut-turut) asalkan jumlah enam hari dicukupkan sebelum berakhirnya bulan Syawal. Ini kerana apabila Rasulullah saw menganjurkan puasa sunat enam hari ini, baginda menyebut bulan Syawal secara umum tanpa memberi ketentuan hari-harinya. Maka puasa enam tersebut boleh dilaksanakan pada mana-mana hari dalam bulan Syawal asalkan bukan pada 1 Syawal dan bukan sesudah berakhir bulan Syawal.

Namun adalah lebih afdhal disegerakan pelaksanaan puasa enam Syawal berdasarkan umum firman Allah swt:] وَسَارِعُوا إِلَى مَغْفِرَةٍ مِنْ رَبِّكُمْ وَجَنَّةٍ عَرْضُهَا السَّمَوَاتُ وَالأَرْضُ أُعِدَّتْ لِلْمُتَّقِينَ [ [آل عمران: 133]Maksudnya: “Dan bersegeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan (ke arah mendapatkan) Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa.” [Surah Aali Imran:133]

2- Melaksanakan Puasa Sunat Enam Syawal Sebelum Mengqadha Puasa Ramadhan.

Wujud perbincangan di kalangan para ulama’, apakah dibolehkan berpuasa sunat enam Syawal jika seseorang itu memiliki hutang puasa Ramadhan yang belum diqadhanya? Ada dua pendapat ulama’ dalam masalah ini.Pendapat Pertama: Boleh melakukannya, berdasarkan dalil bahawa Aisyah radhiallahu ‘anha pernah mengakhirkan hutang puasa Ramadhan yang perlu diqadhanya hingga ke bulan Sya’ban yang akan datang. Aisyah ra berkata:( كَانَ يَكُونُ عَلَيَّ الصَّوْمُ مِنْ رَمَضَانَ، فَمَا أَسْتَطِيعُ أَنْ أَقْضِيَ إِلا فِي شَعْبَانَ. قَالَ يَحْيَى: الشُّغْلُ مِنْ النَّبِيِّ أَوْ بِالنَّبِيِّ r) رواه البخاريMaksudnya: “Aku memiliki hutang puasa bulan Ramadhan. Aku tidak mampu mengqadhanya kecuali pada bulan Sya’ban.” Kerana sibuk (melayani) Rasulullah saw. [Sahih Muslim no: 1146. Sahih al-Bukhari, hadis no: 1950, penjelasan "kerana sibuk melayani Rasulullah saw" ialah penjelasan salah seorang perawi hadis yang bernama Yahya bin Sa‘id.]Para ulama’ yang mengemukakan pendapat pertama berhujah, sudah tentu tidak mungkin isteri Rasulullah saw, yakni Aisyah ra, tidak melaksanakan puasa sunat enam Syawal. Pasti beliau melaksanakannya dan tindakan beliau yang mengqadha puasa Ramadhan pada bulan Sya’ban menunjukkan dibolehkan berpuasa sunat enam Syawal sekali pun seseorang itu memiliki hutang puasa Ramadhan.Pendapat Kedua: Tidak boleh melakukannya, berdasarkan hadis yang menganjurkan puasa sunat enam Syawal itu sendiri yang telah dikemukakan di awal risalah ini. Hadis tersebut berbunyi: “Sesiapa yang berpuasa Ramadhan kemudian dia mengiringinya dengan enam hari dari bulan Syawal maka seperti ia berpuasa sepanjang tahun.”Rasulullah saw mensyaratkan “berpuasa Ramadhan” terlebih dahulu, kemudian barulah “mengiringinya dengan enam hari dari bulan Syawal”. Ini menunjukkan puasa sunat enam Syawal hanya dilaksanakan sesudah seseorang itu menggenapkan puasa Ramadhannya. Jika ada puasa Ramadhan ditinggalkan, ia perlu diqadha terlebih dahulu. Kemudian barulah diiringi dengan puasa sunat enam Syawal.Kalau diperhatikan secara teliti, pendapat yang kedua lebih rajih (kuat); Kerana ianya lebih menepati dalil puasa sunat enam Syawal itu sendiri. Selain dari itu, membayar hutang yang wajib hendaklah didahulukan dari memberi sedekah yang sunat. Ini disokong dengan ayat 133 surah Aali Imran yang dikemukakan sebelum ini, yang menganjurkan kita untuk menyegerakan amal kebajikan. Sudah tentu amal yang wajib lebih perlu disegerakan daripada amal yang sunat.Namun, sekiranya seorang itu tidak berkesempatan (disebabkan keuzuran) untuk melakukan qadha kemudian berpuasa enam dan dia berkeyakinan akan sempat mengqadhakannya sebelum Ramadhan tahun berikutnya, maka pendapat yang pertama boleh diterima, berdasarkan apa yang dilakukan oleh Aisyah ra.Menurut Imam An-Nawawi rh, Mazhab Malik, Abu Hanifah, Asy-Syafie, Ahmad dan jumhur salaf dan khalaf mengatakan: “Qadha puasa Ramadhan bagi mereka yang berbuka kerana uzur seperti kedatangan haid dan musafir, maka kewajipan mengqadhanya adalah secara bertangguh (‘ala at-tarakhi), tidak disyaratkan qadha terus apabila boleh melakukannya”. [Syarah Sahih Muslim 8/22].قال النووي في شرح مسلم: “وَمَذْهَب مَالِك وَأَبِي حَنِيفَة وَالشَّافِعِيّ وَأَحْمَد وَجَمَاهِير السَّلَف وَالْخَلَف: أَنَّ قَضَاء رَمَضَان فِي حَقّ مَنْ أَفْطَرَ بِعُذْرٍ كَحَيْضٍ وَسَفَرٍ يَجِب عَلَى التَّرَاخِي، وَلا يُشْتَرَط الْمُبَادَرَةُ بِهِ فِي أَوَّل الإِمْكَان.”Menurut Al-Khatib Asy-Syarbini: “Sesiapa yang tertinggal puasa Ramadhan, sunat dia mengqadhakannya secara berturut-turut dan makruh bagi orang yang ada qadha Ramadhan melakukan puasa sunat”. [Mughni Al-Muhtaj 2/181 cet, Darul Kutub Al-Ilmiah, Beirut].

3- Menggabungkan puasa qadha dan puasa enam.

Di antara persoalan yang sering timbul sekitar puasa enam ialah adakah harus menggabungkan di antara dua puasa iaitu puasa qadha dan puasa enam hari di bulan Syawal. Adakah diganjari dengan kedua-dua pahala tersebut dengan puasa yang satu?Persoalan ini berlaku khilaf di kalangan ulama’, sebahagiannya yang berpendapat tidak boleh mencampurkan niat puasa sunat dengan puasa fardhu yang lain atau dengan puasa sunat yang lain, sekiranya dilakukan maka puasanya itu tidak sah, tidak bagi yang fardhu dan tidak bagi yang sunat.Ada dikalangan ulama’ Syafi’iyyah berpendapat bahawa ganjaran puasa enam tetap akan diperolehi apabila seseorang berpuasa qadha sekalipun ia tidak berniat menggabungkan kedua-duanya, namun pahala yang diperolehi kurang daripada seorang yang berpuasa kedua-duanya secara berasingan. [Lihat: Hasyiah Asy-Syarqawi ‘Ala Tuhfah At-Tullab 1/428, cet, Darul Ma'rifah, Fatawa Al-Azhar 9/261 Al-Maktabah Asy-Syamilah]Al-Khatib Asy-Syarbini berkata: “Jika seseorang berpuasa qadha atau puasa nazar atau puasa sunat yang lain di bulan Syawal, adakah dia mendapat pahala sunat (Syawal) atau tidak? Saya tidak mendapati pendapat ulama’ yang menyebut tentangnya, dan yang zahirnya adalah dapat pahala tersebut (pahala puasa yang diniatinya). Namun, dia tidak mendapat pahala sebagaimana yang disebut oleh hadis yang menerangkan tentang kelebihan puasa enam tadi, khasnya mereka yang tertinggal puasa Ramadhan kemudian berpuasa pada bulan Syawal. Ini kerana mereka tidak memenuhi maksud hadis tersebut (menyempurnakan puasa Ramadahan kemudian diikuti dengan puasa enam)”. [Mughni Al-Muhtaj 2/184 cet, Darul Kutub Al-Ilmiah, Beirut]Setelah dikaji, pandangan ulama’ yang membolehkan puasa dua dalam satu ini, tidak bersandarkan mana-mana dalil al-Qur’an dan al-Sunnah. Mereka juga mengatakan amalan ini hanya mendapat pahala kerana kebetulan berpuasa qadha dalam bulan Syawal, sama seperti pahala sunat tahiyyatul masjid dengan solat fardhu (orang yang terus melakukan solat fardhu apabila masuk ke dalam masjid akan mendapat juga pahala sunat tahiyyatul masjid).
Wallahu a’lam.Oleh itu, lakukanlah dua ibadat puasa ini (fardhu dan sunat) secara berasingan, kerana sebagai seorang hamba yang tunduk kepada Allah SWT, memperbanyakkan amalan taqarrub dengan memisahkan di antara yang menjadi kewajipan dengan yang menjadi galakan (sunat) tentulah lebih menunjukkan kesungguhan diri sebagai seorang hamba yang mencari keredhaan Tuhannya. Ini juga lebih berhati-hati (ahwat) dalam ibadat, serta melakukan ibadat dengan yakin adalah lebih utama (aula), kerana ada pendapat ulama’ mengatakan tidak boleh mencampurkan niat puasa sunat dengan puasa fardhu yang lain atau dengan puasa sunat yang lain.Sebagai kesimpulan, puasa sunat semata-mata kerana Allah (bukan kerana sakit atau ingin berdiet) mempunyai kelebihan yang besar di sisi Allah swt dan sangat digalakkan oleh Rasulullah saw.Sebagaimana yang diketahui semua amalan sunat adalah sebagai penampal kepada mana-mana kekurangan dalam amalan fardhu. Puasa enam hari pada bulan Syawal ini pula thabit dari sunnah Rasulullah saw. Sepatutnyalah kita mengambil peluang ini untuk berpuasa enam hari pada bulan Syawal.Sempurnakan dahulu qadha beberapa hari yang tertinggal, kerana kita tidak tahu apakah hayat dan kesihatan yang ada akan berterusan sehingga kita dapat menunaikannya di masa hadapan.Bagi orang yang tidak sempat melakukan puasa sunat kerana sibuk dengan puasa wajib diharapkan Allah swt akan memberi ganjaran berdasarkan niat dan azamnya. Sebagaimana sabda Nabi saw:(( إِذَا مَرِضَ الْعَبْدُ أَوْ سَافَرَ كُتِبَ لَهُ مِثْلُ مَا كَانَ يَعْمَلُ مُقِيمًا صَحِيحًا )) رواه البخاري.Maksudnya: “Apabila seorang hamba Allah sakit atau musafir (beliau tidak dapat melakukan amalan yang biasa dilakukannya) maka dituliskan baginya pahala seperti amalan yang biasa dilakukannya sewaktu tidak bermusafir dan sewaktu sihat”
[Sahih Al-Bukhari no. 2834]
Semoga kita semua diberi taufiq dan hidayah oleh Allah swt ke jalan yang di redhai-Nya serta dapat melaksanakan ibadah puasa enam hari di bulan Syawal ini dengan sempurna. Seterusnya kita dimasukkan ke dalam golongan orang yang mendapat kejayaan dunia dan akhirat. Aamin.وصلى الله على نبينا محمد وعلى آله وصحبه وسلم تسليما إلى يوم الدين.

15 maksiat yang menurunkan bala

"Daripada Ali bin Abi Talib r.a Rasulullah S.A.W bersabda:"Apabila umatku telah membuat 15 perkara, maka pasti bala akan turun kepada mereka iaitu:
1.Apabila harta negara hanya beredar pada orang-orang tertentu.
2.Apabila amanah dijadikan sumber keuntungan.
3.Zakat dijadikan hutang.
4.Suami memperturutkan kehendak isteri.
5.Anak derhaka terhadap ibunya,
6.Sedangkan ia berbaik-baik dengan kawannya.
7.Ia suka menjauhkan diri dari ayahnya.
8.Suara sudah ditinggikan di dalam masjid.
9.Yang menjadi ketua satu kaum adalah orang yang terhina di antara mereka.
10.Seseorang dimuliakan kerana ditakuti kejahatannya.
11.Khamar (arak)sudah diminum dimerata tempat.
12.Kain sutera banyak dipakai (oleh kaum lelaki).
13.Para artis-artis disanjung-sanjung.
14.Muzik banyak dimainkan.
15.Generasi akhir umat ini melaknat (menyalahkan) generasi pertama (sahabat).Maka ketika itu hendaklah mereka menantiangin merah atau gempa bumi ataupun mereka akan diubah menjadi makhluk lain".Hadis Riwayat Tirmizi..

Keterangan:Dunia pada hari ini telah membuat segala apa yang telah disabdakan Rasulullah S.A.W ini, cuma mungkin belum sampai ke peringkat akhir. Wallahua'lam.
BILA AL-QURAN MULA BERBICARA

Waktu engkau masih kanak-kanak.............
kau laksana kawan sejatiku
Dengan wudu',
Aku kau sentuh dalam keadaan suci,
Aku kau pegangAku,
kau junjung dan kau pelajari
Aku engkau baca dengan suara lirih atau pun keras setiap hari
Setelah selesai engkau menciumku mesra
Sekarang engkau telah dewasa..............
Nampaknya kau sudah tak berminat lagi padaku...
Apakah Aku bahan bacaan usang yang tinggal sejarah...?
Menurutmu, mungkin aku bahan bacaan yang tidak menambah pengetahuanmu
Atau, menurutmu aku hanya untuk anak kecil yang belajar mengaji.......Sekarang,
Aku tersimpan rapi sekali, sehingga engkau lupa di mana
Aku tersimpanAku sudah engkau anggap hanya sebagai pengisi setormu.
Kadang kala Aku dijadikan mas kawin agar engkau dianggap bertaqwa
Atau Aku kau buat penangkal untuk menakuti iblis dan syaitan
Kini Aku lebih banyak tersingkir, dibiarkan dalam kesendirian, kesepian.
Di dalam almari, di dalam laci, aku engkau pendamkan.
Dulu...pagi-pagi...surah-surah yang ada padaku engkau baca beberapa halaman.
Di waktupetang, Aku kau baca beramai-ramai bersama temanmu di surau.....Sekarang...seawal pagi sambil minum kopi...engkau baca surat khabar dahulu
Waktu lapang engkau membaca buku karangan manusia
Sedangkan Aku yang berisi ayat-ayat yang datang dari Allah Azzawajalla,
Engkau engkau abaikan dan engkau lupakan...
Waktu berangkat kerja pun kadang engkau lupa baca pembuka surah2ku(Bismillah).
Di dalam perjalanan engkau lebih asyik menikmati muzik duniawi
Tidak ada kaset yang berisi ayat Allah yang terdapat di dalam keretamu
Sepanjang perjalanan,radiomu selalu tertuju ke stasyen radio kesukaanmuMengasyikkan.
Di meja kerjamu tidak ada
Aku untuk kau baca sebelum kau mulai kerja
Di Komputermu pun kau putar muzik kegemaranmu ,Jarang sekali engkau putar ayat-ayatku.........
E-mail temanmu yang ada ayat-ayatku pun kau abaikan
Engkau terlalu sibuk dengan urusan dunia mu
Benarlah dugaanku bahawa engkau kini sudah benar-benar hampir melupaiku
Bila malam tiba engkau tahan bersekang mata berjam-jam di depan TV.
Menonton siaran telivisyen
Di depan komputer berjam-jam engkau sanggup duduk
Hanya sekedar membaca berita murahan dan gambar sampah
Waktupun cepat berlalu.........Aku semakin kusam dalam laci-laci mu
Mengumpul debu atau mungkin dimakan hamaSeingatku,
hanya awal Ramadhan engkau membacaku kembali
Itupun hanya beberapa lembar dariku.
Dengan suara dan lafadz yang tidak semerdu dulu
Engkaupun kini terangkak-rangkak ketika membacaku
Atau waktu kematian saudara atau taulan mu
Bila engkau di kubur sendirian menunggu sampai kiamat tiba
Engkau akan diperiksa oleh para malaikat suruhanNyaApakah TV, radio ,hiburan atau komputer dapat menolong kamu?
Yang pasti ayat-ayat Allah s.w.t yang ada padaku menolong muItu janji Tuhanmu,
Allah s.w.tSekarang engkau begitu enteng membuang waktumu...
Setiap saat berlalu...
Dan akhirnya.....kubur yang setia menunggu mu...........
Engkau pasti kembali, kembali kepada Tuhanmu
Jika Aku engkau baca selalu dan engkau hayati...
Di kuburmu nanti....
Aku akan datang sebagai pemuda gagah nan tampan.
Yang akan membantu engkau membela diri
Dalam perjalanan ke alam akhirat.
Dan Akulah "Al-Qur'an",kitab sucimu Yang senantiasa setia menemani dan melindungimu.
Peganglah Aku kembali.. ..
bacalah aku kembali aku setiap hari.
Karena ayat-ayat yang ada padaku adalah ayat-ayat suci.
Yang berasal dari Allah AzzawajallaTuhan Yang Maha Pengasih dan Maha PemurahYang disampaikan oleh Jibril melalui RasulmuKeluarkanlah segera Aku dari almari, lacimu.......
Letakkan aku selalu di depan meja kerjamu.
Agar engkau senantiasa mengingat Tuhanmu.
Sentuhilah Aku kembali...
Baca dan pelajari lagi Aku....
Setiap datangnya pagi, petang dan malam hari walau secebis ayatSeperti dulu....
Waktu engkau masih kecil
Di surau kecil kampungmu yang damai
Jangan aku engkau biarkan aku sendiri....Dalam bisu dan sepi....

Rabu, 16 September 2009

SALAM AIDILFITRI


ASSALAMUALAIKUM ,


SALAM AIDILFITRI .SEMOGA ALLAH MERAHMATI KITA SEMUA. MOHON KEMAAFAN KEPADA EXCO -EXCO ABIM KOTA TINGGI SEANDAINYA TERDAPAT SEBARANG KESILAPAN SEMASA MENJAASLANKAN AKTIVITI .


SALAM KEMAAFAN JUGA KEPADA BARISAN WADAH YANG SENTIASA MEMBERI DORONGAN DAN MOTIVASI . SEMOGA HIDUP KITKA SENTIASA DI DALAM KEBAIKAN .


INSYA-ALLAH , SEMOGA LEBARAN INI DAPAT MELERAIKAN HATI YANG TELAH LAMA RESAH . MOHON KEMAAFAN DAN KEAMPUNAN .


TERIMA KASIH,



YANG BENAR,

NIZARUDIN BIN AZNAN
SETIAUSAHA ABIM KOTA TINGGI

Isnin, 14 September 2009

UCAPAN TERIMA KASIH

ALHAMDULILAH , KEMPEN SEKAMPIT BERAS SEMPENA KEMBARA RAMADAN BERAKHIR DENGAN JAYANYA. SYUKUR YANG TIDAK TERHINGGA KEPADA ALLAH SWT DENGAN DENGAN IZINNYA PROGRAM INI BERJALAN LANCAR. THANK YOU ALLAH .
Ucapan terima kasih kepada ;
1. Para dermawan -sesungguhnya sumbangan anda amat bermakna bagi kami untuk menyalurkan kepada yang hak . Insya-Allah.
2. Terima kasih kepada Barisan WADAH Kota TINGGI , SESUNGGUHNYA ABIM Kota Tinggi amat beruntung kerana di beri nasihat dan tunjuk ajar oleh `abang-abang kami `.Malah ,lebih dari itu.
3. Terima kasih kepada Pegawai Pendidikan Daerah Kota Tinggi , Belia Daerah Kota Tinggi , KPIJ KERANA menyertai Kembara Ramadan 2009.
4. Terima kasih KEPADA ABIM NEGERI JOHOR , terutama Saudara Sallehudin (SU ABIM NEGERI ) kerana sering berkomunikasi dan memberi bantuan tenaga , pemikiran dan kewangan kepada ABIM Kota Tinggi .
5. Terima Kasih kepada EXCO ABIM Kota Tinggi . Segala Pengorbanan masa ,tenaga dan kewangan , Hanya ALLAH shj yang berhak membalasnya .
6. Terima Kasih kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak.
7. Terima Kasih KEPADA diri kita sendiri


Semoga ALLAH MENGASIHANI KITA KITA SEMUA.

IKHLAS DARI ;

YDP ABIM KOTA TINGGI.

CATATAN RINGKAS KEMBARA RAMADAN JELAJAH KAMPUNG PANCHOR DAN KAMPUNG ORANG ASLI PANTAI SALAM

Pada 12hb Sept 2009 , Presiden ABIM Saudara Muhamad Razak Idris telah menyertai Kembara Ramadan di Kota Tinggi . ABIM Negeri telah memberi kepercayaan dan tunjuk ajar kepada ABIM Kota Tinggi untuk melaksanakan Kembara Ramadan . Tepat jam 10.43 pagi , saudara Presiden telah sampai di Felda Air Tawar . Alhamdulillah , Mantan YDP ABIM Tuan Haji Baharom bin Ahmad BERKESEMPATAN beraman mesra saudara Presiden . Ekspedisi dimulakan dengan melawat tempat bersejarah di sekitar Kampung Pancor . Makam Sultan Abdul Jalil antara makam yang dilawati . Selepas itu , kami solat Zohor di Masjid Kampung Panchor . Kembara Ramadan turut disertai oleh wakil Pegawai Pendidikan Daerah Kota Tinggi iaitu Ustaz Jalaludin serta 2 orang rakan beliau . Pergerakan Ke Kampung Orang Asli Pasir Salam banyak memberi keinsafan dan pengajaran . Menurut salah seorang wakil kampung Orang Asli Pasir Salam Saudara Bakar menyatakan bahawa dahulu ramai orang islam di kampung tersebut tetapi lama kelamaan ramai memeluk agama kristian . Saudara Presiden turut berkesempatan melawat dan beramah mesra bersama orang kampung serta sedikit bantuan diberikan . Pada sebelah malam , setelah majlis berbuka puasa dan solat tarawih , Saudara Presiden turut memberi ucapan yang bernas terutama penekanan ` Generasi Gelombang Kedua `. Pada keesokannya , setelah Majlis Qiamulail dan solat subuh , Saudara Presiden berangkat pulang pada pukul 6 pagi ke Kuala Lumpur.
Pada hari KEDUA , Kembara Ramadan bergerak Ke kampung Panchor dan Sungai Semilang . Seramai 30 keluarga telah di beri bantuan . Satu Program di luar jangkaan , iaitu Kembara Sejarah Kampung Panchor telah dijalankan. Ekspedisi ini , di ketuai oleh Pak Cik Omar menceritakan dan membawa kami ke Kota Kampung Panchor. Banyak pengalaman yang kami timba dan pengajaran yang kami perolehi . Setelah Kembara Ramadan MERANGKAP KEMBARA SEJARAH berakhir , kami solat berjemaah di Masjid Kampung Panchor. Majlis bersalam -salaman diakhiri dengan selawat . ABIM Kota Tinggi terus ke Kampung Ladang Nyannyo . Majlis Penyerahan bantuan kepada golongan yang kurang berkemampuan turut diadakan oleh Pengerusi Masjid iaitu Saudara Salim . Setelah selesai Majlis Berbuka Puasa , kami beredar ke destinasi masing -masing . PENAT , MENGINSAFKAN DAN GEMBIRA MENYELUBUNGI PEMIKIRAN KAMI . ALHAMDULILAH ,KEMBARA RAMADAN 2009 BERJAYA MENCAPAI MATLAMATNYA. TERIMA KASIH KEPADA PARA DERMAWAN SEKAMPIT BERAS , TERIMA KASIH KEPADA BARISAN WADAH KOTA TINGGI , TERIMA KSIH KEPADA ABIM NEGERI SERTA BARISAN EXCO ABIM KOTA TINGGI TAHUN 2009. SEMOGA ALLAH MERAHMATI DAN MENGASIHI KITA SEMUA.AMIN.

KEMBARA RAMADAN ABIM KOTA TINGGI BERAKHIR DI MASJID PANCOR DAN MASJID LADANG NYANYO - MAJLIS BERBUKA PUASA- TERIMA KASIH KEPADA SEMUA
















TERIMA KASIH ABIM NEGERI JOHOR DAN KPIJ KERANA MENJAYAKAN KEMBARA RAMADAN DI KOTA TINGGI
















GAMBAR PRESIDEN ABIM KEMBARA RAMADAN DI KOTA TINGGI 2009
















KEMBARA RAMADAN DI KAMPUNG PANCOR PADA 13HB SEPTEMBER 2009
























































JELAJAH RAMADAN BERSAMA PRESIDEN DI KAMPUNG ORANG ASLI PASIR SALAM DAN KAMPUNG PANCHOR
















Khamis, 10 September 2009

MESYUARAT DAN AGIHAN BERAS SEBELUM KEMUNCAK KEMBARA RAMADAN PADA 12 DAN 13 SEPT 2009





Ahad, 6 September 2009

ABIM KOTA TINGGI KE KAMPUNG ORANG ASLI KANAQ ( KAUM ASLI YANG PALING SEDIKIT DI DALAM DUNIA )





GAMBAR KEMBARA RAMADHAN ABIM KE SEDELI





KEMBARA RAMADHAN ABIM KOTA TINGGI KE SEDILI

Pada 15 Ramadan 1430h (5hb Sept 2009 ) ABIM Kota Tinggi mengembara ke Daerah Sedili bagi menjalankan Program Sekampit Beras. Pengarah Program Saudara Hairul Anuar bin Haji Banan telah membuat mesyuarat terlebih dahulu di Surau Seluyut. Kembara Ramadan kali ini telah bergerak ke Taman Kota Jaya bagi membantu keluarga yang agak daif . Setelah ke Taman Kota Jaya Krew -krew Kembara Ramadan terus ke Masjid Sedili bagi menunaikan Solat Zohor. Selepas solat Zohor bantuan terus disalurkan di Sekitar kawasan tersebut . Kemudian krew-krew ABIM Kota Tinggi telah bergerak ke Kampung Orang Asli Sungai Selangi Mawai bagi menunaikan Solat Asar dan memberi sumbangan Sekampit Beras kepada semua penduduk tersebut. Ekspedisi diteruskan ke Bukit Samsu untuk menyampaikan sedikit sumbangan kepada mangsa kemalangan jalan raya. Tepat jam 6.34 petang , Krew-krew ABIM singgah di rumah Haji Kahalit ( WADAH ) untuk mengadakan mesyuarat dan doa selamat serta berbuka puasa. Masakan ASAM PEDASNYA membuatkan kami selera makan ( tak percaya anda rasa sendiri ).Kemudian kami solat tarawih di rumah Haji Kahalit. Pengerusi WADAH bersama AJK turut hadir bagi mengimarahkan lagi hubungan kami semua . Terima Kasih WADAH yang sentiasa memberi sokongan dan tunjuk ajar kepada adik- adik ( ABIM ). INSYA-ALLAH ,KITA BERJUMPA DI KEMUNCAK KEMBARA RAMADAN DI PANCHOR PADA 12 DAN 13 SEP 2009 . SEMOGA ALLAH MERAHMATI KITA SEMUA .AMIN.

Template by:
Free Blog Templates